ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Didedah: Hyundai Tucson 2025 Ditunjuk Kepada Media, Ada 4 Varian, Harga Kekal Misteri

Suhana Veru

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2025-06-24-at-10.27.59.jpeg

Selepas Hyundai Motor Company (HMY) mengumumkan pihaknya kini berdiri dengan sendiri dan sudah tidak lagi bergantung kepada Sime Motors, Hyundai Motor Malaysia membuat penampilan pertamanya dengan media dengan mendedahkan tiga model  terbaharunya, Hyundai Tucscon, Hyundai Santa Fe dan Hyundai Staria pada prantonton eksklusif untuk media di ibu negara, sebentar tadi.

Bagaimanpun, pihak Hyundai tidak membuat sebarang pengumuman harga mengenai ketiga-tiga model itu dan difahamkan harganya akan diumumkan pada 2 Julai nanti.

image.png

Apapun, bagi yang ingin mengetahui mengenai Hyundai Tucson, berikut adalah perinciannya:

Dari segi dimensi, Hyundai Tucson berukuran 4,640 mm (panjang), 1,865 mm (lebar), 1,665 mm  (tinggi) manakala Jarak roda pula 2,755 mm.

Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan gril radiator, manakala logonya disepadukan di dalam cermin dan hadir dengan lampu Parametric  Jewel.

image.png

Melihat kabinnya, Hyundai Tucson 2025 ini didatangkan dengan kawalan penyaman udara jenis sentuh 6.6” inci, tempat duduk hadir dengan material kulit (hanya untuk varian Prime, Prestige ICE & HEV) dan ada lampu LED Outboard Room.

image.pngimage.png

Antara kelengkapan lain ialah skrin melengkung HD 12.3” inci,  Shift By Wire (SBW) jenis Steering Column dengan Penukar Gear Paddle (hanya untuk varian Prestige ICE & HEV), pad pengecas pantas peranti tanpa wayar dan cermin electro-chromic.

Untuk makluman, Hyundai Tucson 2025 ini hadir dengan empat varian dengan  tiga pilihan enjin.

Yang pertama adalah varian asas iaitu Style. Ia dilengkapi dengan enjin petrol MPi 4-silinder 2.0 liter dimana ia mampu menghasilkan 156 hp dan 192 NM. Enjin ini dipadankan dengan kotak gear automatik 6-kelajuan serta sistem pacuan roda hadapan (FWD).

image.png

Seterusnya ialah varian pertengahan Prime. Varian ini  turut menggunakan enjin petrol turbo TGDi 4-silinder 1.6 liter yang mampu menjana kuasa setakat 180 hp dan 265 Nm. Varian ini dilengkapi dengan kotak gear automatik DCT 7-kelajuan  serta sistem pacuan roda hadapan (FWD).

Akhir sekali adalah varian Prestige. Varian ini pula menawarkan dua pilihan rangkaian kuasa. Pilihan pertama menggunakan enjin turbo TGDi 4-silinder 1.6 liter yang sama seperti varian Prime, tetapi ditambah dengan sistem pacuan semua roda (AWD).

Sementara itu, varian hibrid menggabungkan enjin turbo TGDi 4-silinder 1.6 liter tersebut dengan motor elektrik hibrid tambahan serta kotak gear automatik 6-kelajuan  dan sistem pacuan roda hadapan (FWD). Maka, ia mampu mencatatkan kuasa gabungan sebanyak 235 hp dan 367 Nm.

image.pngimage.pngimage.png

Datang pula dengan ciri keselamatannya, anda jangan risau kerana ia cukup sarat dengan ciri keselamatan memandangkan ia dilengkapi dengan enam beg udara, Hyundai Smartsense, Bantuan ADAS, Amaran Penumpang Belakang (ROA) dan Bantuan Ikut Lorong(LFA).

Terdapat juga Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Pergerakan Kenderaan Depan (LVDA), Kawalan Jelajah Pintar, Bantuan Mengelak-Perlanggaran Titik Buta (BCA), Bantuan Mengelak Perlanggaran Trafik Melintas Belakang (RCCA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Mengikut Laluan (LFA) dan banyak lagi.

Bagaimanapun, kebanyakan ciri keselamatan ini ditawarkan kepada varian Prime, Prestige dan HEV.

Berbalik kepada harganya, ia masih kekal misteri kerana anda perlu menunggu sehingga ia dilancarkan secara rasminya pada 2 Julai ini.

image.png

Namun mengimbas kembali sebelum ini, Hyundai Tucson generasi keempat versi pra-facelift dijual pada harga RM158,888 (2.0 Lite), RM178,888 (1.6T Plus) dan RM195,888 (1.6T Max).

Memandangkan Hyundai Tucson 2025 ini adalah versi pemasangan tempatan, maka ada kemungkinan besar harganya akan diturunkan.

Apapun adakah Hyundai Tucson ini mampu menyaingi jenama-jenama China yang semakin berlambak di Malaysia? Apa pendapat anda?

Apapun teruskan bersama Carz.com untuk mengetahui harga sebenar Hyundai Tucson 2025 pada 2 Julai ini.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG5063

SELANGOR

BSR6750

JOHOR

JA4518J

PULAU PINANG

PSD8934

PERAK

APJ9306

PAHANG

CFH1913

KEDAH

KGH1537

NEGERI SEMBILAN

NEK9538

KOTA KINABALU

SJT1351

KUCHING

QAB2172P

Terakhir Kemas Kini 20 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

20-07-2024
Global

21-11-2023
Kereta Baru

06-11-2023
Kereta Baru

03-11-2023
Berita Auto

28-04-2023
Global

Tucson Ditayangkan Dalam Filem Uncharted

Kelibat Hyundai Tucson dilihat dalam salah satu filem blockbuster Sony Pictures, Uncharted baru-baru ini.

05-04-2022
Berita Auto

Hyundai Beri Jaminan Jentera Itu Antara Paling Selamat

Hyundai melancarkan jentera baharunya, Tucson baru-baru ini.

09-12-2021
Berita Auto

30-01-2026

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.