ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Leapmotor C10 Kini Cuma RM125K, Banyak Ciri Baharu Ditambah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Leapmotor C10 dilihat memulakan perjalanan yang agak perlahan di Malaysia, dengan hanya 13 unit terjual pada bulan Mei, 8 unit pada April, dan 18 unit pada Mac.

Hakikatnya, pasaran tempatan kini dipenuhi dengan pelbagai pilihan kenderaan elektrik (EV) menyebabkan pembeli  semakin bijak dalam membuat pilihan.

Maka, Leapmotor C10 sedang bergelut untuk mendapat perhatian.

Namun senario jualan Lepamotor di China jauh berbeza kerana jenama tersebut telah menjual sebanyak 173,658 kenderaan antara Januari dan Mei 2025. 

image.png

Angka ini mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama EV yang paling  berkembang di China serta syarikat pemula Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) terkemuka dalam dekad ini.

Dalam usaha untuk mengubah nasibnya di Malaysia, Leapmotor mempertaruhkan model C10 2025 yang telah dikemas kini.

Ia kini ditawarkan pada harga jauh lebih rendah iaitu RM125,000 dimana harga pelancaran asal adalah RM159,000. Pengurangan sebanyak RM34,000 ini sememangnya menarik perhatian dalam segmennya.

image.pngimage.png

Model 2025 yang diperbaharui ini juga hadir dengan beberapa penambahaikan.

Antaranya, ruang simpanan baharu 'frunk' ditambah kepada  32 liter, ada penutup but tonneau dimana ia  memberikan keselamatan tambahan untuk kargo. 

Apa yang cukup penting ialah, kelajuan pengecasan AC telah dipertingkatkan dengan pengecas atas papan (OBC) baharu, kini berkuasa 11 kW (berbanding 6.6 kW sebelum ini).

image.png

Malah, peningkatan kadar cas ini membolehkan kenderaan kini dicas dari 30% hingga 80% hanya dalam empat jam. Sebelum ini, ia memakan masa sehingga enam jam.

Untuk keselamatan dan kemudahan tambahan, C10 kini turut dilengkapi Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) yang membolehkan pemantauan tayar secara masa nyata dan memberi amaran kepada pemandu tentang sebarang ketidakseimbangan tekanan.

Ia juga kini hadir dengan pam inflator tayar bermotor.

Menjengah bahagian kabinnya, nilai  estetika ditingkatkan dengan begitu baik.Warna dalaman Midnight Aurora telah digantikan dengan pilihan Hitam untuk varian Pearly White, Canopy Grey dan Tundra Grey. 

Bagi varian luaran Glazed Green kini digandingkan dengan dalaman Camel Brown eksklusif.

Kesemua tempat duduk menggunakan tekstil silikon premium yang diperakui OEKO-Tex Standard 100®, menjamin keselesaan, keselamatan dan ketoksikan sifar—sesuai untuk kanak-kanak kecil.

Dari segi mekanikal, C10 masih mengekalkan bateri Lithium-Iron Phosphate (LFP) 69.9 kWh dan dipadankan dengan motor elektrik dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 214 hp dan tork 320Nm. Ia mamp memecut dari 0-100kmj hanya dalam 7.5 saat.

Leapmotor C10 ii menawarkan jarak pemanduan sehingga 424 KM (WLTP). Salah satu kelebihan unik C10 ialah pemanduan dinamik kerana menerima hasil sentuhan daripada Maserati yang membuatkan pengalaman memandu lebih mengujakan.

Mengenai jaminan, SUV elektrik Leapmotor C10 serba baharu ini tetap dengan jaminan selama 6 tahun atau perbatuan sejauh 150,000km, mana-mana tiba dahulu serta jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000km, mana-mana tiba dahulu.

Bagaimanapun, adakah penambahbaikan ini bakal menggoda pembeli di Malaysia? Perkara ini masih belum dapat dirungkai namun 

Sama ada penambahbaikan ini mencukupi untuk meningkatkan daya tarikan C10 di Malaysia masih belum dapat dipastikan namun  tidak dinafikan  Leapmotor C10 merupakan SUV EV segmen-D yang menarik  terutamanya pada harga segmen-C.

Apa pula pandangan anda? 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG4451

SELANGOR

BSR6550

JOHOR

JA4193J

PULAU PINANG

PSD8530

PERAK

APJ9073

PAHANG

CFH1849

KEDAH

KGH1351

NEGERI SEMBILAN

NEK9496

KOTA KINABALU

SJT1297

KUCHING

QAB2144P

Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.