Polis Cari Pembeli Kereta Hyundai Sonata BGK 2338

Polis sedang mencari pembeli kereta Hyundai Sonata untuk membantu siasatan kemalangan yang menyebabkan seorang individu rentung di Kilometer 65.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, semalam.
Ketua Polis Daerah Pendang, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya berjaya mengesan pemilik kereta itu untuk membantu siasatan.
Beliau berkata, kereta yang bernombor pendaftaran BGK 2338 itu adalah milik seorang wanita yang sudah dijual kepada seorang lelaki pada tahun 2016 tanpa menukar nama.
"Sekarang ini kita sedang mengesan pembeli melalui pemilik kenderaan terbabit bagi memudahkan kami mendapatkan identiti pemandu yang rentung dalam kemalangan itu.
"Kita turut menggunakan khidmat pegawai Unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah untuk mendapatkan nombor casis kereta berkenaan," katanya.
Terdahulu, seorang pemandu kereta ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 65.4 Lebuhraya Utara Selatan, menghala ke utara, di sini malam tadi.
Kereta itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik serta terbakar sehingga menyebabkan pemandunya rentung.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hyundai AS Akhirnya Sedia Teknologi Anti-Kecurian, Selepas Teknik Curi Kenderaannya Tular Di TikTok
Hyundai memperkenalkan perisian anti-kecurian bagi kenderaan yang tidak memiliki fungsi butang penghidup enjin dan sistem pelumpuh enjin.
15-02-2023
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
