Ford Mobile Service: Servis Khidmat Baik Pulih Ringan Di Depan Pintu

Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion),pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, memperkenalkan Ford Mobile Service (FMS), yang akan digunakan untuk tujuan khidmat penyelenggaraan serta kerja baik pulih ringan secara terus ke lokasi pelanggan.
Direka untuk memberikan fleksibiliti kepada pelanggan, FMS membolehkan pelanggan menempah khidmat juruteknik bertauliah Ford untuk melaksanakan pelbagai perkhidmatan penyenggaraan di lokasi pilihan pelanggan.


Perkhidmatan yang disediakan termasuk pertukaran minyak enjin, pemeriksaan berbilang titik, penggantian bateri, pertukaran pengelap dan penapis. Perkhidmatan ini menggunakan alat ganti tulen Ford dan perkakas yang diluluskan oleh pengeluar.

Pengarah Urusan Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, FMS adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk menawarkan kemudahan dan nilai lebih tinggi yang mempertingkatkan pengalaman pemilikan.
"Inisiatif ini membolehkan pelanggan mendapatkan khidmat penyenggaraan profesional bagi kenderaan masing-masing dengan tahap keyakinan sama yang diharapkan daripada pusat servis pengedar.
"Dalam usaha meningkatkan piawaian perkhidmatan, kami tetap memberi tumpuan kepada penyediaan penyelesaian yang memenuhi jangkaan pelanggan dari segi kualiti, kebolehpercayaan dan penjagaan yang diyakini," katanya.
FMS beroperasi dari Isnin hingga Jumaat yang menawarkan empat slot servis dari jam 9:00 pagi hingga 3:30 petang, manakala Sabtu menawarkan dua slot servis dari 9:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Caj panggilan akan dikenakan untuk lokasi dalam lingkungan 20 kilometer dari Ford Ara Damansara, manakala caj tambahan akan dikenakan bagi lokasi yang melebihi jarak tersebut.
Bermula dari bulan Jun, pelanggan boleh membuat tempahan melalui aplikasi SDM OneGo, yang boleh didapati di Apple App Store dan Google Play Store.
Aplikasi ini membolehkan pengguna membuat temu janji, memilih masa pilihan dan lokasi servis serta menguruskan tempahan dengan mudah.
Selain itu, pelanggan juga boleh membuat tempahan temu janji melalui Talian Khidmat Pelanggan Ford Ara Damansara di 03-7621 5111.

Sempena dengan pelancaran kemudahan ini, Auto ConneXion kini menawarkan promosi eksklusif untuk tempoh terhad iaitu diskaun bagi yuran tempahan standard, yang akan disediakan sebaik sahaja temu janji dibuka untuk tempahan.
Para pelanggan boleh memuat turun aplikasi SDM OneGo menerusi Apple App Store dan Google Play Store. Temu janji juga boleh dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan Ford Ara Damansara di 03-7621 5111.
Untuk maklumat lanjut, layari https://ford.simemotors.my/
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ford Ranger & Everest Dikemaskini Untuk Tahun 2026 Akhirnya Didedahkan Di Australia
Generasi terkini Ford Ranger dan Everest T6 yang telah menerima beberapa penambahbaikan untuk model tahun 2026, didedahkan kepada pihak media di Australia, pagi tadi.
25-11-2025
Auto ConeXion-Ford Antara 6 Pengedar Di Dunia Yang Tawar CSR Terbaik!
Auto ConneXion merupakan antara enam pengedar di dunia kerana menawarkan CSR yang cukup cemerlang.
27-03-2025
Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan
Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.
20-02-2025
Pusat 3S, Body & Paint Ford Dibuka Di Pulau Pinang
Pengedar rasmi Ford di Malaysia, Sime Darby AutoConneXion (AutoConneXion), memperkukuh kehadirannya dengan pembukaan Pusat 3S baharu di Seberang Perai, Pulau Pinang.
20-02-2025
Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K
Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.
30-05-2024
Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?
Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.
15-05-2024
Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4
Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.
19-04-2024
Akan Buang 10K Pekerja, AI Jadi Pengganti Syarikat Pembekal Komponen Tesla & VW Ini
Sebuah syarikat pembekal automotif dari Perancis, telah mengumumkan rancangan untuk menghentikan sebanyak 10,000 kakitangan.
26-02-2024
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
