MG S5 Bakal Dilancar Mei Depan Tetapi ROI Telah Dibuka

Nampaknya, MG Motor Malaysia (SAIC Motor Malaysia) telah pun mendedahkan teaser model baharu MG S5 elektrik dan dalam diam juga mereka telah membuka pendaftaran minat (ROI) melalui laman web rasmi mereka.
Untuk itu, model berkenaan disahkan akan dilancarkan pada Mei 2025!

Berdasarkan imej yang disiarkan itu, MG Motor Malaysia dilihat tidak begitu banyak mendedahkan butiran mengenai model baharu itu.
Biarpun, tiada petunjuk namun model yang akan dilancarkan itu mungkin mempunyai persamaan dengan MG S5 yang sudah pun dijual di Thailand, pada bulan lepas.
Di pasaran Thailand, MG S5 EV mempunyai panjang kira-kira 4,476 mm dengan jarak roda 2,730 mm, lebar 1,849 mm dan tinggi 1,621 mm.
Melihat ukuran dimensinya, ini bermakna saiz MG S5 ini sebenarnya sama dengan pesaing terdekatnya, BYD Atto 3 dan Honda e:N1.

Selain itu, ruang but MG S5 elektrik yang dijual di Thailand adalah 542 liter tetapi boleh dibesarkan menjadi 1,441 liter, jika kerusi belakang direbahkan.

Buat masa ini, tiada butiran lanjut mengenai varian yang didedahkan tetapi MG Motor Malaysia mengesahkan mengenai kehadiran pengecas on-board (OBC) yang menerima input pengecasan DC 150 kW dimana ia menjanjikan pengecasan bateri dari 10-80% dalam masa 30 minit sahaja.


Berdasarkan maklumat terbaru, MG Motor Malaysia nampaknya bakal menawarkan MG S5 EV dalam varian ‘Long Range’, seperti yang sudah dijual di Thailand! 🔥
Dalam pasaran tersebut, varian ini memuatkan pek bateri jenis NMC berkapasiti 64 kWj yang turut menerima input pengecasan AC 11 kW.
Untuk pasaran Thailand, varian Long Range yang disumbat dengan motor tunggal mampu menghamburkan kuasa setakat 245 PS dan 350 Nm.
Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 km.j hanya dalam masa 6.1 saat boleh bergerak sejauh 550 kilometer dengan hanya sekali cas.



Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan lampu depan, belakang jenis LED, rim aloi 18 inci, kerusi dibaluti dengan material kulit dan boleh dilaraskan secara automatik.


Seperti mana kebanyakan EV dari China, MG S5 EV juga bakal hadir dengan teknologi digital yang terkini untuk pemanduan lebih pintar dan selesa.
Maka, tidak hairanlah ia mungkin hadir dengan infotainmen 12.8-inci, ada sokongan Apple CarPlay dan paparan kamera pandangan sekeliling 3D Android Auto serta panel instrumen digital 10.25-inci.


Biarpun, MG Motor Malaysia tidak memberi sebarang bayangan, kami menjangkakan model ini akan hadir dengan pemanduan separa autonomi Tahap 2+ untuk varian lebih tinggi.
Bagaimanapun, harga dan waranti untuk model ini hanya akan diketahui sejurus pelancarannya nanti.

Apa pula pandangan anda mengenai model terbaharu MG Motor ini?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Suku Pertama 2026: MG Motor Malaysia 'Fly' Tinggi dengan Pertumbuhan 57%
MG Motor Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa, Jualan Suku Pertama 2026 Melonjak 57%.
05-05-2026
Harga MGS5 EV: Kini Bermula Daripada RM107,900
Harga baharu MGS5 EV kini bermula daripada RM107,900.
27-10-2025
Perhatian: MG4 Turun Harga, Pelanggan Kini Boleh Jimat Hingga RM28,000
MG Motor Malaysia menetapkan harga baharu untuk model hatchback elektrik paling hangat di pasaran, MG4 semalam.
02-10-2025
Dilancar: MG Cyberster RWD Cukup Bergaya, 340 PS, Boleh Gerak Sejauh 508 KM, Harga Cuma RM299,900
MG Motor Malaysia melancarkan varian baharu bagi kereta sport elektrik, MG Cyberster RWD baru-baru ini.
09-07-2025
Harga Runtuh: MG Tawar MG5 Semurah RM86,900
MG Motor Malaysia menawarkan harga promosi kaw-kaw untuk dua model terbaharunya, MG5 dan MG4 sempena promosi pertengahan tahun.
18-06-2025
Ada Berita Baik Bagi Yang Nak Beli MG Sebab Ada Penjimatan Eksklusif
MG Motor Malaysia menawarkan penjimatan eksklusif sempena Hari Raya Aidilfitri.
07-03-2025
Roadster Elektrik MG Cyberster Kini Di Malaysia – Capai 496 HP, Dari RM319,900
Setelah tempahannya dibuka Oktober lalu, SAIC Motor Malaysia (MG Motor Malaysia) hari ini telah melancarkan EV terbarunya, MG Cyberster, secara rasmi untuk pasaran tempatan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.
04-12-2024
MG4 EV Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM103,999, Capai 429 HP & 520 KM!
Ini spesifikasi terperinci MG4 EV.
27-03-2024
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

