Auto Shanghai 2025: Kembar Proton eMas 7 Versi PHEV Ini Capai 1,420 KM

Tidak mustahil sekiranya Proton memperkenalkan model baharu yang menggunakan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV) memandangkan semakin ramai mula tertarik untuk menggunakan kenderaan elektrik (EV), dengan sesetengah pengguna menjadikan model PHEV sebagai 'jambatan' sebelum beralih kepada EV sepenuhnya.
Di Auto Shanghai 2025 yang kini sedang berlangsung, kami berpeluang melihat dengan lebih dekat kembar Proton eMas 7 dalam versi PHEV, Geely Galaxy Starship 7 EM-i.
Ini Segalanya yang Kita Tahu Tentang Geely Galaxy Starship 7 EM-i…
Diperkenalkan secara rasmi pada 6 Disember 2024 di China, SUV PHEV ini menggunakan sistem trenkuasa hibrid generasi kedua dari Geely, NordThor 2.0. Gabungan antara enjin 1.5L (82 kW/136 Nm) dan motor elektrik berkuasa tinggi (160 kW/262 Nm) bersama transmisi E-DHT pintar, membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam 7.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 180 km/j.
Jarak Pemanduan Cecah 1,420 KM
Galaxy Starship 7 EM-i ditawarkan dengan dua pilihan bateri bateri lithium logam fosfat (LFP) iaitu 8.05 kWj yang memberikan jarak pemanduan elektrik hingga 55 km dan 19.09 kWj dengan jarak pemanduan elektrik hingga 120 km.
Apabila digabungkan dengan tangki yang penuh, SUV ini boleh mencapai jarak pemanduan keseluruhan sehingga 1,430 km berdasarkan ujian CLTC, menjadikannya antara SUV PHEV dengan jarak paling jauh di pasaran hari ini.
Rekaan Futuristik yang Aerodinamik, Menyumbang kepada Kecekapan Tenaga



Rekaan luarannya tampil moden dengan sudut depan tanpa gril dan jalur LED menyeluruh di depan dan belakang.
Bahagian sisi pula menyerlahkan siluet aerodinamik dengan pekali seretan hanya 0.29 Cd, menyumbang kepada kecekapan tenaga yang lebih baik.
Bagaimanapun, berbeza dengan versi elektrik, Galaxy E5 atau eMas, Starship 7 hadir dengan pemegang pintu biasa, bukannya jenis pop-out.
Kabin Mewah dan Teknologi Serba Canggih

Masuk ke dalam, pengguna disambut dengan kabin dua tona yang menggunakan bahan sentuhan lembut dan kulit berkualiti tinggi. Sistem Flyme Auto membawakan pengalaman interaktif melalui skrin infotainmen 14.6 inci untuk infotainmen, paparan instrumen digital 10.2 inci dan papar pandu (HUD) 13.8 inci.


Sistem audio Flyme Sound 16 speaker, dua pengecas tanpa wayar 50W dan paparan casis 540 darjah turut ditawarkan dalam varian lebih tinggi.
Tempat duduk hadapan dilengkapi marshmallow SPA yang menawarkan fungsi urutan 14 titik, pemanas dan pengudaraan automatik.
Ruang Dalaman Luas & Praktikal


Dengan dimensi 4740 mm panjang, 1905 mm lebar, 1685 mm tinggi dan jarak roda 2755 mm, SUV ini menyediakan ruang dalaman luas untuk 5 penumpang dewasa. Ruang but asas 528 liter boleh diperluaskan kepada 2065 liter apabila tempat duduk belakang dilipat rata.
Ciri Keselamatan Canggih
Dari segi keselamatan, Starship 7 disematkan dengan sistem bantuan pemanduan canggih (ADAS) tahap 2 yang termasuk bantuan kekal lorong, bantuan jelajah pintar dan bantuan kesesakan trafik.
Sistem Flyme Auto turut membantu pemantauan aliran tenaga secara langsung bagi memudahkan pemandu memanfaatkan sistem hibrid kenderaan dengan lebih efisien.
Antara PHEV Paling Mampu Milik



Di China, Galaxy Starship 7 EM-i ditawarkan dalam lima varian dengan harga promosi antara 99,800 hingga 132,800 yuan, bersamaan sekitar RM60,000 hingga RM79,000. Ini menjadikannya salah satu SUV PHEV paling mampu milik di pasaran.
PHEV yang Bakal Beri Saingan Sengit
Sebagai sebuah SUV dengan prestasi yang tidak kurang hebatnya, rekaan moden, teknologi pintar dan ruang yang luas, tidak mustahil untuk model ini memberi saingan hebat dalam segmen SUV elektrik hibrid mampu milik sekiranya memasuki pasaran Malaysia, mungkin sebagai Proton e.MAS 7 versi PHEV, lebih-lebih kerana jenama tersebut telah memfailkan cap dagangan untuk nama eMas 7 PHEV, sekali gus memberi petunjuk jelas mengenai perancangan jenama nasional itu.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3376
SELANGOR
BSR6302
JOHOR
JA3634J
PULAU PINANG
PSD8219
PERAK
APJ8703
PAHANG
CFH1749
KEDAH
KGH1266
NEGERI SEMBILAN
NEK9358
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan
Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...
03-06-2026
Geely EX5 Terlebih Dahulu Masuk Pasaran UK Bulan Depan, Apa Pula Nasib Proton e.MAS 7?
Geely EX5 EV SUV iaitu kembar kepada Proton e.MAS 7 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran UK pada bulan depan.
17-09-2025
Proton Mahu Eksport 6,000 Kereta Tahun Ini, Sebab Proton e.MAS 7 Laku Keras, Nombor 3 Dalam Jualan Eksport
Proton menyasarkan eksport 6,000 unit kenderaan pada tahun ini.
29-07-2025
Kembar Proton e.MAS 7 Versi Long Range Didedahkan – Galaxy E5 Kini Capai 610 KM
Geely nampaknya telah menghasilkan varian baharu untuk SUV elektrik, Galaxy E5, iaitu versi Long Range.
26-05-2025
Geely Galaxy Starship 7 PHEV Diperkenalkan Di China – Cecah 1,420 KM!
Galaxy Starship 7 ini merupakan versi separa enjin pembakaran kepada SUV EV Galaxy E5 yang turut menjadi model asas kepada Proton eMas 7.
09-11-2024
Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda
PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.
19-06-2026
Proton e.MAS 7 Terajui Jualan EV, Dengar Cerita Ramai Serbu Showroom Sebab Nak Tengok e.MAS 7!
Proton mengakui populariti Proton e.MAS 7 ketika ini sedang melonjak.
10-03-2025
Berita Terkini
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat