Dilancar: Geely Radar King Kong EM-P PHEV Sudah Mula Dijual Di China

Trak pikap Radar King Kong EM-P versi Plug-in hybrid (PHEV) sudah pun dilancarkan di China baru-baru ini. Perkataan ‘EM-P’ sebenarnya merujuk bahawa model ini adalah versi hybrid.
Bagaimanapun, Geely sudah pun melancarkan trak pikap adar King Kong versi elektrik pada Disember lalu.


Dari segi saiz, adar King Kong EM-P sebenarnya sama sahaja dengan versi elektrik. Ia berukuran 5,260 MM panjang dengan jarak roda 3,120 MM, 1,900 MM lebar dan 1,865 MM tinggi.
Versi jarak roda panjang juga ditawarkan, dengan ukuran panjang 5,500 MM dan jarak roda dilanjutkan kepada 3,130 MM.
Selain saiz dan rupa yang serupa, perbezaannya cuma dari trenkuasanya. Ini kerana King Kong EM-P disumbat dengan petrol 1.5 liter turbo, dua motor elektrik, pek bateri LFP 19.09 kWh, serta transmisi hibrid khusus ‘3DH’.
Untuk itu, Radar King Kong EM-P mampu menghasilkan kuasa setakat 349 HP dan tork 914 NM. Dengan setiap pengisian penuh tangki bahan api 60 liter, Geely mendakwa trak pikap plug-in ini mampu mencapai jarak gerak (petrol, elektrik) sehingga 1,068 KM (mengikut piawaian CLTC).
Dari aspek prestasi, Geely mendakwa ia mampu memecut dari 0-100 KM/J hanya dalam masa 6.3 saat, manakala pecutan dengan beban penuh 1,000 KG dalam masa 8.6 saat.
Sudah menjadi lumrah, kecekapan bahan api menjadi keutamaan dalam mana-mana sistem hibrid.


Maka, Radar King Kong EM-P juga tidak terkecuali. Geely mendakwa penggunaan bahan api untuk model ini adalah 1.5 liter untuk setiap 100 KM namun apabila baterinya habis, iaa masih boleh mencapai penggunaan petrol 6.4L/100 km.
Apa yang penting, separuh elektrifikasinya menyokong fungsi Vehicle-to-vehicle (V2V) sebanyak 21 kW. yang membolehkan ia mengecas bateri EV pada kereta lain.
Fungsi ini membolehkan ia membekalkan kuasa kepada peralatan rumah, peranti mudah alih, atau alat kerja di tapak projek.
Menjengah bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan dua paparan digital (paparan instrumen 10.2 inci dan skrin sesentuh infotainmen 14.6 inci).
Reka bentuk papan pemuka dikongsi bukan sahaja dengan model EV, malah dengan model platform sama iaitu Geely Haoyue – lebih dikenali di sini sebagai Proton X90.

Seperti mana King Kong elektrik, Radar King Kong EM-P juga akan dipasarkan di luar China sebagai Riddara RD6 EM-P.
Dari segi harga, Geely Radar King Kong EM-P dilaporkan berharga antara 139,900 yuan (sekitar RM82,346) hingga 159,800 yuan (sekitar RM94,120) di pasaran China.

Dikhabarkan, Radar King Kong EM-P akan dilancarkan di Thailand kerana negara berkenaan sudah menerima Riddara RD6 sejak akhir tahun lalu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
