ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MAS 2025: BMW 330Li M Sport Dilancar - Harga Bermula Dari RMM320,800

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BMW Malaysia melancarkan BMW 330Li M Sport Baharu di Malaysia Autoshow 2025, pagi tadi.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, “BMW 3 Series telah lama menjadi tunjang utama dalam portfolio BMW serta simbol identiti jenama BMW. 

image.png

"Model ini bukan sahaja menerajui penciptaan segmennya, malah terus berkembang seiring peredaran masa, merentasi tujuhgenerasi, untuk menjadi kenderaan yang unggul sejajar dengan misi kami dalam memberikanprestasi luar biasa dan keseronokan pemanduan yang tiada tandingan, serta dilengkapi dengan inovasi terbaik. 

"Legasi ini diteruskan pada hari ini dalam satu lembaran baharu, yang jelas terlihat pada model terbaharu - memperlihatkan DNA BMW 3 Series dengan lebih ketara untuk pasaran Malaysia yang moden," katanya.

Menjengah bahagian luarannya, BMW 330Li M Sport Baharu menampilkan gabungan sempurna antara gaya sporty dan elegan, memperlihatkan rekaan BMW 3 Series yang terus relevan sepanjang zaman. 

image.pngimage.png

Di bahagian hadapan, ia masih menggunakan  kidney grille ikonik dalam kemasan Pearl Chrome selain dipadankan dengan  lampu hadapan LED adaptif yang lebih langsing.

Malah,  lampu siangnya  pula menyerlahkan profil hadapan yang tajam serta kontemporari manakala profil sisi BMW 330Li M Sport mengekalkan siluetnya yang elegan dengan keselesaan tambahan untuk penumpang belakang, hasil daripada jarak roda yang dipanjangkan.

Menjengah bahagian kabinnya pula,  BMW 330Li M Sport Baharu menggabungkan kemewahan moden dengan  keupayaan digital terkini.

image.pngimage.png

Model ini didatangkan dengan paparan melengkung BMW yang menjadi tumpuan utama kokpit, panel instrumen 12.3 inci dan paparan kawalan 14.9 inci  yang mana kedua-duanya dikuasakan oleh Sistem Operasi BMW 8.5 terbaharu.

image.pngimage.png

Sistem pintar ini menyediakan antara muka yang intuitif dan mesra pengguna, manakala fungsi QuickSelect memastikan akses pantas kepada ciri hiburan dan navigasi.

image.pngimage.png

Panel instrumen mewah turut direka semula dengan saluran udara yang lebih kecil dan kemas, menyerlahkan sentuhan kontemporari serta menyerlahkan suasana premium dalam ruang kokpit.

Kemasan galvanik pada elemen Kavalan menambah sentuhan eksklusif, menjadikan setiap interaksi dalam kenderaan terasa istimewa. 

Elemen kristal Crafted Clarity pada penukar gear dan pengawal iDrive menambahkan lagi sentuhan mewah pada ruang kabin. 

BMW 330Li M Sport Baharu turut dilengkapi sistem bunyi Harman Kardon Surround Sound yang mempunyai 16 pembesar suara,memberikan kejelasan dan kedalaman audio yang luar biasa.

image.png

Bagi yang berminat,  BMW 330Li M Sport baharu ditawarkan dalam tiga warna: Carbon Black, M Brooklyn Grey, dan Arctic Race Blue. 

Malah, pelanggan boleh memilih antara Leather Vernasca Mocha atau Leather Vernasca Cognac, yang menambahkan sentuhan elegan pada ruang dalaman kenderaan.

Dari segi trenkuasa, semuanya  tidak berubah. Dengan kata lain, anda masih akan menemui enjin petrol turbo 4-silinder 2.0 liter yang mampu menghasilkan 258 hp dan 400 Nm. Enjinnya dipadankan dengan kotak gear automatik ZF 8-kelajuan. Ia mampu memecut dari 0-100km/j hanya dalam  6.2 saat.

Mengenai harganya, BMW 330Li M Sport 2025 dijual pada harga  bermula dari RM320,800 tanpa pakej  BMW Service & Repair Inclusive (BS & RI). Pakej tersebut sebenarnya berharga  RM26,400, menjadikan harga permulaannya meningkat kepada RM347,200.

image.png

Apa yang menarik, sempena Malaysia Autoshow 2025, BMW Malaysia menawarkan tawaran eksklusif untuk program Servis Inklusif BMW sehingga 31 Mei 2025.

Untuk tempahan yang dibuat antara 1 Mei hingga 31 Mei 2025, pelanggan akan menikmati lanjutan Servis Inklusif BMW percuma selama satu tahun, bersama Subsidi Insurans Motor Komprehensif.

Tahun Pertama Easy Drive bernilai RM 5,000. Tawaran ini tersedia untuk model-model terpilih BMW3 Series, BMW 5 Series, BMW 7 Series, dan BMW X, yang direka untuk meningkatkan pengalaman Pemilikan Premium, memastikan ketenangan fikiran dan perjalanan yang lancar untuk pemilik BMW baharu.

Para pengunjung boleh meneroka rangkaian kenderaan BMW Group Malaysia serba baharu dan model premium lain di MAS 2025 yang terletak di Hall A2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), bermula dari 9 Mei hingga 15 Mei 2025.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT8025

SELANGOR

BSU3956

JOHOR

JF6536J

PULAU PINANG

PSG4096

PERAK

APM2245

PAHANG

CFJ1046

KEDAH

KGJ4573

NEGERI SEMBILAN

NEM2719

KOTA KINABALU

SJU5389

KUCHING

QAB7493P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

12-05-2025
Kereta Baru

10-05-2025
EV

10-05-2025
Berita Auto

10-05-2025
EV

09-05-2025
EV

09-05-2025
EV

09-05-2025
EV

09-05-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.