Xpeng P7 Tampil Lebih Berani, Ada Pintu Gunting, Rim Jenis Besar Baru Nampak Garang

Selepas diperkenalkan buat pertama kali baru-baru ini, kami akhirnya mendapat maklumat baharu mengenai spesifikasi tentang Xpeng P7 generasi kedua ini.
Untuk kemunculan keduanya, sedan eksekutif EV ini dilihat tampil lebih sporty berbanding sebelum ini, selain menampilkan tetapan dwi-motor dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 536 hp dan terdapat pelbagai ciri menarik.

Berdasarkan laporan berita, CarNewsChina, model P7 baharu ini akan ditawarkan dalam varian motor tunggal dan dwi-motor, yang mana model biasa menampilkan tetapan motor RWD tunggaldan mampu menghasilkan kuasa setakat 363 HP (270 kW). Ini bermakna ia mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 230 km/j.
Difahamkan, model ini didatangkan dengan pek bateri LFP daripada Eve Energy, namun kapasiti tepat masih belum didedahkan setakat ini.
Model jarak jauhnya menggunakan tetapan motor RWD tunggal yang sama seperti model biasa namun dilengkapi dengan unit ternari NMC berbeza daripada CALB.


Model pertengahan ini mengekalkan kelajuan maksimum 230 km/j selain mempunyai berat lebih ringan iaitu 2,090 kg berbanding 2,125 kg untuk varian asas.
Bagi varian spesifikasi tertinggi dengan dwi-motor AWD pula, ia dilengkapi motor elektrik tambahan pada gandar hadapan, sekali gus meningkatkan jumlah output sistem kepada 586 HP (437 kW). Walaupun dengan kuasa yang luar biasa ini, kelajuan maksimum masih dihadkan pada 230 km/j, dan ia menggunakan unit NMC yang sama seperti varian pertengahan.

Apa yang cukup menarik ialah CarNewsChina mendedahkan bahawa model AWD ini mempunyai berat antara 2,188 kg hingga 2,220 kg, menandakan bahawa ia akan hadir dalam lebih daripada satu konfigurasi.
Ciri lain bagi model spesifikasi tinggi ini termasuk brek Brembo bersaiz besar, serta beberapa komponen gentian karbon pilihan, termasuk pada penutup cermin sisi dan banyak lagi.
Walaupun kita sudah melihat imej awal P7 baharu ini, kemas kini terkini menunjukkan bahawa sedan EV ini akan dilengkapi dengan pintu gunting gaya ala supercar.
Antara kelengkapan lain ialah terdapat lampu LED yang langsing didi bahagian hujung,, siluet gaya fastback dengan cermin belakang condong, pemegang pintu boleh tarik masuk, spoiler belakang aktif, dan ditawarkan dengan rim roda bersaiz antara 20 hingga 21 inci.

Dari segi dimensi, P7 baharu ini merupakan sebuah sedan bersaiz besar, dengan panjang 5,017 mm, lebar 1,970 mm, tinggi 1,427 mm, dan jarak roda sepanjang 3,008 mm.
Ini meletakkannya dalam kategori yang sama seperti BMW i5 generasi G60, Lexus ES generasi kelapan yang baharu, dan banyak lagi.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Xpeng P7 generasi kedua ini dijangka akan membuat penampilannya sekitar suku ketiga 2025, dengan anggaran harga bermula dari 300,000 yuan (RM175,099) dan ke atas.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Xpeng P7 Pula Didedah, 586 HP, Macho Habis!
Model generasi kedua Xpeng P7 yang dinanti-nantikan akhirnya membuat penampilan sulungnya di China, baru-baru ini.
07-08-2025
Xpeng P7 Pula Didedah, 586 HP, Macho Habis!
Model generasi kedua Xpeng P7 yang dinanti-nantikan akhirnya membuat penampilan sulungnya di China, baru-baru ini.
07-08-2025
Xpeng GX Didedahkan: SUV EREV 1,000 KM Dengan Cip AI Turing
Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) terkemuka dari China, Xpeng, akhirnya mempamerkan imej rasmi pertama model flagship terbarunya, Xpeng GX.
06-02-2026
Xpeng G6 RWD Muncul Dalam Versi Marhaen – Standard Range, Lancar Jan 14
Xpeng Malaysia telah mengemaskini laman web rasminya dengan kemasukan varian asas terbaru bagi SUV elektrik Xpeng G6 RWD yang kini muncul dalam versi Standard Range (SR).
12-01-2026
Auto Guangzhou 2025: Xpeng X9 PowerX EREV Dilancarkan – 1,602 KM, Bakal Tiba Di Malaysia?
Xpeng telah melancarkan secara rasmi MPV Xpeng X9 dalam versi trenkuasa kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV) di Auto Guangzhou 2025.
21-11-2025
Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI
MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.
12-11-2025
Xpeng Lepasi Sasaran Jualan - 355,209 Unit Terjual Setakat OKT 2025
Xpeng telah melepasi sasaran jualan iaitu sebanyak 355,209 unit terjual setakat Oktober lalu.
04-11-2025
Xpeng Berminat Jadikan Malaysia Hab AI & Teknologi – Keupayaan Semikonduktor Negara Jadi Tumpuan
Xpeng Inc berusaha memperkukuhkan komitmennya di Malaysia, dengan sasaran untuk menjadikan negara ini sebagai hab strategik untuk pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi pintar Asia Tenggara.
31-10-2025
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

