ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Imej Acah BMW X3 & 2 Series Gran Coupe Terbaru – Bakal Tiba Di My BMW World 2025

Sofea Najmi

Kongsi melalui


BMW Group Malaysia baru-baru ini berkongsi di Facebook rasminya bayangan dua model baharu yang bakal dilancarkan. Walaupun diselubungi tirai misteri, siluet dan rekaan lampu depannya cukup untuk kami membuat tekaan bahawa model yang dimaksudkan ialah BMW 2 Series Gran Coupe generasi kedua (F74) dan BMW X3 generasi keempat (G45).


web_New-BMW-X3-2-Series-GC-Teased-V2.jpg


Kedua-dua model ini bakal membuat penampilan sulung di My BMW World 2025, yang akan berlangsung pada 13 hingga 15 Jun 2025 ini di Sentul Depot, Kuala Lumpur.


BMW 2 Series Gran Coupe (F74): Lebih Panjang, Lebih Bergaya


P90589217_highRes.jpg


BMW tidak menawarkan versi facelift (LCI) untuk model F44 yang sedia ada, sebaliknya terus melancarkan 2 Series Gran Coupe generasi kedua (F74) pada Oktober tahun lalu.


Model generasi baharu yang menggantikan F44 ini kini 20 mm lebih panjang dan 15 mm lebih tinggi, menjadikan dimensi keseluruhannya 4,565 mm panjang, 1,800 mm lebar dan 1,435 mm tinggi. Walaupun jarak roda sedan fastback empat pintu ini kekal sama, iaitu 2,670 mm, pertambahan saiz ini dikatakan menjadikan kabin lebih luas dan selesa.


P90589209_highRes.jpg


Model baharu ini 20 mm lebih panjang dan 15 mm lebih tinggi daripada sebelumnya.


Untuk trenkuasanya, model ini dijangka dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo 3 silinder dengan sistem hibrid ringkas (MHEV). 


P90589254_highRes.jpgP90589239_highRes.jpg


Model generasi baharu ini dijangka hadir secara rasmi di Malaysia dengan enjin 1.5 liter 4 silinder turbo MHEV (kiri), serta ruang kabin yang lebih luas dan praktikal lengkap dengan pelbagai ciri baharu (kanan).


Model baharu ini juga mungkin akan dipasang secara tempatan (CKD) di Kulim, Kedah. Untuk perbandingan, model sebelum ini dijual pada harga sekitar RM221,800 (M Sport) hingga RM226,800 (Final Edition), dijangka harga baharu akan kekal dalam lingkungan sama.


BMW X3 (G45): SUV Premium Serba Baharu


P90554995_highRes.jpg


SUV crossover  BMW X3 generasi keempat (G45) bakal hadir sebagai pesaing kepada Mercedes-Benz GLC generasi kedua.


BMW X3 generasi baharu yang masih dibangunkan di atas platform CLAR ini hadir sebagai saingan kepada Mercedes-Benz GLC.


P90554832_highRes.jpgP90554825_highRes.jpg


BMW X3 G45 dijangka ditawarkan di Malaysia dengan pilihan enjin hibrid ringkas(MHEV) atau hibrid plug-in (PHEV) (kiri)serta pelbagai ciri terkini yang telah dipertingkatkan (kanan).


Seperti GLC, X3 terbaru ini juga ditawarkan dalam versi trenkuasa MHEV dan PHEV 2.0 liter turbo 4 silinder. Turut ditawarkan adalah versi  berprestasi tinggi, M50 xDrive, dengan enjin 3.0 liter 6 silinder sebaris turbo.


P90555029_highRes.jpg


BMW X3 generasi keempat ini juga dijangka akan terus dipasang secara CKD seperti sebelum ini.


Selain itu, seperti sebelum ini, X3 generasi keempat ini dijangka turut akan dipasang secara CKD di kilang Inokom, Kulim, membolehkannya ditawarkan pada harga yang kompetitif. Untuk makluman, X3 G01 terdahulu dijual pada harga bermula dari RM304,800.


Tarikan Utama di My BMW World 2025


web_MY-BMW-World-2025.jpgweb_CariCarz_TA_MAS2025_BMW-330Li-M-Sport_-4.jpg


Maklumat lanjut tentang kedua-dua model baharu ini dijangka akan diumumkan di acara My BMW World 2025 hujung minggu ini.


Pameran My BMW World 2025 bukan sahaja akan menjadi platform pendedahan model terbaru daripada BMW Malaysia, tetapi juga memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri teknologi terkini BMW, termasuk sistem enjin pembakaran dalaman (ICE), PHEV, elektrik (EV) serta kecanggihan inovasi terkini BMW melalui sesi pandu uji yang ditawarkan. 


Jangan lepaskan peluang untuk melihat model-model baharu ini dengan lebih dekat di Sentul Depot bermula 13 hingga 15 Jun 2025 nanti pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. 

Baca: Pameran My BMW WORLD 2025 Bermula 13-15 Jun Ini

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN6614

SELANGOR

BST4184

JOHOR

JD5281J

PULAU PINANG

PSF2897

PERAK

APL2154

PAHANG

CFH6110

KEDAH

KGH8424

NEGERI SEMBILAN

NEL6731

KOTA KINABALU

SJT8709

KUCHING

QAB5064P

Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Siapa Kata EV Tak Laku? BMW Buktikan Sebaliknya

BMW Group Malaysia sekali lagi membuktikan dominasi mereka sebagai pengeluar kenderaan premium nombor satu di tanah air bagi tahun kelima berturut-turut.

16-01-2026
EV

BMW & UM 'Terangi' Kawasan Pedalaman Guna Bateri EV Terpakai

BMW Group Malaysia mengukuhkan komitmen kelestarian mereka menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Malaya (UM).

16-01-2026
Kereta Baru

Harga BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 Diumumkan – CKD, Dari RM218,800

BMW Group Malaysia telah mengumumkan harga runcit rasmi bagi model baharu BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 yang kini dipasang secara tempatan (CKD).

04-07-2025
Kereta Baru

Harga BMW X3 20 xDrive M Sport 2025 Diumum, Cuma Berharga RM320,800

BMW Group Malaysia akhirnya mengumumkan harga runcit bagi model serba baharu BMW X3 20 xDrive M Sport 2025, sebentar tadi.

25-06-2025
Kereta Baru

BMW M340i xDrive M Sport Pro 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM388,800

BMW Group Malaysia terus mengukuhkan barisan model 2025 untuk model 3 Series generasi ketiga (G20) dengan pelancaran rasmi BMW M340i xDrive M Sport Pro versi CKD.

20-06-2025
Kereta Baru

BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.

13-06-2025
Berita Auto

Ini Yang Menarik Di MY BMW World 2025 – Mula Esok, 13 Hingga 15 Jun

Setelah sedekad berlalu sejak pertama kali dianjurkan, MY BMW World kini kembali menghangatkan dunia automotif tempatan bagi tahun 2025.

12-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT

Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.

28-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.