McLaren 750S Le Mans: Supercar Edisi Terhad Ini Hanya Ada 50 Unit

McLaren telah melancarkan edisi terhad 750S Le Mans, yang hanya ditawarkan di pasaran sebanyak 50 unit sahaja.
Penghormatan Kepada Kemenangan Ikonik Le Mans 1995
Edisi khas ini merupakan satu penghormatan kepada McLaren F1 GTR #59, jentera yang menjuarai perlumbaan 24 Hours of Le Mans 1995 dengan livery kelabu “Ueno Clinic” yang kini dianggap ikonik. Jentera tersebut dipandu oleh JJ Lehto, Yannick Dalmas dan Masanori Sekiya.
Reka Bentuk Unik dengan Sentuhan MSO

750S Le Mans ini dilengkapi High Downforce Kit atau kit daya ke bawah yang tinggi, hasil kerja khas daripada McLaren Special Operations (MSO), dengan semua komponen diperbuat daripada gentian karbon.
Kit ini merangkumi splitter hadapan lebih besar, roof scoop, spoiler belakang aktif yang lebih besar dan salur udara (louver) bawah sayap. Menurut McLaren, keseluruhan kit ini memberikan 10% lebih daya tekanan ke bawah.
Dua Warna Eksklusif dengan Logo ‘LM’


Dua pilihan warna eksklusif ditawarkan iaitu Le Mans Grey (kelabu) dan McLaren Orange (jingga), kedua-duanya menampilkan logo ‘LM’ pada sisi kenderaan. Model ini juga menggunakan rim aloi lima jejari ikonik LM dengan kemasan stealth (kelabu suram).
Kabin Berinspirasikan Le Mans, Dengan Sentuhan Klasik


Bahagian kabin tampil menyerlah dengan gabungan balutan kulit Alcantara berwarna hitam karbon dan kulit Soft Grain hitam, lengkap dengan sulaman ‘Le Mans’ pada perehat kepala dan karpet. Aksen berwarna Dove Gray (kelabu) atau McLaren Orange Alcantara (jingga) menambah kontra pada upholsteri hitam/kelabu yang digunakan.
Di sini juga terdapat plak peringatan khas yang menyerlahkan aura eksklusif kereta sebagai salah satu daripada 50 unit yang wujud di seluruh dunia.
McLaren turut menawarkan pilihan plak khas catatan rekod litar pada ruang bagasi hadapan, memaparkan maklumat tentang kemenangan F1 GTR di Le Mans 1995.
Enjin Tetap Sama – V8 4.0L dengan 740HP


McLaren 750S Le Mans mengekalkan spesifikasi asal, dengan enjin V8 4.0 liter turbo kembar yang menghasilkan 740 hp dan tork 800 Nm.
Dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 2.8 saat, dengan kelajuan maksimum 332 km/j.
Pilihan Brek Litar dengan Identiti F1
Bagi yang inginkan lebih kuasa brek tambahan, McLaren menawarkan kit brek litar. Kit ini menampilkan angkup brek berwarna merah dengan logo F1 emas, menyerupai sistem Brembo yang digunakan pada F1 GTR asal.
Terhad 50 Unit


Untuk model eksklusif yang hanya ditawarkan sebanyak 50 unit di seluruh dunia seperti ini, harganya tidak diumumkan secara terbuka, dan besar kemungkinan, kesemua unit tersebut sudah pun ditempah.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
“Tiada Perlindungan Untuk McLaren Kemalangan Di Malaysia” – AIG Singapura
AIG Insurance Motor membuat keputusan untuk tidak menyediakan perlindungan insurans bagi kereta sport, McLaren.
25-03-2024
Artura Spider, Kuasa Umph, Reka Bentuk Macho, Agak-Agak Berapa Harganya?
Artura Spider sudah berada di pasaran tetapi bukan di Malaysia.
28-02-2024
Hanya 66 Unit Di Dunia, McLaren F1 Hanya Terdapat Di 12 Negara inI, Wujudkah Di Malaysia?
Hanya 106 unit dihasilkan, McLaren F1 ialah sebuah model supercar yang unik dan sangat jarang ditemui.
30-12-2022
Ikuti Langkah Syarikat Supercar Lain, McLaren Juga Bakal Bangunkan SUV?
Kini pengeluar supercar British, McLaren pula akan mengeluarkan sebuah SUV selepas Lamborghini, Aston Martin dan Ferrari.
17-10-2022
McLaren Daniel Ricciardo 720S Edisi Terhad: Hanya 3 Unit Dikeluarkan!
McLaren menghasilkan versi terhad dan eksklusif model 720S.
01-11-2021
Ferrari Bersedia Bersaing Dalam Perlumbaan Le Mans Dengan Hypercar 499P
Ferrari telah mendedahkan hypercar yang bakal digunakan dalam Kejohanan Ketahanan Dunia (WEC) FIA 2023.
01-11-2022
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat