BEV Pertama Honda Dilancar, Honda e:N1 CBU, Harga Cuma RM149,9000

Honda Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya model kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) pertamanya, Honda e:N1 ke pasaran tempatan di ibu negara, sebentar tadi.
Honda e:N1 yang dinantikan selama ini dijual pada harga RM149,900.
Bagi yang tidak tahu, e:N1 merupakan BEV pintar dan sofistikated yang direka berasaskan falsafah 'human-centric' Honda dan dibina berdasarkan platform pacuan roda hadapan baharu, e:N Architecture F.
-full.jpg)
Dari segi dimensi, Honda e:N1 berukuran 4,380 mm (panjang), 1,790 mm (lebar), 1,592 mm (tinggi) dan jarak roda pula 2,607 mm Wheelbase. Jentera comel ini cuma seberat 1,662 kilogram.

-full.jpg)
Menjengah bahagian luarannya, ia sebenarnya kelihatan mirip dengan Honda HrR-V namun didatangkan dengan gril jenis tertutup. Malah, e:N1 juga kelihatan lebih menyerlah dengan lampu hadapan LED penuh dan lampu belakang LED yang bergaya.
-full.jpg)
Bagi menonjolkan identitinya sebagai BEV baharu, ia hadir dengan logo 'H' putih yang melambangkan elektrifikasi Honda.

Menjengah bahagian kabinnya, ia hadir dengan kluster instrumen bersaiz 10.2 inci, paparan infotainmen 15.1 inci, uphosteri kulit sintetik, paddle shifter serta didatangkan dengan lampu ambien, pad pengecas tanpa wayar dan banyak lagi.
Dari segi ciri keselamatan, Honda e:N1 dilengkapi dengan pelbagai teknologi keselamatan termasuk Maklumat Titik Buta (BSI) dengan Pemantau Trafik Silang (CTM), serta sembilan fungsi keselamatan lanjutan penuh di bawah Honda SENSING.


Mengenai trenkuasanya, ia dikuasakan oleh bateri lithium-ion berkapasiti 68.8kWh, e:N1 menghasilkan kuasa maksimum 150kW dan tork 310Nm.
Model Honda ini dikatakan mampu melakukan perjalanan sehingga 500 kilometer (km) (mengikut piawaian NEDC) dengan hanya sekali cas.

Untuk itu, ia mampu dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 7.7 saat manakala kelajuan maksimum 160 km/j.
Untuk pengecasan pula, ia menyokong pengecasan pantas DC sehingga 78kW. Ini bermakna pengecasan dari 10 hingga 80% hanya mengambil masa kira-kira 45 minit.
Buat masa ini, Honda Malaysia sudah melantuk lapan pengedar iaitu Accord Auto, HZN Cars dan Tiong Nam Motor di Selangor, Peringgit Sri Motor di Kuala Lumpur, Ban Hoe Seng Auto di Perak, Vivahill Auto di Pulau Pinang, Ban Lee Heng Motor di Negeri Sembilan serta Kah Motor Co di Tebrau, Johor.
Bagi yang berminat dengan model ini, ia hadir dengan Pakej Honda Insurance Plus (HiP EV) yang mana ia menawarkan Manfaat EV Tambahan.
Ini termasuk perlindungan terhadap kerosakan atau kecederaan semasa menggunakan pengecas EV awam, perlindungan pengecas dinding EV rumah daripada kebakaran, kilat, kecurian atau bencana alam, dan perlindungan terhadap kehilangan atau kerosakan kabel pengecas mudah alih.
Tidak ketinggalan, menerusi pakej berkenaan, ia turut menawarkan perlindungan liabiliti peribadi bagi kecederaan tubuh badan atau kerosakan harta pihak ketiga yang berpunca daripada penggunaan pengecas dinding EV rumah.
Bagi yang berminat, Honda e:N1 hadir dalam warna luaran iaitu Aqua Topaz Metallic, Urban Gray Pearl dan Platinum White Pearl, manakala bahagian dalaman turut hadir dua pilihan warna; Gray serta Black.
Lebih menarik ia ditawarkan dengan jaminan selama 8 tahun atau 160,000 KM jarak perbatuan.
Sehubungan itu, layari laman web hondamalaysia.com untuk keterangan lanjut.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6614
SELANGOR
BST4184
JOHOR
JD5281J
PULAU PINANG
PSF2897
PERAK
APL2154
PAHANG
CFH6110
KEDAH
KGH8424
NEGERI SEMBILAN
NEL6731
KOTA KINABALU
SJT8709
KUCHING
QAB5064P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat