- Berita
- Kereta Baru
- Jetour Dashing Masuk Malaysia, Ada 2 Varian, Harga Bermula RM119,800, Enjin 1.5L Turbo
Jetour Dashing Masuk Malaysia, Ada 2 Varian, Harga Bermula RM119,800, Enjin 1.5L Turbo

JETOUR Malaysia melancarkan secara rasminya model terbaharunya, Jetour, Dashing, ke pasaran tempatan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Untuk makluman, Jetour Dashing yang dijual di Malaysia, hadir dalam dua varian, dimana varian Comfort dijual pada harga RM109,800 manakala RM116,800 untuk varian Prime.

Jetour Dashing yang dikuasakan oleh enjin turbo 1.5 liter mampu menghasilkan kuasa setakat 156ps (115kw) dan tork 230Nm.


Enjinnya dipadankan dengan transmisi automatik DCT 6-kelajuan yang menyalurkan kuasa ke roda hadapan (FWD).
Melihat luaran model Jetour ini, ia menampikan reka bentuk kereta sport saloon namun mengekalkan ciri kenderaan utiliti sukan (SUV).




Dashing yang boleh memuatkan lima orang dilihat menampilkan reka bentuk 3D coupe fastback yang cukup memukau.
Dari segi dimensi, Dashing agak setanding dengan SUV segmen-C lain di pasaran kita dimana ukuran panjangnya adalah 4,590 mm, lebar 1,900 mm, tinggi 1,685 mm, manakala jarak roda pula 2,720 mm.
Selain itu, model ini juga hadir dengan lampu LED matriks jenis terpisah dimana pencahayaan boleh diaktifkan secara automatik 100-meter dan ada juga fungsi ‘follow-me-home’.
Menjengah bahagian belakangnya pula, ia hadir dengan lampu nyalaan siang jenis ‘Mecha-Eyes’, manakala lampu belakang digabungkan dengan menggabungkan reka bentuk bendera perlumbaan untuk meningkatkan karakter sportynya.
Jetour Dashing ini dipasang dengan roda bersaiz 19 inci dimana ia mampu meningkatkan cengkaman dan kestabilan serta menawarkan pengendalian yang cemerlang biarpun berada di pelbagai jenis permukaan.
Antara kelengkapan lain ialah terdapat bumbung panaromik bersaiz 75 inci.
Mengenai kabin pula, Dashing hadir dilengkapi dengan skrin infotainmen 10.25 inci, kerusi berventilasi, ada 4 port pengecas, 6 speaker, pad pengecas 50-watt, ada sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, kluster instrumen 10.25-inci dan penghawa dingin dwi zon selain menawarkan dua kombinasi warna dalaman iaitu off-white atau hitam dan merah.


Reka bentuk kabin tanpa bonggol di bahagian tengah kerusi belakang berfungsi meningkatkan keselesaan bagi semua penumpang.
Ruang butnya yang seluas 486 liter dikatakan mampu memuatkan pelbagai jenis barang serta sesuai membawa peralatan pengembaraan seperti khemah dan peralatan BBQ.
Sebaliknya, ruang butnyanya boleh bertambah luas kepada 977 liter jika kerusi belakang direbahkan.

Ia juga hadir dengan pelbagai ciri teknologi seperti arahan suara pintar yang membolehkan kawalan intuitif untuk tingkap, penyaman udara, navigasi, dan muzik mengikut kedudukan dalam kenderaan.
Ciri-ciri keselesaan tambahan termasuk sistem penapisan udara tahap CN95 yang memastikan kualiti udara kabin yang bersih, pencahayaan ambien yang boleh disesuaikan serta saluran udara belakang yang diletakkan secara strategik untuk kawalan suhu yang konsisten di seluruh kabin.
Malah, ia juga hadir dengan pintu belakang jenis berkuasa dimana ia boleh diprogram melalui skrin mengikut keperluan pemandu. pad pengecas tanpa wayar dan paling penting ialah trdapat sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

CIRI KESELAMATAN:
Mengenai ciri keselamatan, anda jangan risau kerana ia cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan.
Ini kerana model ini didatangkan dengan pengesan titik buta yang menggunakan radar gelombang milimeter yang diaktifkan pada kelajuan melebihi 15 km/j, ada amaran tukar lorong, amaran lintasan trafik belakang untuk meningkatkan keselamatan semasa mengundur, serta amaran pintu terbuka yang memberi peringatan kepada penumpang mengenai kenderaan yang menghampiri ketika keluar dari SUV.

Bagi yang berminat, Jetour Dashing ditawarkan dalam lima warna luaran yang elegan iaitu Carbon Black, Khaki White, Aurora Green, Phantom Grey, dan Hematite Red.
Ia didatangkan dengan waranti kenderaan selama 7-tahun/150,000 kilometer, 10 tahun/1,000,000 km untuk waranti enjin dan pelanggan juga diberikan servis percuma sebanyak kali termasuk kos upah dan alat ganti.
JETOUR Dashing sudah mula dipamerkan di semua bilik pameran JETOUR yang sah di seluruh negara.
Untuk keterangan lanjut, layari https://jetour.com.my/.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT1770
SELANGOR
BSN9721
JOHOR
JYU4091
PULAU PINANG
PSB2554
PERAK
APG4835
PAHANG
CFG1470
KEDAH
KGF1819
NEGERI SEMBILAN
NEJ9756
KOTA KINABALU
SJR2749
KUCHING
QAB5236N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior
JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,
01-04-2026
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2
Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,
13-03-2026
Jetour Malaysia Club Dilancar, Semakin Ramai Guna Jetour, Setakat Ini Terdapat 31 Pusat Jualan Servis
Jetour Malaysia secara rasmi melancarkan JETOUR Malaysia Club.
13-02-2026
Jetour Nak Bina 'Pusat Content' Di Malaysia? Ini Strategi Agresif Untuk Pasaran Malaysia 2026
Jenama SUV yang semakin meningkat naik, Jetour Malaysia, menutup tirai tahun lalu dengan pencapaian membanggakan apabila berjaya menyerahkan sebanyak 2,741 kenderaan.
09-02-2026
Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888
Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).
09-11-2025
Jetour T2 Bakal Dilancar Di Malaysia, Ada 2 Varian
Jetour Auto Malaysia mengesahkan bahawa model lasak Jetour T2 bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.
20-10-2025
Jenama Jetour Laku Keras, Terima Lebih 2,000 Tempahan, 1,000 Unit Sudah Diserah Kepada Pelanggan
Jetour Malaysia terus mengekalkan momentum yang cukup positif kerana sudah menerima kira-kira 2,000 tempahan setakat ini.
26-08-2025
Pemasangan CKD: Jetour Dashing VT9 Dipasang Di Johor
Jetour Auto Malaysia secara rasminya telah memulakan operasi pemasangan tempatan untuk model SUV, JETOUR Dashing dan VT9.
28-07-2025
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
