ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Chery Terus Dominasi Eksport Kenderaan China, NEV Catat Lonjakan 125%!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Chery-Tiggo8Pro-Ext-4.jpg


Syarikat automotif China, Chery Group (Chery), terus kukuh sebagai peneraju eksport automotif negara itu bagi suku pertama (Q1) 2025. CarNewsChina melaporkan bahawa syarikat yang berpusat di Wuhu itu berjaya menghantar 255,465 unit kenderaan ke pasaran luar China dalam tempoh berkenaan.


Malah, bagi bulan Mac 2025 sahaja, jumlah eksport Chery mencecah 86,414 unit, peningkatan sebanyak 3% berbanding tahun sebelumnya atau tahun ke tahun (YoY). Lebih menarik, sebanyak 62,210 unit daripadanya merupakan kenderaan tenaga baharu (NEV), yang merangkumi hibrid (HEV), hibrid plug-in (PHEV) dan kenderaan elektrik (BEV). Segmen ini menyaksikan lonjakan ketara dengan kadar pertumbuhan 125% YoY.


Prestasi Jualan Model Popular Chery


chery_tiggo_5x_706_0242021a079005b1.jpgchery_tiggo_5x_977_02aa01bd08620656.jpgchery_tiggo_5x_456.jpeg


 Chery Tiggo 5x


Sepanjang Mac 2025, Chery melaporkan penghantaran global sebanyak 18,955 unit Chery, 54,020 unit Jetour, 10,005 unit Luxeed, 7,618 unit Exeed, dan 7,016 unit iCar. Model dengan jumlah eksport tertinggi, Chery Tiggo 5x berjaya mencatat jualan kumulatif lebih sejuta unit di pasaran luar negara,  menjadikannya model kedua selepas Tiggo 7 yang berada dalam ‘kelab eksport sejuta’ Chery.


Jualan Global Meningkat 17%


Secara keseluruhan, jualan global Chery bagi Q1 2025 mencecah 620,025 unit, menunjukkan peningkatan sebanyak 17% YoY. Angka ini juga merupakan pencapaian tertinggi dalam sejarah suku tahunan syarikat.


Daripada jumlah tersebut, sebanyak 590,533 unit atau 95% terdiri daripada model dengan logo Chery, pertumbuhan 19% YoY. Sementara itu, model NEV terus mencatat peningkatan luar biasa dengan jualan sebanyak 163,458 unit, melonjak 172% berbanding tempoh sama tahun lalu.


Pangkalan Pengguna Global Cecah 16.3 Juta


Chery turut melaporkan bahawa jumlah pengguna globalnya kini melebihi 16.3 juta, dengan 4.7 juta daripadanya berasal dari luar China.


Permohonan Tawaran Awam Awal (IPO) Hong Kong


Chery telah memfailkan permohonan IPO di Hong Kong bulan lalu sebagai langkah mempercepatkan pertumbuhan dan pelaburan dalam teknologi kenderaan elektriknya.


Dengan momentum yang ditunjukkan ini, Chery terus membuktikan kemampuannya sebagai antara pemain utama dalam industri automotif global, sekali gus memperkukuhkan reputasinya sebagai jenama eksport automotif terbesar China.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM5627

SELANGOR

BST2260

JOHOR

JD1347J

PULAU PINANG

PSF832

PERAK

APK9530

PAHANG

CFH5385

KEDAH

KGH7203

NEGERI SEMBILAN

NEL5710

KOTA KINABALU

SJT6940

KUCHING

QAB4514P

Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026

Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.

21-04-2026
Global

Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27

Chery iCaur V27 yang sudah mula dihasilkan sebenarnya adalah kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) pertama yang berada di bawah lencana iCaur.

13-01-2026
Berita Auto

Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang

Chery nampaknya semakin serius membuktikan bahawa kenderaan buatan mereka bukan sahaja cantik dan canggih, malah antara yang paling selamat di dunia.

26-12-2025
Global

Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700

Trak pikap baharu daripada Chery, Jetour F700.

04-12-2025
Global

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Berita Auto

Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik

Chery Corporate Malaysia telah mendedahkan rangka tindakan yang agresif untuk fasa pertumbuhan seterusnya di acara 2025 Chery International User Summit yang berlangsung di Wuhu, China.

23-10-2025
Kereta Baru

Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan

Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.

21-10-2025
Global

Chery Tunjuk Ujian Perlanggaran, Guna Tiggo 9, Kesan Rempuhan Cukup Menakjubkan!

Chery membuktikan tahap keselamatan keretanya dengan menggunakan dua Tiggo 9 Ketika melakukan demonstasi ujian perlanggaran dari arah hadapan.

21-10-2025

Berita Terkini

Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026
Global

Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.

27-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.