- Berita
- Kereta Baru
- Dilancar: Maserati Grecale Folgore, Harga RM588K, Kuasa 557PS, Boleh Gerak Sejauh 500KM
Dilancar: Maserati Grecale Folgore, Harga RM588K, Kuasa 557PS, Boleh Gerak Sejauh 500KM

Selain GranTurismo Folgore serba baharu dilancarkan , pengimport dan pengedar jenama Maserati tempatan, Naza Italia turut memperkenalkan satu lagi model elektriknya, Maserati Grecale Folgore ke pasaran tempatan.
Untuk makluman anda, Mesarati Grecale Folgore merupakan SUV EV pertama yang ditawarkan oleh jenama trident Itali ini. Seperti GranTurismo Folgore, Grecale Folgore juga menikmati insentif pengecualian cukai kerajaan untuk EV yang diimport sepenuhnya (CBU).

Oleh itu, harga permulaan cuma ditetapkan pada RM588,000.
Sebenarnya, model Grecale berenjin pembakaran dalaman (ICE) yang dilancarkan secara tempatan pada tahun lalu dijual pada harga lebih tinggi bermula dari RM634,889.
Dari segi prestasi pula, varian Folgore ini sekali lagi menawarkan kuasa yang cukup mantap.

Ini jelas dilihat menerusi penggunaan dua motor elektrik pacuan semua roda (AWD) yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 557 PS dan 820 NM. SUV saingan Porsche Macan ini dikatakan mampu memecut 0-100 km/j hanya dalam masa 4.1 saat dan mencatatkan kelajuan maksimum pada 220 km/j.
Kedua-dua motor elektrik ini mendapat kuasa daripada pek bateri besar berkapasiti 105 kWh yang memberikan jarak maksimum WLTP sehingga 500 kilometer (km).
Dari segi pengecasan, sistem seni bina 400-volt membolehkan bateri ini menerima input 22 kW AC dan 150 kW DC, yang mana pengecasan dari 20-80% hanya mengambil masa 29 minit.

Malah, pengecasan pantas membolehkan 100 km ditambah semula dalam hanya sembilan minit, manakala pengecas AC 22 kW menyokong pengecasan semalaman yang mudah.
Menjengah bahagian dalaman, Grecale Folgore ini sebenarnya hampir sama dengan kembar versi petrol.
Sementara itu, Maserati menegaskan bahawa “setiap perincian direka dengan teliti, menawarkan prestasi dan serba guna.
Dengan ruang bagasi seluas 535 liter, Grecale Folgore membuktikan bahawa praktikaliti dan estetik mampu wujud dalam satu rekaan. Setiap perincian dihasilkan dengan penuh ketelitian, menggabungkan prestasi dengan kepelbagaian.

Adakah Maserati Grecale Folgore mampu memikat hati anda berbanding Porsche Macan generasi kedua?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5133
SELANGOR
BST3916
JOHOR
JD4711J
PULAU PINANG
PSF2553
PERAK
APL1870
PAHANG
CFH5983
KEDAH
KGH8027
NEGERI SEMBILAN
NEL6509
KOTA KINABALU
SJT8552
KUCHING
QAB4988P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Grecale 2024: Ada Varian Murah, Mahal, Mana Satu Pilihan Anda?
Tempahan untuk Maserati Grecale 2024 kini boleh dibuat di bilik pameran Maserati yang terletak di Petaling Jaya.
24-07-2024
Naza Italia Lancar Maserati Grecale GT Hybrid 2023, Harga?
Naza Italia lancar Maserati Grecale GT 2023 sebentar tadi
03-03-2023
Maserati Grecale 2022 Hampir Sama Dengan Alfa Romeo Stelvio? Ini Sebabnya...
Prototaip Maserati Grecale 2022 telah didedahkan dalam satu sesi uji pandu oleh Ketua Pegawai Eksekutif Stellantis, Carlos Tavares.
05-07-2021
Dilancar: Maserati GranTurismo Fogore Masuk Malaysia, Kuasa 761 PS, Harga Kayangan -RM998,800
Pengimport dan pengedar jenama Maserati tempatan, Naza Italia melancarkan secara rasminya, Maserati GranTurismo Folgore ke pasaran tempatan.
20-06-2025
Grecale 2024: Ada Varian Murah, Mahal, Mana Satu Pilihan Anda?
Tempahan untuk Maserati Grecale 2024 kini boleh dibuat di bilik pameran Maserati yang terletak di Petaling Jaya.
24-07-2024
Maserati GranTurismo 2024 Dilancarkan Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM738K
Maserati GranTurismo 2024 kini rasmi di Malaysia. Ini spesifikasinya...
06-03-2024
Maserati Spyder MC20 Cielo Tiba Di Malaysia – 630 HP, Dari RM1.2 Juta
Naza Italia secara rasminya telah membuat penghantaran Maserati Spyder MC20 Cielo yang pertama untuk pasaran Malaysia.
26-10-2023
Ferrari Lantik Ital Auto Sebagai Pengedar Baharu Malaysia
Ferrari secara rasmi telah melantik Ital Auto Malaysia Sdn Bhd sebagai pengedar baharunya di Malaysia.
09-05-2023
Berita Terkini
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat