BMW Lakar Kejayaan Apabila Hasilkan xEV Yang Ke-3 Juta Dari Kilang Pengeluarannya

BMW melakar kejayaan terbaharu apabila menghasilkan kenderaan elektrifikasi (xEV) yang ke-3 juta di kilangnya yang terletak di Munich, Jerman baru-baru ini.
xEV ke-3 juta yang keluar dari kilang pemasangan Munich adalah BMW 330e Touring generasi G21 dalam warna Portimao Blue, yang ditujukan untuk pasaran United Kingdom.
Pengeluaran xEV ke-tiga juta ini bukan sahaja satu pencapaian penting bagi Kumpulan BMW, tetapi juga menandakan prestasi kukuh produk elektrifikasi mereka sejak ia diperkenalkan.
Pada tahun lepas, satu daripada empat kenderaan yang dijual oleh kumpulan itu sudah pun merupakan kenderaan elektrik sepenuhnya (BEV) atau hibrid plug-in (PHEV).
BMW juga mengumumkan bahawa lebih daripada 1.5 juta BEV yang terdiri daripada BMW, MINI, dan Rolls-Royce telah dihantar ke seluruh dunia.


Jualan kenderaan xEV Kumpulan BMW juga menunjukkan pertumbuhan positif setakat tahun ini, di mana angka jualan BEV dan PHEV meningkat sebanyak 28.5% pada suku pertama tahun 2025.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 157,495 unit.Selain itu, kenderaan elektrifikasi mewakili 26.9% daripada semua penghantaran oleh BMW sehingga bulan Mac tahun ini, dengan BEV sahaja menyumbang kira-kira 18.7% daripada jumlah penghantaran mereka.
Biarpun angka ini agakpositif namun ia masih agak jauh daripada matlamat Kumpulan BMW untuk menjadikan BEV melebihi 50% daripada penghantaran mereka menjelang akhir dekad ini.
Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk xEV, semua kilang Kumpulan BMW di seluruh dunia kini menghasilkan kenderaan elektrifikasi selain d model pembakaran dalaman sepenuhnya.


Bermula di Kilang BMW Group Leipzig pada tahun 2013, kumpulan ini telah mengintegrasikan kereta elektrik dalam pengeluaran di semua kilang mereka di seluruh dunia, dimana kebanyakan pengeluaran xEV mereka dikongsi bersama model ICE sepenuhnya untuk fleksibiliti yang lebih baik.
Sementara it, ahli Lembaga Pengurusan yang bertanggungjawab untuk Pengeluaran, Milan Nedeljković menyifatkan dengan pengeluaran yang sangat fleksibel, Kumpulan BMW mampu memenuhi kehendak pelanggan selaras dengan trend pasaran dan permintaan.


“Semua kilang dalam rangkaian pengeluaran global kami telah dipersiapkan untuk elektromobiliti, sekali gus membuka laluan kepada pertumbuhan berterusan dalam segmen ini,” katanya.
Susulan itu, Kumpulan BMW juga telah meningkatkan pengeluaran komponen rangkaian kuasa elektriknya, di mana pengeluaran kini berkembang melebihi kilang mereka di Dingolfing, Jerman.
Dengan kilang Dingolfing sudah mencapai kapasiti tahunan sebanyak 500,000 unit pemacu elektrik sejak tahun 2022, kumpulan ini telah memperluaskan pengeluaran e-drive ke kilang lain seperti Regensburg, Leipzig, dan juga kilang Spartanburg di AS.

Untuk masa akan datang, kilang Kumpulan BMW di Munich dijangka akan beralih sepenuhnya kepada pengeluaran BEV menjelang akhir tahun 2027, yang bermaksud bahawa model 3 Series enjin pembakaran dalaman sudah tidak akan dihasilkan lagi.
Sebaliknya, kilang Munich akan bertanggungjawab untuk menghasilkan BMW i3 baharu berasaskan Neue Klasse, yang dijangka dilancarkan pada tahun depan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perodua, UTM Jalin Kerjasama, Latih Jurutera Masa Depan
Langkah Proaktif Perodua: Latih Jurutera Masa Hadapan' bersama UTM demi ekosistem xEV.
22-04-2026
Perodua, UTM Bangunkan xEV?
Kedua-dua pihak juga akan bersama-sama memberi pendedahan kepada ahli-ahli akademik dan jurutera dalam pembangunan teknologi xEV.
20-01-2025
Dari Jan-Nov 2025, 5,360 Pengecas EV Sudah Dipasang Di Malaysia
Sepanjang Januari hingga November lalu, sebanyak 5,360 unit pengecas kereta elektrik (EV) awam sudah dipasang di Semenanjung Malaysia.
22-12-2025
Belanjawan 2026: MAA Mohon Insentif Cukai EV Dilanjut Supaya Lebih Ramai Beli EV
MAA menggesa kerajaan supaya melanjutkan insentif cukai kenderaan elektrik bateri (BEV) dalam Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan, pada hari ini.
06-10-2025
Tengku Zafrul Adakan Perbincangan Dengan Delegasi Tesla
Tengku Zafrul telah mengadakan pertemuan dengan delegasi Tesla Malaysia, semalam.
23-08-2024
Ada Sebab Kenapa Aston Martin Ketepikan EV!
Aston Martin menangguhkan rancangannya untuk melancarkan EV mereka.
16-04-2024
Ramai Buat Pinjaman 9 Tahun, Ramai Pilih MYVI?
Ramai yang nak pakai kereta, sebab itu sanggup memilih tempoh pinjaman sehingga sembilan tahun.
10-03-2024
Toyota Tidak Mahu Ketinggalan Dalam Pembangunan EV, Ini Rancangan Syarikat...
Toyota mempergiatkan lagi usaha untuk membangunkan kenderaan elektrik (EV).
14-06-2023
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

