UltraContact UX7 Ditayang, Sesuai Untuk SUV

Continental Tyres memperkenalkan UltraContact UX7, yang dierka bentuk khususnya untuk kenderaan utiliti sukan (SUV).
Continental Tyres berkata, tayar ini yang akan hadir di pasaran tempatan pada suku kedua tahun ini sebenarnya bertujuan untuk memenuhi keperluan praktikal pemandu SUV di kawasan bandar.
Tidak seperti tayar UltraContact UC7, UltraContact UX7 yang hadir dengan teknologi SUV Confidence+ dikatakan mengambil kira keperluan pemandu SUV, dengan menekankan aspek keselamatan, ketahanan dan pemanduan yang lebih senyap.


“Malah, X-Force Macroblocks pada UltraContact UX7 memaksimumkan kawasan sentuhan dengan jalan untuk menghasilkan jejak yang lebih lebar bagi pengendalian dan kestabilan walaupun di selekoh, permukaan jalan yang tidak rata atau jalan berkerikil.
“Selain itu, rekaan Robust360 Construction pada UltraContact UX7 juga mengukuhkan tayar bagi menyerap hentakan daripada permukaan jalan selain dapat mengurangkan risiko kerosakan tayar,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah kenyataan itu, dengan formulasi Diamond Compound, ia sebenarnya meningkatkan prestasi ketahanan tayar untuk mengelakkan kerosakan seperti rekahan dan serpihan.
“Ciri-ciri ini menyumbang kepada ketahanan yang lebih tinggi dan jangka hayat tayar yang lebih panjang untuk menampung beban serta berat SUV yang lebih besar.

“Apa yang menarik rekaan bunga tayar yang dipotong dengan tepat pada UltraContact UX7 mengoptimumkan prestasi pengurangan bunyi dengan meminimumkan getaran. .
Ini kerana terdapatnya teknologi Noisebreaker 3.0 yang mampu memecahkan gelombang bunyi, sekali gus menghalang bunyi daripada berkumpul dan memasuki ruang kabin.
Bagi yang berminat, UltraContact UX7 boleh didapati dalam pelbagai saiz dari 15” hingga 22”. Ia dikatakan sesuai untuk kenderaan crossover, SUV bersaiz sederhana dan SUV premium.
UX7 boleh didapati di outlet berjenama Continental atau kedai rasmi Continental di Shopee, Touch ‘n Go (TnG) e-Wallet atau Lazada.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4580
SELANGOR
BSR6583
JOHOR
JA4265J
PULAU PINANG
PSD8569
PERAK
APJ9132
PAHANG
CFH1861
KEDAH
KGH1367
NEGERI SEMBILAN
NEK9508
KOTA KINABALU
SJT1298
KUCHING
QAB2155P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat