Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri: JPJ Keluar Lebih 60,000 Saman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan pihaknya telah mengeluarkan 61,317 notis pelbagai kesalahan sepanjang Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 di seluruh negara.
Operasi itu diadakan sejak 24 Mac lalu dan telah berakhir tengah malam tadi.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata dalam operasi itu, sebanyak 511 kenderaan disita selepas membuat pemeriksaan ke atas 287,802 kenderaan di 353 kawasan 'hotspot' seluruh negara.
"Sepanjang tempoh operasi itu juga, JPJ menerima 6,687 aduan melalui Aplikasi MyJPJ berkaitan kesalahan lalu lintas pada musim perayaan ini, yang mana orang awam mengambil gambar atau merakam video kesalahan di jalan raya sebelum menghantarnya menerusi aplikasi berkenaan
"Data menunjukkan tiga kesalahan utama yang tertinggi ialah memotong barisan (1,766), memandu di lorong kecemasan (1,625) dan gagal mematuhi lampu isyarat merah (843).

"Kita sudah mengambil tindakan berikutan semua aduan itu, termasuk mengeluarkan Notis 114 terhadap pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan," katanya.
Dalam operasi kali ini, Aedy Fadly berkata, JPJ turut memfokus kepada pemeriksaan kenderaan perkhidmatan awam membabitkan sejumlah 12,732 bas di 54 depoh serta 28 terminal utama seluruh negara.
"Pihak JPJ telah mengeluarkan 1,294 notis di mana 366 daripadanya melalui penguatkuasaan secara penyamaran dalam bas yang bergerak sepanjang musim perayaan ini.
"Kebanyakan kesalahan dilakukan pemandu bas adalah berkait tayar, dan tindakan segera sudah diambil termasuk mengenakan kompaun.
"Melalui penyamaran anggota JPJ dalam bas, dikesan banyak kesalahan pemandu menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Itu adalah kesalahan utama yang tiada kompromi, dan juga terus dikompaun.

"Sepanjang perjalanan, anggota JPJ yang menyamar mengetahui apa yang pemandu bas lakukan, termasuk memandu di lorong kanan secara berterusan dan memasuki lorong kecemasan. Pemandu terbabit terus mengaku bersalah kerana ada bukti," katanya.
Menerusi penguatkuasaan Larangan Pemanduan Ke Atas Kenderaan Barangan (Road Ban) selama empat hari pada 29 dan 30 Mac (sebelum perayaan) serta 5 dan 6 April (selepas perayaan), beliau berkata, JPJ mengeluarkan 163 notis dan menahan 124 kenderaan mengikut Seksyen 59 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG1824
SELANGOR
BSR5984
JOHOR
JA2917J
PULAU PINANG
PSD7760
PERAK
APJ8397
PAHANG
CFH1618
KEDAH
KGH985
NEGERI SEMBILAN
NEK9207
KOTA KINABALU
SJT947
KUCHING
QAB2015P
Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Penjual Roti Bergerak Disaman Atas Pelbagai Saman Termasuk Ubah Suai Kenderaan
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor mengeluarkan saman ke atas seorang penjual roti bergerak atas pelbagai kesalahan di Jalan Sungai Keramat, Klang semalam.
04-02-2026
Iklan Lesen 'Percuma' Tanpa Ujian Disahkan Palsu - JPJ
JPJ Selangor menafikan penularan iklan dan hebahan di media sosial yang mendakwa orang awam boleh memperoleh lesen memandu secara percuma tanpa perlu melalui sebarang ujian sah.
26-01-2026
Perhatian! JPJ Selangor Sudah Mula Guna Kamera Badan
Pemakaian kamera badan bertujuan untu melindungi anggota penguat kuasa daripada sebarang salah faham, tuduhan tidak berasas atau gangguan semasa menjalankan tugas
19-12-2025
JPJ Selangor Terima 27 Alat Perakam Badan, Diguna Untuk Bahagian Penguatkuasaan, Petugas Di Kaunter
Peranti itu akan diberi keutamaan bagi penugasan Bahagian Penguatkuasa dan petugas di kaunter.
14-12-2025
19 Lori Kena Sita Sebab Bawa Muatan Berlebihan
JPJ Selangor menyita sebanyak 19 lori kerana membawa muatan berlebihan ketika ditahan dalam Operasi Perang Lebih Muatan yang dijalankan bermula 14 Oktober hingga kelmarin
29-10-2025
17 Bas Kilang Disita Atas Pelbagai Kesalahan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menyita sebanyak 17 bas kilang dan mengeluarkan 186 notis kesalahan pelbagai jenis menerusi pelaksanaan Ops Khas Gempur Perdagangan, sekitar Shah Alam dan Meru, semalam.
10-10-2025
Teruknya Perangai, Baik Pakai Kereta Murah Kalau Tak Mampu!
Seorang lelaki 'kantoi' tujuh tahun memandu BMW X6 tanpa cukai jalan
18-04-2024
Ini 9 Kesalahan Utama Dalam Radar JPJ Raya Ini...
JPJ Selangor telah melancarkan Operasi Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024.
02-04-2024
Berita Terkini
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling
Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.
14-07-2026
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat