Proton Meterai Empat Perjanjian Bangunkan Komponen, Dua Lagi Perjanjian Teknikal

Proton memeterai perjanjian dengan beberapa vendornya bagi mempercepatkan penyetempatan komponen bagi model Proton pada masa hadapan bagi segmen enjin pembakaran dalaman (ICE) dan kenderaan elektrik (EV).
Langkah itu diambil selepas mengumumkan secara rasmi rancangan untuk melancarkan beberapa model baharu.
Untuk itu, penubuhan rantaian bekalan komponen baharu ini dijangka akan membantu meningkatkan pengeluaran dan kos yang kompetitif untuk kenderaan PROTON generasi seterusnya.
Sebagai salah satu pembekal utama sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) kepada OEM di China seperti Geely, ZEEKR, Chery dan Volvo, Imotion Automotive akan membantu mempercepatkan pembangunan dan penggunaan sistemADAS untuk model AMA01.

Rakan kongsinya di Malaysia, Delloyd Technology, merupakan pembekal utama untuk pelbagai jenama di negara ini dan juga vendor PROTON jangka masa panjang.
Untuk sistem brek, perjanjian telah ditandatangani antara PEPS JV (M) Sdn Bhd dan Liuzhou Sanly Autoparts Co Ltd.
Syarikat Malaysia, PEPS JV, akan memberi tumpuan kepada pengeluaran komponen, manakala rakan kongsinya Liuzhou Sanly bertanggungjawab untuk pemasangan modular komponen.
Kolaboratif ini akan mempercepatkan integrasi teknologi dan meningkatkan prestasi produk keseluruhan.
Kedua-dua sistem brek AMA01 dan X-Series akan mendapat manfaat daripada persetujuan ini, selain mendapat kelebihan dalam perolehan bahan mentah dan kecekapan komponen untuk menjadikan penyelesaian sistem brek lebih kos efektif.

Jiangsu Dekai Auto Parts Co Ltd mempunyai rekod prestasi dalam industri lampu automotif, dengan R&D yang kukuh, kejuruteraan, dan kemudahan pembuatan yang berpusat pada pengeluaran lampu kenderaan.
Mereka telah menandatangani perjanjian usaha dengan JHM Consolidation Berhad yang telah mempunyai pangkalan pengeluaran yang kukuh di Malaysia.
Kolaborasi ini akan membantu JHM Consolidation Berhad dalam mengembangkan keupayaan dan menaik taraf aktiviti perniagaan mereka daripada pengeluar peralatan gantian (REM) kepada pengeluar peralatan tulen (OEM) untuk model Proton akan datang.


Akhir sekali, perjanjian usahasama keempat antara Trillion Speed (M) Sdn Bhd dan Shanghai Yinlun Heat Exchange Systems Co Ltd. Sebagai pakar dalam sistem HVAC, Shanghai Yinlun komited untuk memacu pemindahan pengetahuan, memajukan teknologi, dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu dalam ekosistem tempatan melalui kolaborasi mereka dengan Trillion Speed, vendor PROTON sejak sekian lama.


Selain perjanjian usahasama, dua perjanjian teknikal turut dimuktamadkan, SHJ Interia Sdn Bhd dan Changchun Fawsn Automotive Trim Co Ltd telah menandatangani Perjanjian Teknikal untuk membangunkan dan memindahkan teknologi pembuatan baharu bagi komponen dalaman, terutamanya pelapik bumbung.
Pada masa yang sama, perjanjian itu juga merangkumi panduan untuk penubuhan kemudahan R&D SHJ sementara Changchun Fawsn meneroka peluang pelaburan di Malaysia melalui perkongsiannya dengan SHJ Interia.
Perjanjian teknikal kedua adalah antara Xenso Electronics Sdn Bhd dan Freetech Intelligent Systems Co. Ltd.
Perjanjian ini bertujuan untuk membangunkan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), dan membolehkan pembangunan bersama sistem pengesan belakang serta sisi berketepatan tinggi untuk ciri seperti pemantauan titik buta dan bantuan penukaran lorong.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2420
SELANGOR
BSP108
JOHOR
JYU4311
PULAU PINANG
PSB2687
PERAK
APG4941
PAHANG
CFG1524
KEDAH
KGF1925
NEGERI SEMBILAN
NEJ9813
KOTA KINABALU
SJR2795
KUCHING
QAB5250N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Jangan Takut Kalau Nampak Polis di Stesen Minyak! Ini Sebab Sebenarnya Mereka Ada Di Sana
Kenapa Tiba-tiba Ada Polis di Stesen Minyak?
11-04-2026
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?
Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang
10-04-2026
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV
Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.
10-04-2026
Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026
PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.
10-04-2026
UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia
Bas pendidikan UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai platform First Mobile Mental Health Counseling Program di negara ini.
09-04-2026
Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat
Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.
09-04-2026
Sana Sudah Gencatan Senjata, Sini Harga Minyak Makin 'Membara'. Ini Penjelasannya
Harga minyak tanpa subsidi semakin melambung.
08-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat