Lagi Maut Angkara Jalan Lubang, Mangsa Terjatuh Sebelum Digilis Treler

Seorang penunggang basikal warga Singapura maut selepas terlanggar jalan berlubang lalu digilis sebuah treler dekat Jalan Gunung Pulai di Kulai, semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang basikal yang juga lelaki warga Singapura berusia 42 tahun itu sedang berbasikal dengan tiga lagi penunggang basikal, terlanggar lubang sebelum terjatuh di atas jalan raya.
"Pemandu treler iaitu lelaki warga tempatan berusia 41 tahun yang dalam perjalanan ke Singapura untuk menghantar batu tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa," katanya menerusi kenyataan media.
Susulan kejadian itu, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengarahkan kerajaan negeri untuk melakukan kerja pembaikan kualiti turapan dengan segera di lokasi kemalangan yang meragut nyawa mangsa warga Singapura terbabit.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kerosakan pada permukaan jalan berbentuk retakan 'crocodile cracks' di kawasan berkenaan, dipercayai berpunca daripada penggunaan kerap oleh kenderaan berat khususnya lori dari kawasan kuari berdekatan.

"Saya sudah berhubung dengan pihak berkenaan di negeri supaya kerja pembaikan kualiti pavemen (turapan) di kawasan terbabit dilaksanakan serta-merta menerusi kaedah R01 (tampalan), termasuk kerja grading semula bahu jalan sebagai langkah awal dan segera yang akan diikuti dengan pembaikan secara menyeluruh sebaik sahaja peruntukan diterima," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG1824
SELANGOR
BSR5984
JOHOR
JA2917J
PULAU PINANG
PSD7760
PERAK
APJ8397
PAHANG
CFH1618
KEDAH
KGH985
NEGERI SEMBILAN
NEK9207
KOTA KINABALU
SJT947
KUCHING
QAB2015P
Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
RM25.2 Juta Diperuntuk Pasang Lampu Solar LED Di 32 Lokasi Berisiko Tinggi Lebuh Raya
3,000 Tiang Lampu Solar LED Bakal Dipasang Di Kawasan 'Blackspot' Lebuh Raya Menjelang November.
24-06-2026
Projek RM20 Juta: Laluan Motosikal Jalan Persekutuan Wajah Baharu Ogos Ini
Riders Lebuhraya Persekutuan, Ini Apa Yang Bakal Berubah Pada Laluan Motosikal Menjelang Ogos!
22-05-2026
Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV
KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).
07-05-2026
Jika Boleh, Kita Mahu Setiap Inci Jalan Diterangi Lampu – Menteri KKR
Kementerian Kerja Raya mahu setiap setiap inci di jalan raya dilengkapi lampu jalan namun pihaknya mengakui berdepan kekangan sumber.
09-12-2025
SUV Junam Dalam Gaung, Siapa Alihkan Papan Tanda Di Lokasi Kemalangan
Menteri Kerja Raya menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berhubung pihak yang mengalihkan tanda amaran dan penghadang konkrit di lokasi kemalangan di Hulu Terengganu.
08-12-2025
Projek Lebuhraya Trans Borneo Bermula Tahun Depan,- Menteri
Seksyen Miri, Projek Lebuhraya Trans Borneo (LTB), dijangka bermula suku pertama tahun hadapan.
03-12-2025
Projek Siapkan MEX II Dianggarkan RM449 Juta, Kos Mungkin Naik
Kos bagi menyiapkan baki kerja pembinaan Projek Lebuhraya Putrajaya ke KLIA (MEX II) dianggarkan berjumlah RM449 juta.
03-12-2025
Lubang Benam Di Melaka, Mujur Tiada Kemalangan Jiwa
Kegagalan struktur pembentung bawah tanah (culvert)dipercayai punca kejadian lubang benam yang berlaku di Melaka.
30-11-2025
Berita Terkini
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling
Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.
14-07-2026
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat