- Berita
- Berita Auto
- Toyota GR86 Cup Car Kini Dijual Di Malaysia – Hanya Ada 30 Unit, Berharga RM208,315
Toyota GR86 Cup Car Kini Dijual Di Malaysia – Hanya Ada 30 Unit, Berharga RM208,315

Sekiranya anda terlepas pandang, siri perlumbaan Super GT Jepun akan kembali ke Malaysia pada tahun ini, dan ia akan menampilkan perlumbaan sulung Toyota GR86 Cup Malaysia sebagai acara sokongan di Litar Antarabangsa Sepang, pada Jun ini.
Pendek kata, Malaysia akhirnya akan menyaksikan perlumbaan GR86 Cup tersendiri pada tahun ini selepas 12 tahun perlumbaan ini menghilangkan diri dari bumi Malaysia.
Untuk itu, penganjur perlumbaan berkenaan, Haro Sports and Entertainment Sdn Bhd telah memulakan penjualan Toyota GR86 Cup Car secara tempatan. Sesuai dengan jumlah yang terhad, jualan unit ini hanya dijual kepada para peserta siri perlumbaan tersebut.

Sebenarnya, hanya 30 unit Toyota GR86 Cup Car yang akan ditawarkan oleh Haro Sports and Entertainment Sdn Bhd untuk tujuan itu berdasarkan prinsip ‘siapa cepat, dia dapat’.
Setiap unit dijual pada harga RM208,315 termasuk cukai jualan dan kos Permit Kelulusan (AP) bagi sukan permotoran.


Sebagai perbandingan, model GR86 versi atas jalan raya yang ditawarkan secara rasmi oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dijual pada harga bermula dari RM295,000 untuk versi transmisi manual 6-kelajuan (6MT), manakala RM305,000 untuk transmisi automatik 6-kelajuan (6AT).


Apapun, kesemua unit GR86 Cup Car yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini mematuhi peraturan teknikal yang ditetapkan di bawah kategori SP1 Siri Kejohanan Malaysia 2025.
Setiap kereta juga mempunyai berat kira-kira 1,290 kilogram termasuk berat badan pemandu. Oleh itu, setiap GR86 Cup Car juga dianggap tidak sah untuk kegunaan jalan raya, dan penggunaannya di jalan awam adalah dilarang.
Biarpun, harganya lebih rendah daripada versi kereta jalan raya sebenar, GR86 Cup Car hadir dengan pelbagai penambahbaikan untuk perlumbaan.
Antaranya termasuk penambahan keselamatan wajib seperti sangkat keselamatan perlumbaan yang diperakui JAF, tempat duduk bucket siri Bride ZETA yang diluluskan FIA dengan abah-abah 6 titik yang serasi dengan HANS, serta sistem pemadam kebakaran.


Dari segi trenkuasanya, ia disumbat engan enjin 2.4 liter ‘Boxer’ atau 4 silinder rata selain ditambah dengan sistem ekzos prestasi penuh Fujitsubo untuk membolehkan ia menghamburkan kuasa setakat 228 hp dan tork 250 Nm.


Bagaimanapun, sistem pacuan roda belakang (RWD), transmisi manual 6-kelajuan, dan LSD Torsen dikekalkan. Namun begitu, transmisi kini dilengkapi dengan klac perlumbaan Cusco yang dinaik taraf, serta terdapat sistem penyejuk transmisi tambahan.

Bagi casis pula, GR86 Cup Car menerima modul stereng kuasa elektrik yang ditala semula, penyerap hentak KW Racing, suspensi TRD, serta angkup brek monoblok Advics dengan empat piston di hadapan dan dua piston di belakang yang mencengkam cakera brek bersaiz 345 x 30 MM (hadapan) dan 330 x 26 MM (belakang).
Untuk komponen roda, setiap GR86 Cup Car dilengkapi dengan rim aloi tempa Raxer RP10X bersaiz 8JJ x 17 inci yang ringan dan tahan lasak serta, dipadankan dengan tayar Bridgestone Potenza RE-71RS bersaiz 225/45R17 yang mana ia memberikan cengkaman tinggi.

Perlumbaan sulung GR86 Cup Series Malaysia 2025 akan berlangsung serentak dengan Super GT di Sepang, bermula dari 26 Jun hingga 28 Jun nanti.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6845
SELANGOR
BSU3764
JOHOR
JF6065J
PULAU PINANG
PSG3794
PERAK
APM1960
PAHANG
CFJ647
KEDAH
KGJ4457
NEGERI SEMBILAN
NEM2595
KOTA KINABALU
SJU5267
KUCHING
QAB7463P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Berita Terkini
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge