Caricarz Automall Sunday Car Market: Bantu Anda Tangani Krisis Hutang Kereta

Memandangkan krisis hutang kereta dilihat semakin membimbangkan di Malaysia, Caricarz Automall melancarkan inisiatif baharu dimana ia mengelakkan pemilik kenderaan terlibat dalam tawaran trade-in yang rendah sebaliknya menjual kereta mereka pada harga yang lebih baik.
Acara Caricarz Automall Sunday Car Market ini akan berlangsung pada 6 Julai 2025 di Caricarz Automall yang terletak di tempat letak kereta Aras 3A, The Strand Mall, Kota Damansara.

Acara ini akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang dan terbuka secara percuma kepada pembeli serta penjual kereta.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Caricarz, James Goh berkata, pengedar kereta di kedai kereta terpakai sering mengambil kesempatan atas hutang pemilik menyebabkan mereka menawarkan harga trade-in yang jauh lebih rendah daripada baki pinjaman mereka.
"Ramai pemilik terpaksa menerima tawaran ini semata-mata untuk melunaskan hutang - yang akhirnya memburukkan lagi kedudukan kewangan mereka.
"Sebaliknya Caricarz Automall tampil dengan alternatif yang lebih baik dimana dengan adanya konsainan jualan langsung, ia menghapuskan peranan orang tengah. Alternatif yang sudah dipraktikkan di Caricarz Automall ini sebenarnya membolehkan penjual mendapat pulangan yang lebih baik berbanding tawaran pengedar di kedai kereta terpakai," katanya ketika ditemui Carz.com.
Dengan mengambil satu contoh yang berlaku baru-baru ini, beliau berkata, ada seorang penjual kereta yang mempunyai baki hutang kereta sebanyak RM150,000 untuk model BMW 630i GT. Dia bagaimanapun, hanya ditawarkan RM130,000 oleh seorang pengedar kereta terpakai.


"Sebaliknya, Melalui Caricarz Automall, kenderaan itu akhirnya dapat dijual pada harga RM160,000 selepas ditolak yuran, menjadikan defisit RM20,000 bertukar menjadi lebihan RM10,000.
Goh menambah bahawa cabaran terbesar bukanlah harga atau komisen, tetapi kepercayaan.
"Ramai pemilik ragu-ragu untuk meninggalkan kereta mereka dengan pihak ketiga untuk tempoh yang lama kerana bimbang tentang keselamatan atau hasil jualan. Inilah jurang yang ingin diisi oleh acara Sunday Car Market ini.
"Acara sehari ini membolehkan penjual kekal mengawal proses, bertemu pembeli secara langsung, dan menerima maklum balas secara masa nyata - semuanya dalam persekitaran yang selamat dan telus. Penjual tidak perlu menyerahkan kenderaan mereka kepada pengedar dan boleh menutup jualan di tempat acara.
"Jika kenderaan tidak terjual semasa acara, pemilik boleh memilih untuk menyertai program konsainan Caricarz Automall, di mana pihak kami akan menguruskan sesi pandu uji, rundingan, dokumentasi, serta proses pinjaman dan pemindahan hak milik," ujarnya.


Jika berjaya, Caricarz Automall merancang untuk menjadikan Sunday Car Market sebagai acara tetap dan mungki akan diperluaskan di tempat lain.
Acara istimewa ini dijangka mempamerkan lebih 100 kenderaan dan menarik lebih 300 pengunjung. Perkhidmatan tambahan seperti pemeriksaan kenderaan, dan pemprosesan pemindahan hak milik akan disediakan di lokasi. Hidangan ringan turut disediakan sepanjang hari.
Pemilik kenderaan yang berminat boleh mendaftar secara percuma di https://bit.ly/sunday-car-market. Untuk maklumat lanjut, hubungi Chee Hoe di 018-9008761 atau e-mel cheehoe@caricarz.com.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4580
SELANGOR
BSR6583
JOHOR
JA4265J
PULAU PINANG
PSD8569
PERAK
APJ9132
PAHANG
CFH1861
KEDAH
KGH1367
NEGERI SEMBILAN
NEK9508
KOTA KINABALU
SJT1298
KUCHING
QAB2155P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Trade-In VS Konsainan: Mana Satu Untung?
Dah bosan dengan tawaran trade-in harga '? Ketahui bagaimana konsainan Caricarz Automall melakukan proses penjualan kereta dengan baik.
23-04-2026
Jual Kereta Terpakai Anda Secara Terus Kepada Pelanggan Di Sunday Car Market 21 Sept Ini!
Selepas menerima sambutan hangat pada Julai lalu, Caricarz Automall mengumumkan acara Sunday Car Market akan kembali diadakan pada 21 September 2025 depan.
12-09-2025
CariCarz Automall Tawar 1,000 Kereta Terpakai, Semuanya Berkualiti Tinggi, Tiada Cacat-Cela
CariCarz Automall menawarkan pelbagai pilihan model kereta dimana ia kini mempunyai lebih 1,000 stok kereta sedia ada.
23-09-2024
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat