ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Curi Kabel ECRL, Menteri Pengangkutan Sudah Arah Ambil Tindakan Tegas

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Gara-gara kecurian kabel, kegiatan itu sebenarnya boleh  menjejaskan perancangan dan jadual operasi tren projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang kini berada pada fasa penting menjelang penyempurnaan pada Disember 2026.

Itu kata Ketua Pegawai Eksekutif Malay Rail Link Sdn Bhd (MRL),  Datuk Seri Darwis Abdul Razak. Setakat ini, pihaknya telah mengesan beberapa kejadian kecurian kabel dikesan di lokasi tertentu sepanjang jajaran ECRL, merentas Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

image.png

"Perkara ini bukan saja meningkatkan kos baik pulih dan penggantian, malah juga berisiko menunda jadual ujian dan pentauliahan tren yang dijangka bermula pada Jun 2026," katanya.

Susulan itu, MRL sudah membuat laporan polis mengenai insiden kecurian dan sedang mengambil langkah tambahan termasuk melantik syarikat keselamatan khusus bagi memantau dan melindungi aset ECRL di lapangan.

"Bagaimanapun, kami juga amat mengharapkan kerjasama berterusan daripada pihak berkuasa dan komuniti setempat untuk bersama-sama membendung jenayah ini. Ini adalah projek nasional yang perlu kita jaga bersama," katanya.

Screenshot-2025-06-23-144853.png

Setakat Mei 2025, kadar kemajuan keseluruhan projek ECRL mencecah 83.38 peratus dan berada pada landasan terbaik untuk disiapkan menjelang Disember 2026.

Beliau berkata, 2025 adalah tempoh paling kritikal, dengan kerja-kerja pemasangan sistem komunikasi, informasi dan semboyan kini bermula di Stesen Kota SAS (Sultan Ahmad Shah) dan akan diteruskan secara serentak di beberapa stesen lain.

"BagaImanapun, sejak sistem itu mula dipasang bermula di Stesen Kota SAS pada Mac 2025, projek ECRL sering menjadi sasaran pencuri kabel," katanya.

image.png

Darwis berkata, selain Kota SAS, kes kecurian kabel serta beberapa unit transformer turut dilaporkan di kawasan Paya Besar/Gambang, Cherating dan Bandar Pelabuhan Kuantan di Pahang; Chukai, Dungun dan Kemasik di Terengganu dan Pasir Puteh, Kelantan.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan (MOT), Anthony Loke berkata, beliau sudah menghubungi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu.

Tindakan undang-undang lebih tegas perlu diambil bagi kesalahan mencuri kabel berikutan tindakan jenayah itu bukan kesalahan biasa, sebaliknya membabitkan keselamatan awam.

Menteri Pengangkutan (MOT), Anthony Loke berkata, beliau sudah menghubungi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu.

image.png

"Tindakan lebih tegas di bawah undang-undang ketat perlu diambil dan terpulang kepada pihak polis untuk mengambil tindakan namun kita tidak boleh memandang mudah berhubung ancaman kepada keselamatan awam," tegasnya.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM6421

SELANGOR

BST2457

JOHOR

JD1649J

PULAU PINANG

PSF1146

PERAK

APK9676

PAHANG

CFH5430

KEDAH

KGH7291

NEGERI SEMBILAN

NEL5750

KOTA KINABALU

SJT7035

KUCHING

QAB4551P

Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Bukan Jan 2027, Anthony Loke Cabar Operasi ECRL Dimulakan Disember Ini

Operasi ECRL: Anthony Loke Minta Diawalkan Ke Disember

14-08-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak

Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.

26-08-2026
Berita Auto

Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand

Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.

26-08-2026
Berita Auto

Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk

Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.

26-08-2026
Berita Auto

2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL

Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.

26-08-2026
Berita Auto

Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian

Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.

26-08-2026
Berita Auto

MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal

Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.

25-08-2026
Berita Auto

Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti

Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.

25-08-2026
Berita Auto

Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora

WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.

25-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.