- Berita
- Berita Auto
- Imej Render Proton Perdana: Jika Muncul Semula, Mampukah Proton Perdana Bertahan Di Pasaran?
Imej Render Proton Perdana: Jika Muncul Semula, Mampukah Proton Perdana Bertahan Di Pasaran?

Geely A7 EM-i baharu telah mencuri tumpuan ramai sejak kebelakangan ini dan ada juga berpendapat ia dilihat pesaing terdekat untuk Toyota Camry generasi kesembilan.
Begitupun di beberapa pasaran terutama China di mana sedan segmen-D dan nama besar Toyota ini dilihat tidak mudah tergugat kerana sentimen ini sememangnya membawa makna tersendiri.
Namun di sebalik hubungan erat Geely sebagai 'rakan' kepada pengeluar nasional Proton, sudah tentu ramai termasuk kami sendiri sudah bermula tertanya-tanya sama ada sedan premium segmen-D elektrik baharu ini akan diberi nafas untuk kali kedua?

Untuk itu, pakar manipulasi automotif tersohor, Theophilus Chin atau lebih dikenali sebagai Theottle tampil dengan lakaran terbaharu Proton berdasarkan model pesaing baharu Geely kepada Camry ini.
Memandangkan Proton sering memasang secara tempatan produk Geely seperti X70, X50, X90, e.MAS 7 dan terutamanya S70, Chin memilih untuk mengekalkan sebahagian besar identiti asal sedan Geely A7 dalam render ini.
Satu-satunya ‘perbezaan’ nyata yang Chin berikan ialah penukaran lencana Geely kepada Proton di bahagian tengah bar lampu belakang, serta penukaran semua lencana Geely kepada Proton di sekeliling kereta termasuk penutup tengah rim.
Selain itu, ia tampil dengan gril baharu yang menyerlah memandangkan rekaan 'Infinite Weave' menjadi identiti Proton. Selain itu, tiada banyak perubahan lain.


Seperti disebutkan, walaupun sedan segmen-D masih kukuh di China, genre ini semakin perlahan di pasaran tempatan sejak beberapa tahun ini. Kenaikan SUV adalah antara punca ketiadaan model seperti Honda Accord generasi terkini di pasaran kita.
Namun begitu, sedan segmen-C Proton S70 berasaskan Geely Emgrand membuktikan bahawa dengan tanda harga yang tepat serta kelengkapan dan ciri yang sepadan, penawaran Perdana generasi ketiga mungkin boleh berjaya.
Sudah pasti prospek mendapatkan rangkaian kuasa plug-in hibrid (PHEV) baharu Geely A7 EM-i yang hangat diperkatakan, dengan jarak pemanduan didakwa 2,100 KM dan penggunaan bahan api 2.1 liter/100 KM, pada harga bawah RM200,000 sangat mengujakan.


mengimbas kembali, Proton kali terakhir menghasilkan Proton Perdana generasi kedua berasaskan Honda Accord generasi kelapan adalah pada tahun 2020.
Walaupun reka bentuknya diubah suai besar-besaran, ia masih menggunakan enjin petrol 2.0 liter dan 2.4 liter 4-silinder Honda, bersama kotak gear automatik 5-kelajuan dan pacuan roda hadapan (FWD).
Pada kemuncaknya, Perdana berasaskan Accord ini menjadi kereta rasmi kerajaan dan menjadi pilihan utama Menteri serta Ahli Parlimen. Tidak hairanlah, ia kemudiannya digantikan oleh Toyota Camry generasi kelapan (XV70) untuk peranan yang sama.
Kini, pasaran sedan segmen-D hanya tinggal dua penawaran baharu, iaitu Toyota Camry generasi kesembilan (XV80) (ICE dan HEV) dengan harga bermula RM221,800 dan Volkswagen Arteon dengan harga bermula RM286,612 (tanpa VAP).
Apa pula pendapat anda mengenai lakaran terbaharu Chin ini? Jika Proton Perdana muncul semula, mampukah ia bertahan di pasaran?
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ini Dia Geely A7 EM-i PHEV Segmen-D, Adakah Ini Mungkin Proton Perdana Seterusnya?
Geely telah memperkenalkan sebuah sedan segmen-D elektrik baharu untuk pasaran domestiknya, baru-baru ini.
06-06-2025
Temui Ajal Selepas Beraya
Tiga sekawan ditemui rentung apabila kereta yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori sampah.
14-11-2023
YouTuber Ini Terjumpa Koleksi Kereta Klasik Bernilai Lebih RM5 Juta! Ada Proton Perdana?
Koleksi mencecah £1 juta (RM 5.16 juta)! Itulah nilai kesemua kereta yang ditemukan dua orang YouTuber.
06-09-2022
Lamborghini Hilang Kawalan, Turut Rempuh Beberapa Kenderaan Lain.
Kejadian berlaku di Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang semalam.
09-09-2021
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

