MAS 2025: iCAUR Masuk Malaysia, Dah Tayang 2 Model: 03 & V23

Jenama iCaur sudah mendarat secara rasminya ke negara kita. iCaur adalah sub-jenama daripada Kumpulan Chery namun ia dinamakan semula untuk pasaran eksport Jenama itu adalah hasil kerjasama antara Chery dan gergasi teknologi China Xiaomi, di mana dua modelnya sSUV iCaur 03 dan V23 EV, s.udah dipamerkan ddi MAEPS Serdang.
Mungkin ada yang tahu, iCaur 03 sebelum ini sudah pun membuat penampilan sulungnya di MAS 2024 namun ketika itu, ia dikenali sebagai Jaecoo J6.

Melihat luarannya, kenderaan elektrik lasak kompak ini mengekalkan reka bentuk badan SUV berbentuk kotak seperti kembarnya, Jaecoo, yang mana ia masih menggunakan lampu LED berbentuk-i, fender yang melebar, ada kotak simpanan di pintu belakang, dan sebenarnya banyak lagi.


V23, sebaliknya, tampil sebagai model yang lebih lasak dan berinspirasikan gaya retro memandangkan lampu hadapan LED jenis bulat, reka bentuk badan SUV berkotak yang sama seperti model 03, walaupun sedikit lebih kecil dari segi dimensi, tiang-C yang tebal serta dipasang dengan kotak simpanan pintu belakang yang lebih kecil.


Menjengah bahagian kabin iCaur 03 dan V23, masing-masing hadir dengan susun atur dalaman yang sarat dengan teknologi cangih yyang kini menjadi kebiasaan dalam kereta buatan China, apatah lagi yang dibangunkan bersama gergasi teknologi.


Bagi model 03, ia dilengkapi dengan pelbagai ciri teknologi, termasuk skrin infotainmen tengah 15.6 inci, kluster meter digital 9.2 inci yang lebih kecil, tempat duduk hadapan yang boleh dilaraskan secara elektrik dan mempunyai fungsi pengudaraan, pengecas tanpa wayar, dan banyak lagi.

Apapun, V23 sememangnya dilengkapi dengan paparan papan pemuka hadapan berskrin besar yang tipikal seperti model 03, namun ia masih mengekalkan beberapa butang fizikal dan tombol untuk kawalan iklim. Memandangkan reka bentuk luarnya yang lebih kecil, ruang dalaman agak terhad, namun kabinnya masih dilengkapi dengan material lembut dan berkualiti tinggi serta upholsteri premium.


Dari segi trenkuasa, iCaur 03 hadir dalam dua spesifikasi, iaitu versi asas pacuan dua roda (2WD) dengan satu motor dan versi pacuan empat roda pintar (iWD) dengan dua motor yang lebih bertenaga.
Versi standard menggunakan satu motor elektrik yang dipasang di belakang (RWD) dimana ia mampu menghasilkan kuasa etakat 181 HP (135 kW) dan tork 220 NM, manakala pek bateri LFP berkapasiti 65.7 kWh mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 426 km berdasarkan standard NEDC.


Sebaliknya, model iWD dengan dua motor pula menawarkan jumlah output sistem yang lebih tinggi iaitu 275 HP (205 kW) dan 385 NM. Tenaga dibekalkan oleh pek bateri LFP yang berkapasiti 69.8 kWh, namun model iWD ini mencatatkan jarak pemanduan NEDC yang sedikit lebih rendah iaitu 418 km.

Pendaftaran minat (ROI) untuk iCaur 03 sudah pun dibuka namun tiada ROI atau butiran tempahan dikongsi mengenai V23. 03 akan mula dijual pada suku ketiga tahun ini dan pelanggan juga boleh mendapatkan tempahan dengan membayar RM1,000.

Anda boleh melihat kedua-dua iCaur 03 dan V23 di Malaysia Autoshow 2025, yang berlangsung di MAEPS, Selangor.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge