MAS 2025: BMW 330Li M Sport Dilancar - Harga Bermula Dari RMM320,800

BMW Malaysia melancarkan BMW 330Li M Sport Baharu di Malaysia Autoshow 2025, pagi tadi.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, “BMW 3 Series telah lama menjadi tunjang utama dalam portfolio BMW serta simbol identiti jenama BMW.

"Model ini bukan sahaja menerajui penciptaan segmennya, malah terus berkembang seiring peredaran masa, merentasi tujuhgenerasi, untuk menjadi kenderaan yang unggul sejajar dengan misi kami dalam memberikanprestasi luar biasa dan keseronokan pemanduan yang tiada tandingan, serta dilengkapi dengan inovasi terbaik.
"Legasi ini diteruskan pada hari ini dalam satu lembaran baharu, yang jelas terlihat pada model terbaharu - memperlihatkan DNA BMW 3 Series dengan lebih ketara untuk pasaran Malaysia yang moden," katanya.
Menjengah bahagian luarannya, BMW 330Li M Sport Baharu menampilkan gabungan sempurna antara gaya sporty dan elegan, memperlihatkan rekaan BMW 3 Series yang terus relevan sepanjang zaman.


Di bahagian hadapan, ia masih menggunakan kidney grille ikonik dalam kemasan Pearl Chrome selain dipadankan dengan lampu hadapan LED adaptif yang lebih langsing.
Malah, lampu siangnya pula menyerlahkan profil hadapan yang tajam serta kontemporari manakala profil sisi BMW 330Li M Sport mengekalkan siluetnya yang elegan dengan keselesaan tambahan untuk penumpang belakang, hasil daripada jarak roda yang dipanjangkan.
Menjengah bahagian kabinnya pula, BMW 330Li M Sport Baharu menggabungkan kemewahan moden dengan keupayaan digital terkini.


Model ini didatangkan dengan paparan melengkung BMW yang menjadi tumpuan utama kokpit, panel instrumen 12.3 inci dan paparan kawalan 14.9 inci yang mana kedua-duanya dikuasakan oleh Sistem Operasi BMW 8.5 terbaharu.


Sistem pintar ini menyediakan antara muka yang intuitif dan mesra pengguna, manakala fungsi QuickSelect memastikan akses pantas kepada ciri hiburan dan navigasi.


Panel instrumen mewah turut direka semula dengan saluran udara yang lebih kecil dan kemas, menyerlahkan sentuhan kontemporari serta menyerlahkan suasana premium dalam ruang kokpit.
Kemasan galvanik pada elemen Kavalan menambah sentuhan eksklusif, menjadikan setiap interaksi dalam kenderaan terasa istimewa.
Elemen kristal Crafted Clarity pada penukar gear dan pengawal iDrive menambahkan lagi sentuhan mewah pada ruang kabin.
BMW 330Li M Sport Baharu turut dilengkapi sistem bunyi Harman Kardon Surround Sound yang mempunyai 16 pembesar suara,memberikan kejelasan dan kedalaman audio yang luar biasa.

Bagi yang berminat, BMW 330Li M Sport baharu ditawarkan dalam tiga warna: Carbon Black, M Brooklyn Grey, dan Arctic Race Blue.
Malah, pelanggan boleh memilih antara Leather Vernasca Mocha atau Leather Vernasca Cognac, yang menambahkan sentuhan elegan pada ruang dalaman kenderaan.
Dari segi trenkuasa, semuanya tidak berubah. Dengan kata lain, anda masih akan menemui enjin petrol turbo 4-silinder 2.0 liter yang mampu menghasilkan 258 hp dan 400 Nm. Enjinnya dipadankan dengan kotak gear automatik ZF 8-kelajuan. Ia mampu memecut dari 0-100km/j hanya dalam 6.2 saat.
Mengenai harganya, BMW 330Li M Sport 2025 dijual pada harga bermula dari RM320,800 tanpa pakej BMW Service & Repair Inclusive (BS & RI). Pakej tersebut sebenarnya berharga RM26,400, menjadikan harga permulaannya meningkat kepada RM347,200.

Apa yang menarik, sempena Malaysia Autoshow 2025, BMW Malaysia menawarkan tawaran eksklusif untuk program Servis Inklusif BMW sehingga 31 Mei 2025.
Untuk tempahan yang dibuat antara 1 Mei hingga 31 Mei 2025, pelanggan akan menikmati lanjutan Servis Inklusif BMW percuma selama satu tahun, bersama Subsidi Insurans Motor Komprehensif.
Tahun Pertama Easy Drive bernilai RM 5,000. Tawaran ini tersedia untuk model-model terpilih BMW3 Series, BMW 5 Series, BMW 7 Series, dan BMW X, yang direka untuk meningkatkan pengalaman Pemilikan Premium, memastikan ketenangan fikiran dan perjalanan yang lancar untuk pemilik BMW baharu.
Para pengunjung boleh meneroka rangkaian kenderaan BMW Group Malaysia serba baharu dan model premium lain di MAS 2025 yang terletak di Hall A2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), bermula dari 9 Mei hingga 15 Mei 2025.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT7468
SELANGOR
BSU3867
JOHOR
JF6365J
PULAU PINANG
PSG3972
PERAK
APM2142
PAHANG
CFJ874
KEDAH
KGJ4505
NEGERI SEMBILAN
NEM2670
KOTA KINABALU
SJU5337
KUCHING
QAB7486P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pecah Rekod: MAS 2025 Catat 294,062 Pengunjung, Jana Lebih RM1.72 Bilion Potensi Jualan
MAS 2025 mencatat kehadiran pengunjung tertinggi iaitu seramai 294,062 orang sekali gus berjaya menjana potensi jualan sebanyaK RM1.72 billion
19-05-2025
MAS 2025: Label NxGV Dilancarkan, Pacu Inovasi Automotif Lebih Mesra Alam
MARii secara rasmi melancarkan Skim Pelabelan Kenderaan Generasi Akan Datang (NxGV) Sukarela.
13-05-2025
MAS 2025: Jazeman Jaafar Umum Bakal Beraksi Dalam Shanghai 8 Hours
MAS 2025 turut menjadi pentas penting bagi pelumba profesional, Jazeman Jaafar, membuat pengumuman mengenai perancangannya dalam arena sukan permotoran tahun ini.
13-05-2025
MAS 2025: Nissan Kicks e-Power Impul Edition Didedahkan – Lebih Sporty
ETCM memperkenalkan Nissan Kicks e-Power dalam versi istimewa yang lebih sporty, Impul Edition.
12-05-2025
MAS 2025: Tempahan GAC M8 PHEV Dibuka – Anggaran Dari RM333K
GAC M8 PHEV dipamerkan di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025). Ini yang menarik...
12-05-2025
MAS 2025: Jenama EV Terbaru, SoloEra, Pamer Tiga Motosikal - Bateri Boleh Tukar
MAS 2025 bukan sahaja dimeriahkan dengan himpunan pelbagai model empat roda baharu, tetapi turut menyaksikan kehadiran lebih sedozen jenama motosikal.
10-05-2025
MAS 2025: KINETA & Charge+ Meterai Kerjasama, Sasar Perluas Rangkaian Pengecas EV
Syarikat penyedia penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) tempatan, KINETA, mengumumkan kerjasama strategik bersama Charge+.
09-05-2025
MAS 2025: Himpunan EV Tertinggi Setakat Ini, Lebih 500 Kenderaan
Pameran automotif terbesar negara, Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025), membuka tirainya hari ini dengan kehadiran pelbagai teknologi mobiliti masa depan.
09-05-2025
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
