- Berita
- Berita Auto
- S60, S90 Habis Dijual, ES90 Pula Bakal Menyusul Tetapi EM90 Tak Masuk Malaysia, Harap Maklum!
S60, S90 Habis Dijual, ES90 Pula Bakal Menyusul Tetapi EM90 Tak Masuk Malaysia, Harap Maklum!

Volvo Car Malaysia (VCM) mengesahkan bahawa model sedan S60 dan S90 sudah habis dijual setakat ini manakala selepas ini ES90 bakal menyusul di pasaran tempatan tidak lama lagi.
Bagi yang tidak tahu, kedua-dua model yang dipasarkan ini adalah dalam bentuk plug-in hybrid (PHEV) versi pemasangan tempatan CKD dan ia dikemas kini buat kali terakhir pada tahun 2023.

Dengan penamatan global model S60 generasi ketiga,sumber dalaman mengesahkan S90 tahun yang telah menerima perubahan tidak akan dibawa masuk ke Malaysia untuk menggantikan model S90 facelift.
Sebaliknya, VCM sedang merancang untuk memperkenalkan model serba elektrik ES90 baharu dan meletakkannya sebagai satu-satunya model sedan dalam barisan produknya.Setelah digasak dengan soalan bila ia akan dibawa masuk, sumber tersebut memberi bayangan bahawa ES90 ini dijangka tiba di pasaran tempatan sekitar awal 2026.
EM90 Hanya Untuk China, Tiada Perancangan Eksport & Versi RHD
Berkaitan model MPV EV mewah EM90 yang mendapat pujian, sumber dalaman mengesahkan bahawa model ini TIDAK akan dipasarkan di Malaysia. Malah, Carz.com.my difahamkan bahawa EM90 hanya akan ditawarkan di China sahaja.
Pendek kata, syarikat induk Geely tidak berniat untuk mengeksport ‘kembar’ Zeekr 009 ini ke luar pasaran China. Ini juga bermakna versi pemanduan sebelah kanan (RHD) TIDAK dirancang, walaupun kembar Zeekr tersebut ada versi sedemikian.
Melihat kepada betapa cepatnya segmen ini menjadi tepu di Malaysia kebelakangan ini, mungkin ini juga keputusan yang wajar. Selain Zeekr 009, alternatif lain dalam segmen ini yang ditawarkan di pasaran tempatan termasuk Denza D9 dan Xpeng X9, dengan lebih banyak lagi dijangka tiba.
Menariknya, dengan kemunculan MPV EV mewah berharga mampu milik seperti EM90 ini di pasaran, VCM percaya mereka mempunyai alternatif tersendiri – dan bukan seperti yang anda jangka…
VCM Yakin EX90 Tempat Duduk Untuk Mampu Saing MPV EV
Malah, sumber kami mengesahkan bahawa VCM berhasrat untuk menyaingi MPV EV mewah buatan China dengan model SUV EV utama mereka, EX90. Untuk itu, syarikat ini sedang meneroka kemungkinan untuk membawa masuk varian EX90 6-tempat duduk yang lebih premium ke pasaran tempatan.

Dalam konfigurasi 6-tempat duduk ini, EX90 pastinya alternatif yang praktikal kerana menawarkan susunan tempat duduk yang sama seperti kebanyakan MPV EV mewah ini. Namun, pengguna perlu berkompromi tanpa pintu gelangsar serta kabin yang mungkin sedikit lebih kecil dan ruang kepala yang terhad.


Buat masa ini, perancangan ini masih belum dimuktamadkan, namun perbincangan dalaman sedang dibuat.
Untuk makluman, SUV EV utama EX90 baharu ini kini hanya ditawarkan dalam konfigurasi 7-tempat duduk dengan harga bermula RM442,888.
Kehadiran Model ICE (MHEV & PHEV) dan EV, Semuanya Seimbang
Sumber kami turutmenegaskan bahawa VCM akan terus mengekalkan "portfolio produk yang seimbang".
Ini bermakna, pihak syarikat ini akan terus menawarkan gabungan model ICE termasuk hibrid ringan (MHEV) dan plug-in (PHEV) termasuk EV.
Walaupun model sedan S60 dan S90 serta kembar wagon V60 untuk S60 telah dihentikan, namun barisan produk semasa VCM sudah pun mempunyai model ICE (MHEV & PHEV) dan EV pada kadar yang seimbang.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Volvo ES90 2026 Rasmi Di Malaysia – CKD, Cecah 651 KM, Dari RM339K
Volvo Car Malaysia (VCM) hari ini secara rasmi melancarkan sedan elektrik (EV) flagship terbaru, Volvo ES90 2026.
22-01-2026
Jangan Cas Lebih 70%! Volvo EX30 Dipanggil Semula Termasuk Malaysia
Berita penting buat pemilik Volvo EX30 di Malaysia. Jenama automotif dari Sweden tersebut telah mengeluarkan arahan pemanggilan semula model tersebut minggu ini.
13-01-2026
Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!
Volvo Car Malaysia mengumumkan pihaknya sudah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk model terbaharunya, Volvo ES90.
02-01-2026
VCM Dedah Volvo XC60 2025 Sudah Masuk Malaysia, Harga Bermula Dari RM333,888
Volvo Car Malaysia (VCM) secara rasmi mengumumkan ketibaan model paling laris secara global yang sudah diperbaharui lagi iaitu Volvo XC60 2025.
10-09-2025
Pendaftaran Minat Volvo EX90 & XC90 Baharu Kini Dibuka
VCM secara rasmi membuka ROI untuk dua model SUV mewahnya, iaitu kenderaan elektrik (EV) Volvo EX90 dan hibrid plug-in (PHEV) Volvo XC90.
03-03-2025
Volvo Car Malaysia Jual 1,953 Unit Tahun 2024 – Jualan EV Makin Rancak
Volvo Car Malaysia (VCM) melabuhkan tirai tahun 2024 dengan kejayaan besar dalam segmen kenderaan elektrik penuh (BEV).
07-02-2025
Berita Terkini
Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup
Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.
25-11-2026
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
