Ini Dia Skuter Elektrik Harga Marhaen, Yadea GT20 Dijual Serendah RM4,998 Sahaja

YADEA, jenama motosikal elektrik (EV) terkemuka di peringkat global, secara rasminya melancarkan model terbaharunya di Malaysia , YADEA GT20.
YADEA GT20 cuma dijual serendah RM4,998.00 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan) menerusi pengedar sah Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. di seluruh Malaysia.
Bagi yang berminat, YADEA GT20 ditawarkan dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Metal Grey, Dark/Orange dan Green/Gold.


YADEAGT20 dikuasakan dengan motor jenis wheel hub bersama kuasa nominal 2,000W dan kuasa puncak sehingga 3,200W yang memberikan tork maksimum 160Nm, sangat berprestasi untuk menempuh perjalanan bandar harian.
Motosikal ini juga mampu mengharungi cerun dengan kecondongan sehingga 15 darjah, menjadikannya sesuai untuk kawasan berbukit dan laluan mencabar.

Bahagian roda pula menggunakan rim aloi aluminium MT2.15-12, dipadankan dengan tayar bersaiz 90/80-12 di hadapan dan belakang. Sistem brek cakera pada kedua-duanya digabungkan dengan teknologi CBS, yang meningkatkan keselamatan khususnya semasa brek mengejut.

YADEA GT20 menggunakan bateri graphene berkapasiti 72V38Ah, mampu menjana jarak perjalanan anggaran sejauh 105 kilometer dengan satu cas penuh.
Proses pengecasan mengambil masa sekitar 6 hingga 8 jam menggunakan pengecas 72V6A, manakala kitaran hayat bateri mampu mencecah sehingga 500 kali cas.
Motosikal ini turut disokong oleh sistem penjanaan semula tenaga (energy recycling), membantu mengekalkan tahap kuasa ketika membrek atau menuruni cerun.

Dari segi dimensi, YADEA GT20 berukuran 1,857mm panjang, 690mm lebar dan 1,120mm tinggi, dengan ketinggian tempat duduk 768mm dan panjang tempat duduk 700mm yang sangat sesuai untuk kebanyakan penunggang.
Ia turut menawarkan kelegaan tanah antara 140mm hingga 150mm, serta panjang pedal 350mm bagi posisi kaki yang selesa ketika menunggang. Ruang simpanan bawah tempat duduk yang luas dengan kapasiti 28 liter juga menjadi nilai tambah untuk kegunaan harian.
Ciri pencahayaan dipertingkatkan dengan lampu LED hadapan dan belakang, menawarkan pancaran terang sekitar 4,000CD untuk ‘low beam’ dan 22,000CD untuk ‘high beam’, memastikan keterlihatan optimum terutama ketika menunggang waktu malam atau dalam keadaan gelap.

YADEA GT20 turut menampilkan paparan digital tub yang moden dengan paparan speedometer yang mesra pengguna. Ia menyokong dua mod tunggangan, serta fungsi paparan sistem tenaga dan amaran kerosakan pintar (smart monitor faultless) bagi memudahkan pemantauan prestasi motosikal secara masa nyata.
Ciri keselamatan seperti fungsi potong kuasa apabila tongkat sisi diturunkan (side stand cut-off) turut melengkapkan model ini sebagai motosikal EV yang mesra pengguna dan selamat.
Untuk keselesaan dan keselamatan penunggang, YADEA GT20 dilengkapi ciri ‘Secure Ride’ yang merangkumi tempat duduk ergonomik, penyandar belakang pembonceng (pillion backrest) serta pemegang belakang (grab bar) yang memudahkan pembonceng mengekalkan keseimbangan.
Bagi menambah nilai praktikaliti, ciri ‘Seamless Utility’ turut ditawarkan seperti ruang simpanan hadapan, port pengecasan USB Type-A untuk peranti mudah alih, serta cangkuk tersembunyi (hidden hook) bagi menggantung barang dengan lebih selamat dan kemas ketika dalam perjalanan.

Dengan gabungan rekaan bergaya, teknologi pintar dan kecekapan elektrik yang tinggi, YADEA GT20 adalah pilihan ideal bagi penunggang moden yang mencari alternatif tunggangan urban yang praktikal dan mesra alam.
YADEA Malaysia akan terus memberikan fokus dalam pasaran Malaysia khususnya kategori motosikal EV dengan mempelbagaikan lagi model-model terbaru yang mampu meningkatkan kelestarian dan kemajuan industri kenderaan elektrik tempatan.
Dengan setiap pembelian YADEA GT20, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) tertakluk kepada terma dan syarat. Para pembeli juga boleh menikmati pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

