ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Dilancar: KIA EV5 Masuk Singapura, Selepas Ini Malaysia Pula?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kia EV5 versi pemasangan tempatan (CKD) secara rasminya dilancarkan di Singapura, baru-baru ini.

EV5 yang dipasang di Hyundai Motor Group Innovation Centre (HMGICS), sekali gus menjadikannya ia adalah model Kia pertama yang pernah dipasang secara tempatan di Singapura. Sebelum ini, fasiliti tersebut telah memasang Hyundai Ioniq 5 dan Ioniq 6 sejak tahun 2023.

Di Singapura, EV5 ditawarkan dalam tiga varian: Air, Earth, dan GT-Line. Ketiga-tiga varin ini menggunakan platform 400-volt N3 eK milik Kia, yang turut menampilkan teknologi daripada platform E-GMP jenama Hyundai.

image.png

Mengenai harga  varian Air dijual pada harga  SG$194,000 (RM674,000), SG$210,600 (RM732,000) untuk Earth, dan SG$260,000 (RM904,000) untuk GT-Line. Semua harga termasuk COE.

Varian Air dan Earth ialah model pacuan roda hadapan (FWD) yang dilengkapi dengan satu motor elektrik dan  tergolong dalam Kategori A di Singapura. Kedua-dua varian ini  menjana kuasa setakat 134 HP (100 kW) dan 310 Nm. 

Varian Air dilengkapi dengan pek bateri 64.2 kWh yang menawarkan jarak WLTP sekitar 400 kilometer (km), manakala Earth menggunakan bateri lebih besar 88.1 kWh dan mampu menawarkan jarak gerak sehingga 540KM.

GT-Line pula hadir dengan sistem pacuan semua roda (AWD) bermotor berkembar dan diklasifikasikan dalam Kategori B. Ia menjana output gabungan 308 HP (230 kW) dan 480 Nm. Ia menggunakan bateri yang sama seperti varian Earth (88.1 kWh), tetapi dengan jarak jangkaan yang sedikit lebih rendah iaitu 470KM.

image.pngimage.png

Dari segi pengecasan, Air menyokong pengecasan AC 6.6 kW dan DC 102 kW, di mana pengecasan 10% ke 80% hanya mengambil masa 36 minit. Earth dan GT-Line pula menyokong pengecasan AC 11 kW dan DC 141 kW, dengan masa pengecasan 10-80% sekitar 38 minit.

Melihat luaran GT-Line, ia tampil lebih menyerlah dengan palang lampu hadapan khas, manakala kedua-dua varian Earth dan GT-Line dilengkapi dengan bumbung  panoramik.

Empat pilihan warna luaran ditawarkan ialah Snow White Pearl, Shale Grey, Frost Blue, dan Ivory Silver. Untuk bahagian dalaman, Air dan Earth hadir dengan warna hitam, manakala GT-Line menampilkan kombinasi dua tona kelabu gelap dan hitam.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya, EV5 menggunakan bahan mesra alam dan menampilkan susun atur yang agak moden. Ia dilengkapi dengan paparan Panoramic Wide Display merentangi papan pemuka, menggabungkan dua skrin 12.3 inci untuk instrumen dan infotainmen serta skrin 5.3 inci untuk kawalan suhu.

Satu ciri unik ialah laci pemanas/penyejuk di bawah konsol tengah belakang yang boleh menyimpan makanan atau minuman antara suhu 5°C hingga 55°C. Varian Earth dan GT-Line turut menerima tempat duduk premium Relaxion lengkap dengan fungsi urutan, penyokong kaki, dan sokongan lumbar.

Difahamkan, semua varian menawarkan ruang but standard 513 liter, dan boleh dibesarkan hingga 1,714 liter dengan merebahkan kerusi belakang.

Malah, terdapat juga  ruang storan depan (frunk) sebesar 67 liter.

EV5 turut dilengkapi dengan Remote Smart Parking Assist 2 (RSPA 2) yang membolehkan kenderaan diparkir secara automatik menggunakan kunci pintar. Ia juga menampilkan pengenalan cap jari untuk akses mudah dan pemperibadian pemandu.

image.png

Dua varian teratas turut menerima sistem keselamatan ADAS penuh yang merangkumi Forward Collision-Avoidance, Blind-Spot Avoidance, Rear Cross Traffic Alert, Lane Following Assist, dan Smart Cruise Control.

Apa yang menjadi persoalan sekarang, sekiranya negara jiran sudah menerima EV5, adakah ia bakal ditawarkan di Malaysia dalam masa terdekat Ini? Jika ya, adakah ia akan dipasang secara CKD di Kulim, Kedah?

Memandangkan kedua-dua pasaran jiran menerima EV5 sebagai unit CKD, maka tidak mustahil Malaysia mengikut jejak langkah tersebut..

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN3429

SELANGOR

BST3544

JOHOR

JD3997J

PULAU PINANG

PSF2094

PERAK

APL1451

PAHANG

CFH5849

KEDAH

KGH7821

NEGERI SEMBILAN

NEL6304

KOTA KINABALU

SJT8147

KUCHING

QAB4849P

Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

26-03-2024
EV

25-08-2023
EV

16-08-2023

Berita Terkini

EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026
EV

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026
EV

EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar

Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.

17-08-2026
EV

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.