Chery Perkenal Jenama Baharu, Lepas: Ini Model Pertama Lepas, Lepas L8!

Pengeksport auto terbesar China, Chery Group sudah pun melancarkan jenama terbaharunya yang dikenali sebagai Lepas pada Oktober tahun lalu.
Chery menyifatkan ia disasarkan untuk pengguna bandar generasi baharu, terutamanya mereka yang berfokus kepada gaya hidup berkeluarga.
Susulan itu, model pertama dari barisan produk Lepas, yang dikenali sebagai Lepas L8, telah pun dikeluarkan dari kilang pemasangannya, baru-baru ini.


Malangnya, tiada butiran terperinci mengenai model terbabit namun kami telah menyelami beberapa sumber di talian untuk mengumpulkan maklumat sebanyak mungkin.
Dari segi seni bina, SUV ini dikatakan banyak berkongsi elemen rekaan dan dimensi dengan Tiggo 8 Plus.

Ini kerana model SUV lima atau tujuh tempat duduk ini memiliki ukuran 4,715 mm panjang, 1,860 mm lebar, 1,745 mm tinggi serta jarak roda 2,710 mm.
Biarpun spesifikasi L8 masih belum didedahkan, namun versi Tiggo 8 Plus yang dipasarkan di China ditawarkan dengan dua pilihan enjin petrol turbo.


Antaranya enjin 1.6L mampu menghasilkan kuasa setakat (194 hp, 290 Nm, transmisi DCT 7-kelajuan), manakala enjin 2.0L (251 hp, 390 Nm, transmisi automatik 8-kelajuan pacuan roda hadapan).

Sebaliknya, kebanyakan portal automotif China berpendapat bahawa Lepas 8 juga akan hadir dengan rangkaian kuasa plug-in hybrid (PHEV) selain enjin pembakaran dalaman. Jadi, ada kemungkinan besar ia akan menggunakan sistem PHEV yang sama seperti Jaecoo J7 PHEV.
Selain itu, ada juga desas-desus yang mengatakan bahawa Chery dilihat cukup berusaha untuk meletakkan 'Lepas' sebagai jenama untuk eksport iaitu sama seperti Omoda dan Jaecoo. Pasaran utamanya adalah Timur Tengah, Amerika Latin dan, dan Asia Tenggara.
Apapun, teruskan bersama Carz.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Lepas L8 yang akan didedahkan pada Auto Shanghai 2025.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026
Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.
21-04-2026
Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27
Chery iCaur V27 yang sudah mula dihasilkan sebenarnya adalah kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) pertama yang berada di bawah lencana iCaur.
13-01-2026
Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang
Chery nampaknya semakin serius membuktikan bahawa kenderaan buatan mereka bukan sahaja cantik dan canggih, malah antara yang paling selamat di dunia.
26-12-2025
Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700
Trak pikap baharu daripada Chery, Jetour F700.
04-12-2025
Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza
Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.
12-11-2025
Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik
Chery Corporate Malaysia telah mendedahkan rangka tindakan yang agresif untuk fasa pertumbuhan seterusnya di acara 2025 Chery International User Summit yang berlangsung di Wuhu, China.
23-10-2025
Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan
Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.
21-10-2025
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
