Denza Lancar 4 Cawangan Pengedaran Baharu – Janji Pengalaman Imersif

Empat cawangan pusat pengedaran baharu Denza dilancarkan secara serentak hari ini
Denza Malaysia hari ini mengukuhkan lagi kehadiran jenamanya di negara ini dengan pelancaran secara serentak empat cawangan pusat pengedaran baharu yang terletak di KL North (Jalan Kuching), Jalan Klang Lama, Balakong dan Melaka.
Majlis Pelancaran di KL North


Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao (kiri) dan Pengarah Urusan Sime Motors Asia Tenggara, Jeffrey Gan (kanan)
Majlis rasmi telah berlangsung di Pusat 3S Denza KL North yang baharu, di Jalan Kuching, disaksikan oleh tetamu jemputan termasuk media. Antara yang hadir ialah Pengarah Urusan BYD Malaysia yang juga syarikat induk Denza, Eagle Zhao, serta Pengarah Urusan Sime Motors Asia Tenggara, yang merupakan rakan strategik tempatan BYD, Jeffrey Gan.
Selain Sime Motors yang mengendalikan cawangan Jalan Klang Lama, turut serta ialah tiga lagi pengedar sah baharu iaitu Millennium Autobeyond (KL North), Wing Hin Elegant (Balakong) dan SKK Motors (Melaka). Keempat-empat cawangan baharu ini dilancarkan serentak dalam majlis yang sama.
Canggih & Pengalaman Imersif
Menurut Eagle Zhao, setiap bilik pameran Denza dibina dengan teliti untuk mencerminkan imej jenama yang progresif dan sofistikated, sekaligus menawarkan pengalaman menyeluruh kepada pelanggan, bukan hanya untuk pembelian kenderaan.
“Reka bentuk canggih, perkhidmatan peribadi dan teknologi terkini menjadikan setiap cawangan baharu ini sebagai penanda aras baharu pasaran EV tempatan,” katanya dalam ucapan perasmian.
Tinjauan Denza KL North





Pusat Denza KL North yang dikendalikan oleh Millennium Autobeyond terletak dalam kompleks pengedar pelbagai jenama Millennium Group berhampiran Jalan Kuching. Ia juga menempatkan pusat pengedaran kenderaan BYD.
Cawangan ini menampilkan ruang pameran luas, ruang santai pelanggan yang selesa, dan turut mempamerkan model MPV elektrik mewah Denza D9 serta model konsep Denza Z9 GT versi LHD.


Sebagai Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti), kemudahan di Denza KL North turut menampilkan ruang lobi moden, bilik rundingan, stor alat ganti serta tiga lorong servis aktif dengan satu lorong pelarasan tayar.
Jualan EV Capai 2,400 Unit, Kukuhkan Dominasi

Denza Z9 GT
Dalam perkembangan sama, Eagle Zhao turut memaklumkan bahawa BYD Malaysia telah berjaya menjual hampir 2,400 unit kenderaan elektrik (EV) sepanjang suku pertama tahun ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju EV di Malaysia.
Menurut beliau, Denza akan terus berganding bahu dengan rakan kongsi tempatan serta komuniti untuk menjadikan mobiliti elektrik premium lebih mampu milik dan relevan kepada rakyat Malaysia.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge