Toyota RAV4 2026 Didedahkan – PHEV, 3 Varian Termasuk GR Sport
Toyota akhirnya memperkenalkan Toyota RAV4 generasi keenam (RAV4 2026) dengan rekaan lebih berani serta penambahan teknologi elektrifikasi terkini.
Versi terbaru SUV kompak ini masih lagi kekal menggunakan platform TNGA-K seperti generasi sebelumnya, begitu juga dengan dimensi keseluruhan jentera.



Toyota RAV4 Core
Dari segi rekaan, antara yang berbeza adalah termasuk rekaan lampu depan dan belakangnya dengan bentuk hammerhead terbaru seperti yang terdapat pada model Prius dan SUV elektrik C-HR terbaru. Selain itu, lengkungan roda juga kini makin tebal memberikannya gaya lebih ranggi.
Tiga Varian RAV4 2026: Core, Adventure & GR Sport



Toyota RAV4 Adventure
Model ini ditawarkan dalam tiga varian dengan kemasan yang bersesuaian dengan penggunaan seperti Core untuk kegunaan di bandar, Adventure untuk kegunaan yang lebih lasak, dan akhir sekali ialah GR Sport, untuk mereka yang mahukan sebuah jentera yang lebih agresif.
RAV4 GR Sport



Toyota RAV4 GR Sport
Varian GR Sport hadir dengan kit aero khas yang termasuk spoiler menjanjikan prestasi aerodinamik dan kestabilan pengendalian yang lebih baik. Selain itu, varian ini turut dipasangkan dengan gril Matrix bercorak heksagon serta rim eksklusif bersaiz 20 inci.
Tidak terhenti di situ, Toyota turut memberikan talaan casis lebih mantap termasuk peredam jenis sporty yang berprestasi tinggi, trek yang 20 mm lebih lebar, penyokong belakang yang diperkuat dan sistem stereng yang telah ditala semula.
Sistem Hibrid Plug-In RAV4 2026

Paling menarik, Toyota akan memperkenalkan sistem hibrid plug-in (PHEV) generasi kelima secara global untuk RAV4 kali ini. Ia menggabungkan enjin petrol 2.5L dengan motor elektrik dan pek bateri 22.7 kWj, menawarkan jarak pemanduan elektrik sehingga 100 km.
Pilihan pacuan dua roda (FWD) dan semua roda (AWD) turut disediakan. Versi FWD menawarkan sekitar 270 hp, manakala AWD sehingga 304 hp.
Toyota juga dijangka akan terus menawarkan RAV4 dalam versi enjin pembakaran dalaman (ICE) serta sistem hibrid biasa (HEV), bergantung kepada pasaran.
Kabin RAV4 2026



Toyota RAV4 serba baharu dilengkapi skrin infotainmen kawalan sentuhan bersaiz 12.9 inci, yang juga merupakan model pertama menggunakan sistem operasi baharu Toyota, Arene. Sama seperti Android oleh Google atau iOS oleh Apple, Arene dibina sebagai platform standard yang akan digunakan dalam semua model Toyota di masa hadapan.
Menurut Toyota, kelebihan utama sistem ini ialah kemampuannya untuk membolehkan pembangunan ciri-ciri terkini dilakukan dengan lebih pantas dan mudah. Tambah Toyota lagi, sistem ini juga menyokong pembangunan fungsi keselamatan dan hiburan yang lebih canggih.
Menariknya, semua penambahbaikan ini boleh dinikmati melalui kemas kini perisian secara dalam talian (over-the-air, OTA).
Dilancarkan Tahun Ini



Toyota masih belum mendedahkan harga rasmi untuk RAV4 2026. Namun, penghantaran dijangka bermula di Jepun dalam tahun ini, diikuti pasaran utama seperti Amerika Utara, Eropah, Asia Pasifik dan Timur Tengah.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lagi Letupan Di Kilang Alat Ganti Toyota: Pengeluaran Toyota RAV4, Harrier Dihentikan!
Toyota menghentikan pengeluaran dua model SUV crossover terlarisnya – RAV4 dan Harrier.
11-03-2025
Toyota Panggil Balik Sebab Ada Masalah Beg Udara
‘Jangan Memandu’ 50,000 kenderaan lama Toyota di AS.
30-01-2024
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia
Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.
15-04-2026
Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat
UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.
02-04-2026
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.
02-04-2026
Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit
Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.
03-02-2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
