PDRM Perak Tawar Diskaun Saman 50%! Ini Infonya...

Orang ramai yang mempunyai saman trafik kini berpeluang menikmati diskaun sehingga 50% bagi kesalahan terpilih, menerusi inisiatif khas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Pameran Pencegahan Jenayah PDRM Perak 2025.
Lokasi dan Tarikh Pelaksanaan

Gambar hiasan
Diskaun ini hanya ditawarkan pada Sabtu, 10 Mei 2025 dan boleh ditebus secara fizikal di kaunter khas di Perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh dari jam 9 pagi hingga 4 petang.
Orang ramai disarankan hadir awal bagi mengelakkan kesesakan, memandangkan sambutan untuk program seperti ini lazimnya amat menggalakkan.
Buat Semakan Awal di MyBayar PDRM
Bagi memudahkan proses pembayaran, pengguna dinasihatkan untuk membuat semakan awal jumlah saman melalui:
- Portal rasmi https://mybayar.rmp.gov.my
- Aplikasi MyBayar PDRM
Senarai Saman Yang Tidak Layak Diskaun
Namun begitu, seperti sebelum ini, beberapa jenis kesalahan trafik tidak layak menerima pengurangan bayaran. Antaranya:
- Melanggar lampu isyarat merah
- Menggunakan lorong kecemasan
- Memandu secara berbahaya
- Memotong di garisan berkembar
- Kes kemalangan
- Saman yang perlu dibicarakan di mahkamah
- Saman tidak boleh kompaun (NC)
- Saman melibatkan kenderaan berat
- Kesalahan ubah suai ekzos
- Saman dalam kategori Op Selamat tahun semasa
Elak Disenarai Hitam, Ambil Tindakan Segera
PDRM turut mengingatkan orang ramai agar tidak menangguhkan pembayaran saman tertunggak, kerana ia boleh menyebabkan nama disenarai hitam serta menyukarkan urusan pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu.
Sumber: Facebook Rasmi PDRM
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Dilema Balik Kampung: Roadtax 'Blacklist' Sebab Saman Melambung, Rakyat Rayu Kerajaan Beri Ihsan Diskaun Raya!
Pemberian diskaun ini dilihat sebagai satu bentuk ihsan kerajaan dalam memahami kesempitan ekonomi rakyat di musim perayaan.
10-03-2026
Tinggal 2 Hari Lagi Diskaun Saman 50%, Tak Bayar? Disenarai Hitam
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan peringatan terakhir kepada pemilik kenderaan agar segera melunaskan saman tertunggak melalui Program Rancakkan MADANI dengan diskaun sebanyak 50% yang bakal tamat 30 Disember ini.
28-12-2025
Ramai Betul Tak Bayar Saman JPJ, JPJ Tawar Diskaun Saman 50% Pun Masih Liat Nak Bayar?
JPJ mendedahkan sebanyak 5.5 juta saman tertunggak atas pelbagai kesalahan lalu lintas di seluruh negara masih belum dijelaskan orang ramai setakat ini.
07-11-2025
Diskaun Saman: PDRM Kutip RM640 Juta Saman Sejak 2022
PDRM berjaya mengutip sebanyak RM640 juta hasil bayaran saman trafik melalui pelbagai program diskaun yang dilaksanakan sejak 2022.
22-10-2025
"Tak Boleh Perbaharui Lesen & Cukai Jalan Kalau Tak Selesai Saman Bermula Julai Ini." – JPJ
Ada tunggakan saman? Selesaikan secepatnya kerana JPJ akan dikenakan sekatan urus niaga di jabatan itu dan disenarai hitam.
26-01-2025
Bukan Lagi RM300, Diskaun Saman 50 Peratus Untuk Tiga Kesalahan Termasuk AwAS Mula Esok – JPJ
Berita baik kepada pengguna jalan raya dengan saman yang masih tertunggak, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini menawarkan diskaun saman selama enam bulan bermula esok, 3 Januari hingga 30 Jun akan datang.
02-01-2025
Diskaun Saman Trafik 50%! Ramainya Dah Bayar Saman Tertunggak, Syabas.
Bayarlah saman tertunggak, jangan biarkan hutang bertambah.
07-11-2024
Diskaun Saman Trafik 50% Sempena Program Madani Zon Sarawak 27-29 Sept, Ini Lokasinya...
Sempena Program Madani Rakyat 2024 Zon Sarawak, PDRM mengumumkan tawaran pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50% untuk kesalahan terpilih.
26-09-2024
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat