- Berita
- Berita Auto
- VIRAL : 3 Penunggang Motosikal Terjatuh Di Lokasi Sama, Tiada Kesan Tumpahan Minyak
VIRAL : 3 Penunggang Motosikal Terjatuh Di Lokasi Sama, Tiada Kesan Tumpahan Minyak

Tular di media sosial yang menunjukkan tiga penunggang motosikal berkuasa tinggi terbabit dalam satu kemalangan di lokasi sama di Kilometer 43.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur, dekat Bentong, pagi semalam.
Video itu menunjukkan pada mulanya, seorang penunggang terjatuh dan kemudian disusuli dua penunggang motosikal turut terjatuh manakala salah sebuah motosikal mereka terbakar.
Seorang penunggang motosikal yang turun dari motosikalnya untuk membantu rakan-rakannya dilihat nyaris terkena serpihan motosikal yang terseret di atas jalan.
Mujur, kesemua penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan itu selamat.
Bagaimanapun, siasatan polis mendapati tiada sebarang tumpahan berminyak di kawasan kemalangan.
Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar mengesahkan berdasarkan siasatan, motosikal terbabit hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang di kiri lebuh raya.
“Salah seorang penunggang motosikal cedera di kaki, manakala dua lagi penunggang motosikal masih belum dapat dihubungi. Pihak polis akan menghubungi kedua-dua penunggang motosikal terbabit bagi membantu siasatan," katanya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan tegas dan mengadakan operasi secara berterusan bagi memastikan lokasi berkenaan tidak dijadikan litar lumba oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Enam Beranak Ditemui Lemas, Kereta Terjunam Ke Dalam Sungai Korok, Al-Fatihah
Kehilangan sebuah keluarga akhirnya terungkai apabila enam beranak yang dikhuatiri hilang itu ditemui maut dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam di dalam sungai.
07-07-2025
Dalam 6 Tahun, Lebih 1,400 Kematian Akibat Kemalangan Lori
Sebanyak 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November lepas.
29-12-2024
Penjawat Awam Maut Di LPT 2
Gara-gara terlanggar penghadang lebuh raya, seorang lelaki yang menaiki kereta Myvi maut di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Kijal, Kemaman, pagi tadi.
26-11-2024
Satu Nyawa Melayang Setiap 80 Minit, 70% Penunggang Motosikal
Kemalangan jalan raya tahun lalu menyebabkan 6,000 kematian dengan purata satu nyawa terkorban setiap 80 minit.
11-10-2024
"Angka Ini Sangat Menyedihkan,"- Loke
Ramai penunggang motosikal terkorban di atas jalan raya.
17-05-2024
Apa Kes, Tesla Buat Hal!
Sebuah Tesla berwarna merah merempuh seorang penunggang motosikal sehingga tersembam di atas jalan raya.
13-05-2024
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat