ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Imej Render Proton Perdana: Jika Muncul Semula, Mampukah Proton Perdana Bertahan Di Pasaran?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Geely A7 EM-i baharu telah mencuri tumpuan ramai sejak kebelakangan ini dan ada juga berpendapat ia dilihat  pesaing terdekat untuk Toyota Camry generasi kesembilan.

Begitupun di beberapa pasaran terutama China di mana sedan segmen-D dan nama besar Toyota ini dilihat tidak mudah tergugat kerana sentimen ini sememangnya membawa makna tersendiri.

Namun di sebalik  hubungan erat Geely sebagai 'rakan' kepada pengeluar nasional Proton, sudah tentu ramai  termasuk kami sendiri sudah bermula  tertanya-tanya sama ada sedan premium segmen-D elektrik baharu ini akan diberi nafas untuk kali kedua?

image.png

Untuk itu, pakar manipulasi automotif tersohor, Theophilus Chin atau lebih dikenali sebagai Theottle tampil dengan lakaran terbaharu Proton  berdasarkan model pesaing baharu Geely kepada Camry ini.

Memandangkan Proton sering memasang secara tempatan produk Geely seperti X70, X50, X90, e.MAS 7 dan terutamanya S70, Chin memilih untuk mengekalkan sebahagian besar identiti asal sedan Geely A7 dalam render ini.

Satu-satunya ‘perbezaan’ nyata yang Chin berikan ialah penukaran lencana Geely kepada Proton di bahagian tengah bar lampu belakang, serta penukaran semua lencana Geely kepada Proton di sekeliling kereta termasuk penutup tengah rim.

Selain itu, ia tampil dengan gril baharu yang menyerlah memandangkan rekaan 'Infinite Weave'  menjadi identiti Proton. Selain itu, tiada banyak perubahan lain.

image.pngimage.png

Seperti disebutkan, walaupun sedan segmen-D masih kukuh di China, genre ini semakin perlahan di pasaran tempatan sejak beberapa tahun ini. Kenaikan SUV adalah antara punca ketiadaan model seperti Honda Accord generasi terkini di pasaran kita.

Namun begitu, sedan segmen-C Proton S70 berasaskan Geely Emgrand membuktikan bahawa dengan tanda harga yang tepat serta kelengkapan dan ciri yang sepadan, penawaran Perdana generasi ketiga mungkin boleh berjaya.

Sudah pasti prospek mendapatkan rangkaian kuasa plug-in hibrid (PHEV) baharu Geely A7 EM-i yang hangat diperkatakan, dengan jarak pemanduan didakwa 2,100 KM dan penggunaan bahan api 2.1 liter/100 KM, pada harga bawah RM200,000 sangat mengujakan.

image.pngimage.png

mengimbas kembali, Proton kali terakhir menghasilkan Proton Perdana generasi kedua berasaskan Honda Accord generasi kelapan adalah pada tahun 2020.

Walaupun reka bentuknya diubah suai besar-besaran, ia masih menggunakan enjin petrol 2.0 liter dan 2.4 liter 4-silinder Honda, bersama kotak gear automatik 5-kelajuan dan pacuan roda hadapan (FWD).

Pada kemuncaknya, Perdana berasaskan Accord ini menjadi kereta rasmi kerajaan dan menjadi pilihan utama Menteri serta Ahli Parlimen. Tidak hairanlah, ia kemudiannya digantikan oleh Toyota Camry generasi kelapan (XV70) untuk peranan yang sama.

Kini, pasaran sedan segmen-D hanya tinggal dua penawaran baharu, iaitu Toyota Camry generasi kesembilan (XV80) (ICE dan HEV) dengan harga bermula RM221,800 dan Volkswagen Arteon dengan harga bermula RM286,612 (tanpa VAP).

Apa pula pendapat anda mengenai lakaran terbaharu Chin ini? Jika Proton Perdana muncul semula, mampukah ia bertahan di pasaran? 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM6421

SELANGOR

BST2457

JOHOR

JD1649J

PULAU PINANG

PSF1146

PERAK

APK9676

PAHANG

CFH5430

KEDAH

KGH7291

NEGERI SEMBILAN

NEL5750

KOTA KINABALU

SJT7035

KUCHING

QAB4551P

Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak

Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.

26-08-2026
Berita Auto

Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand

Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.

26-08-2026
Berita Auto

Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk

Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.

26-08-2026
Berita Auto

2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL

Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.

26-08-2026
Berita Auto

Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian

Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.

26-08-2026
Berita Auto

MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal

Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.

25-08-2026
Berita Auto

Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti

Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.

25-08-2026
Berita Auto

Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora

WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.

25-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.