Proton, Continental Bekerjasama, Proton Kini Jadi Pusat Sehenti Jual, Pasang Tayar

Proton kini menjalinkan kerjasama dengan Continental Malaysia bagi memperkenalkan perkhidmatan tayar bersepadu di pusat servis bertauliah terpilih di seluruh negara.
Menerusi kerjasama ini, pusat servis PROTON bakal berfungsi sebagai pusat sehenti bagi jualan tayar, pemasangan profesional, dan perkhidmatan selepas jualan bersama Continental Malaysia.
Menjelang Disember tahun ini, PROTON menyasarkan sekurang-kurangnya 60 cawangan akan menyediakan perkhidmatan ini untuk semua model PROTON, sekali gus memudahkan pelanggan mendapatkan penyelenggaraan lengkap di bawah satu bumbung.
Pelanggan kini boleh membeli dan memasang tayar semasa servis berkala, dengan harga tayar yang kompetitif bermula daripada RM211 seunit khusus untuk Proton Saga.

Semua tayar yang ditawarkan adalah keluaran terkini bagi memastikan tahap keselamatan dan prestasi maksimum, manakala pemasangan dilakukan oleh juruteknik bertauliah PROTON untuk menjamin kualiti perkhidmatan.
Selain itu, pelan perlindungan Total Confidence Plan (TCP) oleh Continental Malaysia turut disediakan, merangkumi jaminan kerosakan jalan raya selama setahun serta penggantian tayar satu dengan satu secara percuma bagi kes-kes yang tidak diduga.
Bagi pelanggan yang mengutamakan fleksibiliti kewangan, kemudahan pembiayaan melalui Direct Lending juga ditawarkan, membolehkan pembayaran ansuran bulanan yang lebih mudah dan terancang.
Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar. Roslan Abdullah berkata, pihaknya mahu memberi tumpuan besar terhadap pelaburan dalam aspek selepas jualan bagi meningkatkan pengalaman pelanggan di pusat servis bertauliah.

"Pengenalan perkhidmatan penukaran tayar merupakan langkah seterusnya dalam usaha kami mentransformasikan pusat 3S/4S menjadi penyelesaian sehenti yang lengkap. Ini mencerminkan usaha kami untuk memperkukuh imej PROTON sebagai jenama automotif pilihan utama rakyat Malaysia," katanya.
Dengan lebih 173 pusat servis dan 73 pusat Body & Paint di seluruh negara, PROTON juga kini menawarkan pelbagai servis:
- Perkhidmatan FS90 Fast Service, yang menjamin penyelenggaraan dalam masa 90 minit daripada pendaftaran hingga penyerahan kunci kepada pelanggan.
- ProCare Smart Plan (PSP) dengan penjimatan menarik melalui pakej penyelenggaraan dan pembiayaan fleksibel.
- Aplikasi MyProton untuk penjadualan servis dan kemas kini semasa
- Manual Pemilik Digital yang boleh diakses dalam talian
- Body & Paint (B&P) dan Proton Insurance Programme (PIP) yang menawarkan khidmat pemulihan kenderaan kemalangan oleh pakar dan penyelesaian insurans khusus
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan tayar baharu PROTON serta senarai cawangan terlibat, sila layari
laman web rasmi PROTON atau hubungi pusat servis PROTON berhampiran anda.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6614
SELANGOR
BST4184
JOHOR
JD5281J
PULAU PINANG
PSF2897
PERAK
APL2154
PAHANG
CFH6110
KEDAH
KGH8424
NEGERI SEMBILAN
NEL6731
KOTA KINABALU
SJT8709
KUCHING
QAB5064P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


