Dihidupkan Semula: Peugeot e-208 GTi Dilancar Di Le Mans

Menjelang edisi 2025 perlumbaan ketahanan tahunan 24 Jam Le Mans yang akan berlangsung pada hujung minggu ini, pengeluar automotif Perancis, Peugeot, melancarkan secara rasminya model terbaharunya, Peugeot E-208 GTi di Litar 24 Jam Le Mans.
Nampaknya, jenama milik Stellantis ini memilih untuk menghidupkan semula salah satu nama model ikonik mereka.
Apapun, Peugeot E-208 GTi baharu ini adalah versi yang lebih berkuasa berbanding dengan hatchback elektrik E-208 biasa.
Jadi, ia dikatakan antara pesaing terdekat kepada Alpine A290.


Ia yang diilhamkan oleh model lagenda Peugeot 205 GTi, Peugeot E-208 GTi ini dibangunkan oleh Peugeot Sport. Antara perubahan dramatik termasuklah pemindahan motor elektrik daripada Alfa Romeo Junior.
Maka tidak hairanlah mengapa Peugeot E-208 GTi ini mampu menghamburkan kuasa setakat 280 hp dan 345 Nm.Selain itu, ia mampu memecu dari 0-100 km/j hanya dalam masa 5.7 saat dengan kelajuan maksimum (V-max) yang dianggarkan 180 km/j.
Motornya dikuasakan oleh pek bateri jenis NMC 54 kWh yang dibekalkan oleh CATL, iaitu sama seperti varian E-208 yang biasa. Peugeot mendakwa perisian sistem telah ditala semula hasil pembangunan teknologi hibrid yang digunakan pada jentera lumba 9X8 Le Mans mereka.

Mengenai pengecasan, ia menyokong pengecasan pantas DC sehingga 100 kW, dimana ia boleh dicas cas 20-80% hanya dalam masa 30 minit, manakala dengan bateri yang penuh ia mampu melakukan perjalanan antara 350 KM hingga 433 KM (mengikut piawaian WLTP).
Peugeot turut menaik taraf casis E-208 GTi ini dengan pemasangan ‘hydraulic bum-stops’ serta palang penstabil belakang, selain talaan semula stereng untuk tindak balas yang lebih mantap.
Dikhabarkan, Peugeot E-208 GTi ini direndahkan kepada 30 mm, dilebarkan 56 mm di depan dan 27mm di belakang.
Dari segi roda, E-208 GTi menggunakan rim 18-inci yang diinspirasikan daripada 205 GTi. Ia dipadankan dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 kerana ia menawarkan cengkaman tinggi.
Antara yang membuatkan ia menyerlah adalah disebabkan akera brek depan 355mm dengan kaliper 4 piston.

Melihat penampilannya, , E-208 GTi dibezakan melalui bahagian hadapannya, spoiler belakang baharu serta diffuser belakang. Menariknya, diffuser tersebut turut dilengkapi dengan lampu kabus seolah-olah seperti kereta lumba.

Menjengah bahagian kabinnya, 205 GTi hadir dengan garisan merah dan hitam manakala kerusinya pula jenis ‘bucket’. Bagaimanapun,, kabin ini masih mengekalkan elemen E-208 biasa, cuma dengan tambahan kemasan Alcantara, termasuk di bahagian stereng.

Selain pesaing Alpine yang disebutkan, ia dijangka mampu menyaingi model seperti MINI JCW Electric dan mungkin MG4 Xpower.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT1015
SELANGOR
BSU2738
JOHOR
JF3654J
PULAU PINANG
PSG2032
PERAK
APL9670
PAHANG
CFH9439
KEDAH
KGJ3759
NEGERI SEMBILAN
NEM2074
KOTA KINABALU
SJU4486
KUCHING
QAB7202P
Terakhir Kemas Kini 06 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kereta Kayangan Dah Sampai Tapi Malangnya Ada 1 Unit
Malaysia cuma dapat satu unit Le Mans Collection.
09-02-2024
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge