ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Chery Perkenal Jenama Baharu, Lepas: Ini Model Pertama Lepas, Lepas L8!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeksport auto terbesar China, Chery Group sudah pun melancarkan jenama terbaharunya yang dikenali sebagai Lepas pada Oktober tahun lalu. 

Chery menyifatkan ia disasarkan untuk pengguna bandar generasi baharu, terutamanya mereka yang berfokus kepada gaya hidup berkeluarga.

Susulan itu, model pertama dari barisan produk Lepas, yang dikenali sebagai Lepas L8, telah pun dikeluarkan  dari kilang pemasangannya, baru-baru ini.

image.pngimage.png

Malangnya, tiada butiran terperinci mengenai model terbabit namun kami telah menyelami beberapa sumber di talian untuk mengumpulkan maklumat sebanyak mungkin.

Dari segi seni bina, SUV ini dikatakan banyak berkongsi  elemen rekaan dan dimensi dengan Tiggo 8 Plus.

image.png

Ini kerana model SUV lima atau tujuh tempat duduk ini  memiliki ukuran 4,715 mm panjang, 1,860 mm lebar, 1,745 mm tinggi serta jarak roda 2,710 mm.

Biarpun spesifikasi L8 masih belum didedahkan, namun versi Tiggo 8 Plus yang dipasarkan di China ditawarkan dengan dua pilihan enjin petrol turbo.

image.pngimage.png

Antaranya enjin  1.6L mampu menghasilkan kuasa setakat (194 hp, 290 Nm, transmisi DCT 7-kelajuan), manakala enjin  2.0L (251 hp, 390 Nm, transmisi automatik 8-kelajuan pacuan roda hadapan).

image.png

Sebaliknya, kebanyakan portal automotif China berpendapat bahawa Lepas 8 juga akan hadir dengan rangkaian kuasa plug-in hybrid (PHEV) selain enjin pembakaran dalaman. Jadi, ada kemungkinan besar ia akan menggunakan  sistem PHEV yang sama seperti Jaecoo J7 PHEV.

Selain itu, ada juga desas-desus yang mengatakan bahawa  Chery dilihat cukup berusaha untuk meletakkan 'Lepas' sebagai jenama untuk eksport iaitu sama seperti Omoda dan Jaecoo. Pasaran utamanya adalah Timur Tengah, Amerika Latin dan, dan  Asia Tenggara.

Apapun, teruskan bersama Carz.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Lepas L8 yang akan didedahkan pada Auto Shanghai 2025.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

08-10-2026
Kereta Baru

07-10-2026
Berita Auto

13-02-2026
Global

06-02-2026
Global

29-01-2026
Global

26-01-2026
Berita Auto

09-01-2026
Global

02-01-2026

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.