ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

UMW Toyota Motor Jadi Penaja Utama Super GT Malaysia 2025

Sofea Najmi

Kongsi melalui

MK3_9865.jpg


Penganjur acara Super GT Malaysia 2025, Haro Sports and Entertainment mengumumkan bahawa UMW Toyota Motor (UMWT) kini dilantik sebagai penaja utama untuk acara tersebut yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 27 dan 28 Jun akan datang.


Acara Sarat dengan Aksi Perlumbaan


web_WA_CariCarz_2025-Toyota-GR-Yaris_GR-Corolla_Corolla-GR-S_launch_-1.jpg

WhatsApp-Image-2025-04-26-at-19.50.30.jpegWhatsApp-Image-2025-04-27-at-19.42.13.jpeg


Carz.com.my difahamkan bahawa Toyota Gazoo Racing (TGR) Malaysia bakal menjadi tunjang utama acara ini, dengan Pusingan ke-2 Vios Challenge bagi Toyota Gazoo Racing Festival musim ke-8 turut berlangsung sebagai acara sokongan.


web_GR86-Cup-Japan-NEW-CROPPED.jpgweb_GR86-Cup-Japan-NEW-2.jpg


Litar yang sama juga bakal digegarkan dengan perlumbaan sulung GR86 Cup Malaysia yang menampilkan 30 jentera, menjadikannya antara perlumbaan one-make (satu model/spesifikasi sama) terbesar di Malaysia. Untuk acara ini, Bridgestone diumumkan sebagai pembekal tayar rasmi perlumbaan. 


Sementara itu, acara utamanya, Super GT,  yang membabitkan dua kategori perlumbaan iaitu GT500 dan GT300 bakal memperlihatkan pelumba beraksi dalam dua sesi perlumbaan (10 pusingan setiap satu). 


ZYO_8369top.jpg


Rakan Pengurusan Haro Sports & Entertainment, Fahrizal Hasan, berkata, “Kerjasama ini menyatukan semangat perlumbaan Jepun dengan budaya permotoran Malaysia. Ia bakal menjadi sambutan luar biasa yang merangkumi kelajuan, budaya dan komuniti.”


Festival Jepun Nihon Matsuri dan Konsert GT Live!


web_Nihon-matsuri.jpg


Bukan sekadar aksi di atas litar, Super GT Malaysia 2025 juga akan menyajikan pelbagai aktiviti luar litar termasuk festival budaya dan makanan Jepun, Nihon Matsuri, anjuran Trumpet International.


web_Super-GT-banners-combined.jpg


Paling menarik, Haro Sports turut mengumumkan acara hiburan selepas perlumbaan iaitu GT Live! Concert, menampilkan barisan artis tempatan dan serantau termasuk trio Tenxi, Naykilla & Jemsii (TNJ), kumpulan penyanyi wanita J-Pop dan M-Pop KLP48, Fareed (K-Clique), Sabhi Saddi dan Kaka Azraff. Konsert ini hanya terbuka kepada pemegang tiket rasmi Super GT Malaysia 2025.


Tiket Promosi Serendah RM80 Masih Ditawarkan


Tiket promosi untuk pembeli terawal bermula daripada RM80 masih ditawarkan, dalam jumlah dan masa terhad. Selepas promosi tamat, harga tiket akan bermula daripada RM100 hingga RM5,000, manakala pakej pengalaman premium untuk dua orang ditawarkan pada harga antara RM12,000 hingga RM15,000. Untuk pembelian, layari laman web rasmi di supergtmalaysia.com .

Baca: Tiket Super GT 2025 Malaysia Kini Dijual – Dari RM80 Untuk Yang Terawal 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

30-06-2025
Berita Auto

31-05-2025
Berita Auto

19-05-2025
Berita Auto

30-04-2025
Berita Auto

10-07-2026
Kereta Baru

04-03-2026
Berita Auto

06-02-2026
Kereta Baru

12-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.