Toyota bZ3X: SUV Elektrik China yang Mampu Gegar Pasaran Global

Toyota telah mempertontonkan kenderaan elektrik (EV) bZ3X semasa acara Auto Shanghai 2025. Di acara tersebut, Carz.com.my dapat melihat dengan dekat SUV elektrik kompak yang telah berjaya mencatatkan lebih 10,000 penghantaran hanya dalam tempoh hanya sebulan selepas ia dilancarkan di China, manakala 12,000 lagi tempahan masih menunggu giliran, lapor CarNewsChina.
Dibangunkan Bersama GAC, Khas untuk Pasaran China
Toyota bZ3X dibangunkan bersama rakan kongsi tempatan, GAC, dan merupakan hasil daripada pelan strategik baharu Toyota yang memberi tumpuan terhadap inovasi tempatan. Model ini dibina berasaskan platform e-TNGA serta diinspirasikan daripada GAC Aion V.
Walaupun dibangunkan khas untuk China, bZ3X berpotensi untuk dipasarkan ke luar negara sebagai pesaing global kepada SUV EV lain.
Baca: Imej Toyota bZ3C Versi Pengeluaran Bocor, Mirip Toyota Prius?
Reka Bentuk Moden


SUV elektrik ini mempunyai dimensi panjang 4,645 mm, lebar 1,885 mm dan tinggi 1,625 mm dengan jarak roda 2,750 mm. Ia hadir dalam dua pilihan konfigurasi, pacuan roda hadapan (FWD) dengan motor tunggal 150 kW atau pacuan semua roda (AWD) dengan dua motor (80 kW + 150 kW).
Bateri LFP yang digunakan menawarkan jarak perjalanan mencecah 600 km mengikut ujian CLTC, menjadikannya praktikal untuk kegunaan harian dan perjalanan jauh.
Teknologi Pintar dalam Kabin




Ciri menarik dalam kabin termasuk sistem infotainmen 12.3 inci berasaskan cip Snapdragon 8155, bumbung panorama serta sistem bantuan pemandu (ADAS) tahap 2+ yang dibangunkan bersama firma teknologi pemanduan autonomi, Momenta.
Strategi Pembangunan Baharu Toyota di China
bZ3X merupakan hasil pendekatan baharu Toyota di China yang dikenali sebagai “One R&D”. Di bawah strategi ini, pembangunan EV disatukan melibatkan FAW Toyota, GAC Toyota, BYD Toyota dan Pusat R&D Changshu, sekali gus menggantikan pendekatan lama Toyota yang selama ini lebih berpusat.
Langkah ini hadir tepat pada masanya, memandangkan model EV global pertama Toyota, bZ4X, gagal mengekalkan momentum disebabkan persaingan sengit daripada jenama EV China yang lebih agresif dan pantas membangun.
bZ3X Lebih Matang Berbanding bZ4X

Berbeza dengan bZ4X, bZ3X lebih progresif dari segi reka bentuk, teknologi dan penyesuaian pasaran. Ia membuktikan bahawa kelahiran di China bukanlah kelemahan, sebaliknya satu kelebihan dalam ekosistem EV yang berkembang dengan agak pantas.
Potensi Besar untuk Pasaran Malaysia
Dengan infrastruktur EV yang semakin berkembang di Malaysia serta minat pengguna yang meningkat terhadap kenderaan mesra alam, bZ3X berpotensi menjadi pilihan menarik untuk bersaing dengan model seperti BYD Atto 3 atau e.MAS 7.
Jika Toyota berjaya menetapkan harga yang kompetitif, tidak mustahil bZ3X akan menarik perhatian peminat EV di Malaysia.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF9654
SELANGOR
BSR5766
JOHOR
JA2279J
PULAU PINANG
PSD7472
PERAK
APJ8039
PAHANG
CFH1523
KEDAH
KGH651
NEGERI SEMBILAN
NEK9076
KOTA KINABALU
SJT703
KUCHING
QAB1945P
Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia
Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.
15-04-2026
Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat
UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.
02-04-2026
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.
02-04-2026
Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit
Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.
03-02-2026
Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit
Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.
23-01-2026
Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia
Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.
22-01-2026
Toyota HiAce 2026 Muncul Di Jepun – Lebih Canggih Segenap Sudut
Toyota HiAce kini sudah mencapai usia mencecah lebih dua dekad di pasaran global.
21-01-2026
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
