ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Pengeluaran Isuzu D-Max EV Dimulakan – Dua Motor, 66.9 kWj, Cecah 361 KM

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Isuzus-first-electric-pickup-1.jpg


Isuzu secara rasmi memperkenalkan trak pikapnya yang terlaris di pasaran, D-Max, dalam versi elektrik (EV). Bukan sekadar prototaip, tetapi versi pengeluaran sebenar yang bakal memasuki pasaran global bermula hujung tahun ini.


Pasaran Terawal: Eropah dan UK 


Buat masa ini, model pemanduan sebelah kiri (LHD) untuk pasaran Eropah sudah pun memasuki fasa pengeluaran, dengan penghantaran dijangka bermula sekitar suku ketiga tahun ini. Bagi versi pemanduan sebelah kanan (RHD) pula, UK dijangka menjadi negara pertama menerima penghantaran yang dijangka pada seawal tahun depan.


Pasaran Malaysia 


Isuzu Malaysia, yang baru melantik ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu, masih belum memberikan pengesahan rasmi berkenaan pelancaran model D-Max EV untuk pasaran tempatan. Namun, memandangkan jualan trak pikap diesel semakin menurun, khususnya di Semenanjung ekoran rasionalisasi subsidi diesel, versi EV ini dilihat sebagai alternatif yang relevan bagi perniagaan bandar dan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).


Baca: Yamaguchi Kini CEO Baharu Isuzu Malaysia


Perubahan Kosmetik Kecil


2025_Isuzu_Dmax_EV_0.jpg2025_Isuzu_Dmax_EV_2.jpgElectric-Pickup-Feature-2.jpg


 D-Max EV


D-Max EV berkongsi ukuran dengan versi enjin pembakaran dalaman (ICE), tetapi versi terbaru ini 15 mm lebih panjang, iaitu 5,280 mm. Lebar, tinggi dan jarak roda kekal sama.


Dari segi reka bentuk, walaupun kelihatan tidak jauh berbeza daripada model diesel biasa, D-Max EV hadir dengan beberapa perincian unik seperti aksen biru pada gril dan lampu depan LED dengan kemasan kontra yang berwarna biru. Model EV ini dipasang dengan rim 18 inci dan tayar 265/60.


2025_Isuzu_Dmax_EV_3.jpg


Kekal ‘gagah’ walaupun elektrik, D-Max EV menawarkan kapasiti muatan 1,010 kg dan mampu menarik sehingga 3,500 kg, menyamai versi ICE.


Dengan jarak kelegaan tanah 210 mm, sudut sua (approach) 30.5 darjah, sudut lepas (departure) 24.2 darjah dan kemampuan meredah air sedalam 600 mm, trak ini kekal lasak walaupun tanpa enjin diesel.


Trenkuasa D-Max EV


2025_Isuzu_Dmax_EV_4.jpg


Trak ini menggunakan dua motor elektrik, satu di hadapan dan satu di belakang, dengan gabungan kuasa 190 ps dan tork 325 Nm. Sistem ini dipacu oleh bateri lithium-ion 66.9 kWj.


Pecutan 0-100 km/j mengambil masa 10.1 saat, manakala kelajuan maksimum melebihi 130 km/j. Jarak perjalanan ialah 361 km mengikut ujian WLTP bandar, dan 263 km  bagi ujian WLTP gabungan.


2025_Isuzu_Dmax_EV_1.jpgElectric-Pickup-Feature-3.jpg


Bateri yang digunakan mengambil masa sekitar 10 jam untuk dicas penuh sehingga 100% menggunakan AC 11 kW, manakala dengan pengecasan pantas DC 50 kW, masa yang diambil dari 20% ke 80% hanyalah sejam.


Bagi menggantikan sistem leaf spring yang digunakan sebelum ini, D-Max EV menggunakan suspensi belakang jenis De Dion untuk kawalan lebih stabil.


Harga Masih Tanda Tanya


Isuzu masih belum mengumumkan harga rasmi D-Max EV, namun ramai menjangka ia akan diposisikan di peringkat pertengahan, lebih mahal daripada varian asas kabin tunggal, tetapi lebih murah daripada varian premium seperti X-Terrain.

Baca: Isuzu D-Max 'Tawan' Pasaran Trak Pikap Sebab Jimat Minyak?

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA2444

SELANGOR

BSQ3640

JOHOR

JYX3040

PULAU PINANG

PSC5019

PERAK

APH6757

PAHANG

CFG6020

KEDAH

KGG2171

NEGERI SEMBILAN

NEK4872

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8428N

Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

29-07-2025
EV

01-05-2025
Kereta Baru

17-04-2024
EV

20-03-2024
Berita Auto

14-10-2022
Kereta Baru

Isuzu Perkenalkan D-Max Auto Plus 4x2 1.9L, Lebih Bergaya & Canggih!

Isuzu perkenalkan D-Max generasi ke-3 yang tampil lebih berani, bergaya dan canggih.

14-10-2021
Kereta Baru

Isuzu D-Max 2021 Akhirnya Melanggar Masuk Malaysia

D-Max akhirnya muncul dalam pasaran Malaysia sekali gus memberikan tanda aras baharu untuk jenama dalam segmen trak pikap.

26-04-2021
Berita Auto

02-02-2026

Berita Terkini

EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.