Kos Baiki Jalan Bukan Murah: KKR Akui Perlu RM4 Bilion Untuk Baiki Jalan

Percaya atau tidak, Kementerian Kerja Raya (KKR)memerlukan hampir RM4 bilion untuk membaik pulih jalan raya di negara ini secara serentak.
KKR mengakui pihaknya setiap tahun berdepan kekangan kewangan untuk kegunaan baik pulih jalan raya yang mengalami kerosakan kritikal.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata setiap tahun KKR memerlukan hampir RM4 bilion untuk membaik pulih jalan raya.

Walaupun berdepan kekangan kewangan, beliau berkata pihaknya menjalankan kerja baik pulih jalan raya secara berperingkat berdasarkan peruntukan sedia ada.
"Sebenarnya kita ada maklumat semua jalan (rosak). Kita tahu juga beberapa keperluan dari segi kewangan. Kita nak elokkan semua jalan kita memerlukan RM4 bilion sebenarnya. Tapi kita tidak ada (keupayaan) kewangan sebegitu.
"Kita memang sudah tahu jalan mana yang teruk kerana ada bank data (rekod jalan raya kritikal). Sebab itu kita buat (kerja-kerja baik pulih jalan) berdasarkan peruntukan diberikan dalam setahun ke setahun.
"Yang keperluan isu kritikal kita buat dahulu. Sebab itu ada yang rosak tak berapa kritikal kita kemudiankan. Jadi kita buat mana (jalan) yang kritikal dahulu," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Gawai anjuran KKR

Majlis turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Mengenai kerja penyelenggaraan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) yang baru-baru ini meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nanta Linggi berkata RM55 juta diperuntukkan untuk tujuan itu.

Tambahnya, ia termasuk pemasangan sebanyak 385 lampu di sepanjang jalan berkenaan.
Difahamkan Penilaian Keadaan Turapan (PCA) menggunakan teknologi canggih sudah selesai dijalankan di lokasi kemalangan maut itu dan kini laporan sedang disediakan bagi menjadi panduan penting untuk tindakan lanjut kerja-kerja pavemen.
Kerja bukan pavemen seperti pemasangan sistem penghadang dan papan tanda sedang berjalan, kini mencapai 10 peratus kemajuan dan dijangka siap Ogos ini.
Lokasi kemalangan tragis di Seksyen 170.4 dekat JRTB berkenaan juga termasuk dalam program pemasangan lampu solar bagi menambah baik keselamatan selekoh berbahaya.
Kerja akan bermula bulan depan dan dijangka siap Oktober ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge