Cendana Auto Mulakan Pembuatan Kenderaan Taktikal Untuk ATM

Syarikat pengeluar kenderaan taktikal tempatan, Cendana Auto Sdn Bhd akan memulakan pembuatan pelbagai jenis kenderaan taktikal Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Memetik kenyataan Ketua Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan Pembuatan Cendana Auto, Shahrinoldin Othman, di Bernama sebagai berkata: pengeluaran akan dimulakan selepas unit pertama atau First Unit Vehicle (FUV) bagi setiap varian diuji dan disahkan oleh pihak berkuasa.
Menurutnya, syarikat itu dianugerahkan beberapa kontrak oleh Kementerian Pertahanan, melibatkan penyediaan sebanyak 46 unit GS Cargo untuk Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 82 unit GS Cargo untuk Tentera Darat, empat unit Kenderaan Pembawa Misil Starstreak serta 18 unit Kenderaan Pembawa Mortar.

"Kita menyasarkan kadar pengeluaran antara 18 hingga 25 unit sebulan bagi memenuhi kontrak baharu yang diperoleh tahun ini daripada ATM. Semua kenderaan ini akan diserahkan secara berperingkat dan dijadualkan siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun seperti yang ditetapkan dalam kontrak,
"Bagaimanpun, kami menjangkakan akan menyiapkan semua tempahan ini dalam masa setahun setengah, lebih awal daripada tempoh kontrak sebenar iaitu dua tahun," katanya.
Antara yang telah dihantar untuk kegunaan ATM ialah 30 unit (FFR) Fitted For Radio untuk Markas Angkatan Bersama (MAB) bagi menjalankan misi MALBATT-UN di Lubnan, 40 unit FFR bagi Tentera Darat, 102 unit Kenderaan Pembawa Mortar bagi Tentera Darat berserta peralatan lengkap pelancar mortar 81mm, 49 unit Kenderaan Pembawa Senjata (KPS)
Cendana Auto sebelum ini telah menghasilkan hampir 500 unit kenderaan sejak tahun 2020, merangkumi pelbagai varian untuk kegunaan ketenteraan dan sektor bukan ketenteraan dengan kesemua kenderaan direka dan dibangunkan sepenuhnya di dalam negara, melibatkan jurutera tempatan serta pelatih institusi TVET.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup
Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.
25-11-2026
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge