MAS 2025: Jetour eVT5 EV Didedah, SUV B-Segmen, Jarak Gerak Hingga 356km

Antara yang membuat kemunculan dalam senyap selain VT9 dan T2 di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) ialah Jetour eVT5.
Model eVT5 ini dikatakan model elektrik pertama Jetour Malaysia. Ia pernah diuji di Malaysia.


Namun model yang dipamerkan di MAS 2025 adalah dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD).
Bagi yang tidak tahu, eVT5 tergolong dalam segmen B-SUV elektrik di mana ia bakal menghadapi persaingan sengit sekiranya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan nanti.


Jika anda perhatikan dengan lebih teliti, eVT5 sebenarnya adalah versi berjenama Jetour bagi Kaiyi X3 Pro EV, yang pada asalnya merupakan versi ubah suai daripada Chery Tiggo 4 Pro pra-facelift.
Oleh itu, eVT5 mempunyai dimensi yang sama seperti kembar Kaiyi iaitu berukuran 4,443 mm panjang, 1,831 mm lebar, 1,646 mm tinggi, dengan jarak roda sepanjang 2,632 mm.

Menjengah bahagian kabin eVT5 kelihatan agak ketinggalan zaman jika dibandingkan dengan model Chery terkini, tetapi tidaklah begitu teruk.
Model ini hadir dengan skrin infotainmen tengah bersaiz 10.25 inci, kluster meter digital, tempat duduk berbalut kulit, pengecas tanpa wayar, bumbung panoramik, dan terdapat kawalan fizikal untuk sistem pendingin hawa.


Mengenai trenkuasa, eVT5 menggunakan rangkaian kuasa dan spesifikasi bateri yang sama seperti X3 Pro EV, iaitu motor elektrik tunggal yang dipasang di hadapan (pacuan roda hadapan) dan mampu memghasilkan kuasa setakat 161 HP dan 280 NM.


Pek bateri berkapasiti LFP 53.6-kWh yang dibekalkan oleh CATL, dengan memberikan jarak NEDC sederhana sejauh 356 km.
Kadar pengecasan juga agak sederhana, dengan masa sekitar 30 minit untuk mengecas dari 30% ke 80%. Seperti Chery Omoda E5, port pengecas AC dan DC terletak di bahagian hadapan kenderaan.

Setakat ini, Jetour Malaysia masih belum mengumumkan sebarang pelan untuk membawa masuk eVT5 ke pasaran kita.
Namun, pengeluar ini menunjukkan minat untuk memperkenalkan beberapa model lain ke Malaysia, dan kedua-dua model T2 serta eVT5 yang didedahkan pada media.

Sekiranya mereka berjaya memasang SUV EV ini secara tempatan (CKD) bersama model Dashing dan VT9, adakah model ini bakal menjadi EV yang ditawarkan pada harga bawah RM100,000 di negara kita?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6614
SELANGOR
BST4184
JOHOR
JD5281J
PULAU PINANG
PSF2897
PERAK
APL2154
PAHANG
CFH6110
KEDAH
KGH8424
NEGERI SEMBILAN
NEL6731
KOTA KINABALU
SJT8709
KUCHING
QAB5064P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
KLIMS 2026: Jetour G700 Malaysia Bakal Buat Kemunculan Di KLIMS 2026
Jetour G700 Sah Ke KLIMS 2026.
09-06-2026
Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng
Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.
30-04-2026
Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior
JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,
01-04-2026
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2
Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,
13-03-2026
Berita Terkini
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
