Tambang DRT Naik RM4, Penduduk Mahu Penjelasan
-full_normal.jpg)
Penduduk di Puchong mendesak kerajaan Selangor pantau caj perkhidmatan Transit Atas Permintaan (DRT) yang dikendalikan pengendali swasta selepas tambang naik daripada RM2 kepada RM4.
Mike Chong, penduduk Puchong Hartamas berkata, kenaikan ini bercanggah dengan usaha kerajaan negeri mempromosi pengangkutan awam. Tambahnya, DRT penting sebagai penyambung ‘last-mile’ ke destinasi pengguna.
“Perkhidmatan mampu milik ini penting untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam dan meminimumkan kesan alam sekitar.

“Jika harganya tidak berpatutan, golongan berpendapatan rendah akan terpinggir dan manfaat DRT sukar dirasai secara menyeluruh,” tambahnya.
Syarikat pengendali, Trek Rides, turut umum pengurangan waktu operasi dan penamatan perkhidmatan di beberapa kawasan termasuk Taman Melawati dan Ampang yang kesemuanya sebelum ini sebahagian daripada inisiatif Selangor Mobility.
Pada 12 Mac lalu, Menteri Besar Selangor Incorporated membuka permohonan cadangan (RFP) kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk mengendalikan DRT di bawah Selangor Mobility. Tarikh akhir permohonan ialah 7 April, semalam.
Buat masa ini, insentif kepada pengendali sedia ada digantung sementara menunggu pelantikan baharu.
Chong turut mengkritik komunikasi kerajaan negeri yang didakwanya lemah, “Penduduk tidak dimaklumkan awal mengenai perubahan ini. Pihak berkuasa sepatutnya menyediakan saluran maklumat yang mudah diakses serta membolehkan pengguna memberikan maklum balas atau membuat aduan,” katanya lagi.


Ng Sze Han, Exco Mobiliti negeri, berkata semua operator kini beroperasi mengikut pelan sendiri sepanjang tempoh RFP. Mobi, satu lagi operator, telah hentikan perkhidmatan di semua zon Selangor Mobility sejak 14 Mac.
Sumber: The Star
Baca: Ekosistem Pengangkutan Awam Selangor Akan Ditingkatkan – Penggunaan DRT Dipantau
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ekosistem Pengangkutan Awam Selangor Akan Ditingkatkan – Penggunaan DRT Dipantau
Kerajaan Negeri Selangor kini sedang berusaha untuk mewujudkan ekosistem pengangkutan multimodal yang lancar bagi memenuhi keperluan penduduk.
23-09-2024
300 Van DRT Baharu Bakal Beroperasi Bermula Disember Ini! – RM1, Mesra OKU
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan memperluaskan perkhidmatan transit atas permintaan (DRT).
15-08-2024
Selangor Akan Perluas Perkhidmatan Van Transit Atas Permintaan Ke Seluruh Negeri
Perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT) yang dilancarkan baru-baru ini akan diperluaskan oleh kerajaan negeri Selangor
09-03-2023
Selangor Bakal Sediakan Van Transit Atas Permintaan Tahun Depan
Perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT) ini akan mula diperkenalkan pada suku pertama tahun 2023.
17-12-2022
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

