Jaecoo Malaysia Dedah Imej Omoda C9, Boleh Datang Jenguk Omoda C9 Di MAS 2025

Jaecoo Malaysia menjadi bualan hangat apabila memuat naik imej teaser Omoda C7 di media sosial, sekali gus memberi bayangan bahawa model Omoda C7 bakal menembusi pasaran kita, tidak lama lagi.
Ini kerana ia sudah didedahkan pada Auto Shanghai 2025 baru-baru ini dan model ini dijangka akan membuat penampilan sulung pada Malaysian Autoshow 2025 (MAS 2025) yang akan diadakan di MAEPS, Serdang pada Mei ini.
Model ini diletakkan di antara Omoda C5 (juga dikenali sebagai Chery Omoda 5 di pasaran kita) dan Omoda C9, Omoda C7.

Ia hadir dengan hasil reka bentuk dengan prototaip yang telah dipratonton semasa Sidang Kemuncak Pengguna Antarabangsa Chery tahun lalu, namun penambahbaikan ketara telah dilakukan pada bahagian hadapan dan belakang bagi menunjukkan ia lebih tajam dan moden.
Menjengah bahagian hadapannya, C7 menampilkan gril berbentuk X tanpa bingkai yang unik, diapit dengan lampu depan jenis nipis .
Walaupun tiada ukuran rasmi didedahkan, Omoda C7 dijangka mempunyai saiz yang hampir sama dengan Jaecoo J7 iaitu berukuran sekitar 4,600 mm panjang dan jarak roda 2,700 mm.
Menjengah bahagian kabinnya, ia nyata menawarkan pengalaman mewah dengan penggunaan bahan premium, selain terdapat paparan infotainmen jenis boleh pusing yang berukuran 15.6 inci, dan sistem audio 14 pembesar suara.

Apa yang cukup menarik ialah kabin VIP yang sangat senyap kerana ia direka untuk memberikan suasana tenang manakala tempat duduk penumpang hadapan dilengkapi dengan dengan fungsi urut.


Untuk makluman, varian hibrid ini dikuasakan oleh Sistem Super Hybrid (SHS) yang serupa dengan sistem yang digunakan pada Jaecoo J7 PHEV. Ia menggabungkan enjin Hibrid TGDi 1.5 liter selain ada motor elektrik hadapan, serta pek bateri berkapasiti 18.3 kWj.
Ini bermakna, sistem ini menawarkan output gabungan sebanyak 347 PS dan 525 NM, serta memberikan jarak pemanduan maksimum melebihi 1,300 KM. Ia juga menyokong pengecasan pantas DC 40 kW serta dilengkapi dengan fungsi V2L terbina dalam 3.3 kW.

Malah, Omoda C7 turut dilengkapi dengan rim bersaiz 20 inci, bumbung panoramik, tempat duduk dibaluti dengan kulit Nubuck, ada pengecasan tanpa wayar dan paparan head-up.
Di Malaysia, C7 dijangka akan dipasarkan di bawah jenama Jaecoo oleh Chery Malaysia, mengikut pendekatan yang sama seperti pelancaran terkini Omoda C9.
Strategi ini dikatakan seirig dengan rancangan global Chery untuk menyatukan model Omoda dan Jaecoo di bawah jenama Jaecoo namun hanya di pasaran terpilih. Satu-satunya pengecualian adalah Omoda 5 yang dilancarkan sebelum penubuhan Jaecoo Malaysia, yang mana ia masih menggunakan jenama Chery.
Sementara itu, satu lagi perkara menarik ialah penampilan sulung subjenama baharu Chery, iCaur, yang dijangka akan memperkenalkan model pertamanya, iCaur V23 di MAS 2025.
Malangnya, masih belum jelas sama ada iCaur akan beroperasi di bawah Chery atau sebagai jenama yang berdiri sendiri. Ini akan menjadi butiran penting untuk diperhatikan ketika Kumpulan Chery mengembangkan portfolio jenamanya di Malaysia.
Bagi pengetahuan anda, MAS 2025 yang bakal berlangsung di MAEPS, Serdang pada bulan hadapan dari 9 Mei hingga 15 Mei. Pameran ini kan menjadi acara penting dalam strategi pertumbuhan Kumpulan Chery di negara ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge