ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Orang Awam Marah Polis, Rupanya Kereta Peronda Ada Masalah Teknikal

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png


Satu klip video tular di media sosial yang memaparkan seorang pemandu berang selepas kereta peronda polis yang tidak mempunyai lampu brek, berhenti secara tiba-tiba di tepi jalan di Jalan Austin Heights 7/4, berhadapan premis Sports Hub, Johor Bahru pada Ahad lalu.

Susulan itu, pemandu yang cukup bengang itu  dilihat menegur dua anggota polis dengan nada yang agak tinggi.

"Kenapa kamu tekan brek? Lampu brek tak menyala, kamu tak tahu ke? Wah ini macam (berhenti tepi jalan) boleh ke?

"Tengok, awak tak ada lampu brek. Tak boleh macam ni terus brek.

"Kamu ada (mengaku buat) salah atau tidak?" katanya kepada dua anggota polis yang berada dalam kenderaan tersebut.

Namun  Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat bagaimanapun berkata, tiada laporan polis diterima pihaknya berhubung isu tersebut.

image.png

“Siasatan dibuat mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 4 pagi, 15 Jun lalu apabila dua anggota dari pasukan Ronda Cegah Jenayah (RCJ), Balai Polis Taman Setia Indah berdepan masalah teknikal kenderaan peronda jenis Proton Waja.

“Sistem pendawaian lampu hadapan, belakang serta lampu mata arah (beacon light) gagal berfungsi dengan baik menyebabkan kenderaan tidak dapat digerakkan. Anggota terpaksa berhenti di lokasi sementara menunggu bantuan daripada Unit Penyelenggaraan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Raub, ketika anggota sedang menunggu, seorang lelaki tempatan yang menaiki kereta persendirian berhenti dan mempertikaikan kehadiran anggota polis di lokasi sebelum memulakan provokasi.

“Polis memandang serius penyebaran video yang boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap anggota bertugas. Keadaan telah dijelaskan dan tindakan susulan telah diambil bagi memastikan kejadian sama tidak berulang,” ujarnya.

Apa pula pandangan anda?

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB3763

SELANGOR

BSV4191

JOHOR

JJ3491J

PULAU PINANG

PSH7019

PERAK

APN3541

PAHANG

CFJ5132

KEDAH

KGK461

NEGERI SEMBILAN

NEM7330

KOTA KINABALU

SJV4012

KUCHING

QAB1448Q

Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Beli Proton Waja, Persona Untuk Seludup Petrol, Diesel

Segelintir pihak sanggup membeli kereta terpakai terutama Proton Waja dan Proton Persona bagi memudahkan mereka mendalangi kegiatan penyeludupan petrol dan diesel.

03-10-2025
Berita Auto

Jangan Ikut Hawa Nafsu Ketika Memandu

Tindakan seorang pemandu Proton Waja yang bertukar lorong secara tiba-tiba memakan diri apabila nasib pemandu itu berakhir di tepi jalan.

09-04-2024
Berita Auto

Lagi Maut Di Jalan Kuala Kangsar

Dua lelaki maut manakala seorang parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas melanggar tiang lampu jalan.

20-08-2023
Berita Auto

Kempen Servis Rahmah Hanya Terbuka Untuk Model Terpilih, Maknanya Yang Pakai Model X Proton, Anda Tidak Layak..

, PROTON melancarkan Kempen Servis Rahmah kepada semua para pelanggannya.

12-04-2023
Berita Auto

Tidak Sempat Mengelak, Dua Calon SPM Maut Bertembung Kereta

Malang menimpa dua orang sahabat berusia 17 tahun yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

20-01-2023
Berita Auto

Bahana Tidak Sabar! Langgar Lampu Isyarat, 1 Maut

Bahana tidak sabar, kerana langgar lampu isyarat, seorang pemandu maut.

27-10-2022
Berita Auto

"Baru Tahu Mak, Ayah Bercuti Ke Terengganu," 4 Maut Dirempuh Lori Kontena

Empat maut dalam satu kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di KM135.7 LPT 1.

29-08-2022
Berita Auto

Lelaki Maut Dalam Kemalangan Tiga Kereta

Seorang maut dalam satu kemalangan berhampiran Sogo.

09-03-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta

Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .

27-11-2026
Berita Auto

BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia

Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.

26-11-2026
Berita Auto

Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?

Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.

26-11-2026
Berita Auto

PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke

Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.

25-11-2026
Berita Auto

Harga Minyak Mingguan

Harga RON95, diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter esok.

25-11-2026
Berita Auto

Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih

Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti

25-11-2026
Berita Auto

Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup

Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.

25-11-2026
Berita Auto

JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing

Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.

24-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.