ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Xpeng P7 Tampil Lebih Berani, Ada Pintu Gunting, Rim Jenis Besar Baru Nampak Garang

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas diperkenalkan buat pertama kali baru-baru ini, kami akhirnya mendapat maklumat baharu mengenai spesifikasi tentang  Xpeng P7 generasi kedua ini.

Untuk kemunculan keduanya, sedan eksekutif EV  ini dilihat tampil lebih sporty berbanding sebelum ini, selain menampilkan tetapan dwi-motor dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 536 hp dan terdapat pelbagai ciri menarik.

image.png

Berdasarkan laporan berita,  CarNewsChina, model P7 baharu ini akan ditawarkan dalam varian motor tunggal dan dwi-motor, yang mana model biasa menampilkan tetapan motor RWD tunggaldan mampu menghasilkan kuasa setakat  363 HP (270 kW). Ini bermakna ia mampu  mencapai kelajuan maksimum sehingga 230 km/j. 

Difahamkan, model ini didatangkan dengan pek bateri LFP daripada Eve Energy, namun kapasiti tepat masih belum didedahkan setakat ini.

Model jarak jauhnya  menggunakan tetapan motor RWD tunggal yang sama seperti model biasa namun dilengkapi dengan unit ternari NMC berbeza daripada CALB.

image.pngimage.png

Model pertengahan ini mengekalkan kelajuan maksimum 230 km/j selain mempunyai berat lebih ringan iaitu 2,090 kg berbanding 2,125 kg untuk varian asas.

Bagi varian spesifikasi tertinggi dengan dwi-motor AWD pula, ia dilengkapi motor elektrik  tambahan pada gandar hadapan, sekali gus  meningkatkan jumlah output sistem kepada 586 HP (437 kW). Walaupun dengan kuasa yang luar biasa ini, kelajuan maksimum masih dihadkan pada 230 km/j, dan ia menggunakan unit NMC yang sama seperti varian pertengahan.

image.png

Apa yang cukup menarik ialah CarNewsChina mendedahkan  bahawa model AWD ini mempunyai berat  antara 2,188 kg hingga 2,220 kg, menandakan bahawa ia akan hadir dalam lebih daripada satu konfigurasi.

Ciri lain bagi model spesifikasi tinggi ini termasuk brek Brembo bersaiz besar, serta beberapa komponen gentian karbon pilihan, termasuk pada penutup cermin sisi dan banyak lagi.

Walaupun kita sudah melihat imej awal P7 baharu ini, kemas kini terkini menunjukkan bahawa sedan EV  ini akan dilengkapi dengan pintu gunting gaya ala supercar. 

Antara kelengkapan lain ialah terdapat lampu LED yang langsing didi bahagian hujung,, siluet gaya fastback dengan cermin belakang condong, pemegang pintu boleh tarik masuk, spoiler belakang aktif, dan ditawarkan dengan rim roda bersaiz antara 20 hingga 21 inci.

image.png

Dari segi dimensi, P7 baharu ini merupakan sebuah sedan bersaiz besar, dengan panjang 5,017 mm, lebar 1,970 mm, tinggi 1,427 mm, dan jarak roda sepanjang 3,008 mm. 

Ini meletakkannya dalam kategori yang sama seperti BMW i5 generasi G60, Lexus ES generasi kelapan yang baharu, dan banyak lagi.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Xpeng P7 generasi kedua ini dijangka akan membuat penampilannya sekitar suku ketiga 2025, dengan anggaran harga bermula dari  300,000 yuan (RM175,099) dan ke atas.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA2444

SELANGOR

BSQ3640

JOHOR

JYX3040

PULAU PINANG

PSC5019

PERAK

APH6757

PAHANG

CFG6020

KEDAH

KGG2171

NEGERI SEMBILAN

NEK4872

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8428N

Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

07-08-2025
EV

26-05-2025
EV

15-05-2025
EV

11-09-2025
EV

18-08-2025
EV

15-08-2025
EV

07-08-2025
EV

26-05-2025

Berita Terkini

EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.