Gagal Tarik Pembeli, Enjin 4 Silinder Mercedes-AMG C63 Bakal Digugurkan

Mercedes-AMG C63 S E Performance generasi W206 dijangka menerima penambahbaikan tahun depan dengan sistem trenkuasa baharu
Mercedes-AMG dilaporkan sedang melakukan persiapan untuk memperkenalkan trenkuasa baharu bagi model sedan berprestasi tinggi C63 S E Performance. Menurut laporan Autocar UK, enjin 2.0L 4 silinder hibrid plug-in (PHEV) yang kurang mendapat sambutan bakal digantikan dengan enjin 3.0L 6 silinder PHEV tahun depan.
Enjin V8 Masih Dinanti-Nantikan
Walaupun peningkatan kepada enjin 6 silinder ini menjanjikan prestasi lebih tinggi, ramai peminat jenama ini masih mengharapkan kembalinya enjin V8 yang menjadi identiti model C63 generasi terdahulu.
Namun, jurutera AMG menyatakan bahawa reka bentuk platform C-Class generasi W206 tidak membenarkan pemasangan enjin V8 kerana kekangan ruang, malah menyifatkannya sebagai "mustahil [secara teknikal]".
Prestasi Hebat, Tapi Kurang Sambutan



Kuasa mencecah 670 hp dan 1,020 Nm yang dihamburkan enjin turbo 2.0 liter 4 silinder PHEV pada versi semasa menjadikannya model C-Class paling berkuasa setakat ini, namun masih gagal menambat hati pengguna
Model semasa C63 S E Performance sebenarnya menggunakan sistem PHEV paling berkuasa dalam sejarah C-Class, dengan kuasa 670 hp dan tork 1,020 Nm, cukup untuk memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 3.4 saat. Namun, kegagalan membawa semula enjin V8 menyebabkan model ini kurang mendapat perhatian.
Sama Seperti Model AMG Lain
Enjin 6 silinder baharu ini juga digunakan dalam model lain seperti AMG E53, GLE 53, serta CLE 53 Coupe dan Cabriolet. Ini menunjukkan hala tuju AMG yang kini lebih memberikan tumpuan kepada penggunaan teknologi elektrifikasi yang mesra alam, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan DNA model berprestasi tinggi.
V8 Hanya Untuk CLE 63

Sebagai pengganti enjin V8, model flagship C63 berasaskan W206 yang diperbaharui bakal menggunakan sistem PHEV 3.0 liter 6 silinder baharu yang diambil daripada CLE 53
Walaupun peminat C63 terpaksa melupakan impian melihat enjin V8 kembali ditawarkan, AMG dikatakan akan memperkenalkan enjin V8 flat-plane crank baharu dengan pengecas turbo berkembar untuk model CLE 63 akan datang.
Baca: Mercedes-AMG CLE 63 Terbaru Bakal Guna Enjin V8, Bukan PHEV 4 Silinder
Baca: Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM958,888
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5207
SELANGOR
BST3938
JOHOR
JD4737J
PULAU PINANG
PSF2572
PERAK
APL1882
PAHANG
CFH5991
KEDAH
KGH8048
NEGERI SEMBILAN
NEL6518
KOTA KINABALU
SJT8553
KUCHING
QAB4992P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM958,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Mercedes-AMG C63 S E Performance. Ini spesifikasinya...
04-07-2024
Berita Terkini
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat