Kereta Buatan China Semakin Berlambak Di Malaysia, Atasi Jenama Jepun

Sejak kebelakangan ini, kereta berjenama dari China semakin berlambak di Malaysia sekali gus kehadiran mereka sebenarnya menggugat penguasaan tradisi jenama-jenama Jepun yang sebelum ini pernah mendahului segmen itu.

Memetik kenyataan Penganalisis CIMB Securities, Mohd Shanaz Noor Azam di akhbar Berita Harian sebagai berkata, jenama kenderaan China ketika ini terus meningkatkan pegangan pasaran di tengah-tengah kelembapan segmen bukan nasional.

Kereta China dilihat terus mengukuhkan pegangan pasaran, meningkat daripada 3.1 peratus pada lima bulan pertama 2024 kepada 5.4 peratus pada tempoh sama tahun ini.
Menurutnya pertumbuhan itu disokong oleh pelancaran model baharu daripada Jaecoo dan Jetour, manakala pemain sedia ada seperti BYD dan Chery mengekalkan jumlah jualan yang kukuh.
"Perkara itu sebahagian besarnya mengorbankan jenama Jepun seperti Mazda, Honda dan Mitsubishi. Walaupun begitu, Toyota kekal sebagai peneraju pasaran dalam segmen bukan nasional dengan pegangan 11.4 peratus pada lima bulan pertama 2025, sedikit menurun berbanding 11.6 peratus pada tempoh sama 2024," katanya dalam satu nota penyelidikan.
Mohd Shanaz berkata, di peringkat tempatan, jualan PERODUA susut 1.5 peratus tahun ke tahun bagi tempoh lima bulan pertama 2025 dipengaruhi oleh penurunan 2.5 peratus dalam segmen kereta penumpang dan 2.9 peratus kenderaan utiliti sukan (SUV), namun sedikit diimbangi oleh peningkatan 5.7 peratus dalam jualan kenderaan pelbagai guna (MPV).
Menurutnya, jualan PROTON pula susut sebanyak 4.3 peratus tahun ke tahun, namun mencatatkan prestasi yang sedikit lebih baik berbanding penguncupan pasaran keseluruhan.
Sebaliknya, bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, jumlah keseluruhan industri (TIV) mencatat penyusutan 4.9 peratus tahun ke tahun kepada 316,198 unit, sedikit mengecil berbanding penurunan 5.3 peratus tahun ke tahun pada empat bulan pertama 2025.
Beliau berkata, penurunan itu katanya disumbang oleh prestasi lemah jualan kenderaan penumpang (PV) dan kenderaan komersial (CV), khususnya pada Januari.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



